Bab 52

48.7K 3.1K 315
                                    

Empat hari sudah berlalu semenjak aku pulang daripada tanah suci, empat hari di Makkah dan tiga hari di Madinah. Dalam perjalanan pulang ke ibu kota aku sudah rindu, inikan pula sekarang. Papa ada berjanji untuk bawa kami sekeluarga ke sana lagi pada masa yang akan datang. Aku rasakan ini percutian paling bermakna dalam hidupku, beribadah sambil bercuti. Zarif ada juga mengatakan sesuatu, Jabal Rahmah lagi romantik daripada Venice yang pernah kami kunjungi ketika berbulan madu.

Bercakap pasal Zarif, aku tidak tahu nak gelakkan dia atau kesiankan dia. Kami tiba di KLIA pada awal pagi, petangnya dia tiba-tiba saja demam dan berlarutan hingga sekarang. Puas aku memujuknya untuk ke klinik tetapi kedegilannya juga yang menang. Hari ini aku sudah masuk kerja tapi apabila teringatkan dia, tengah hari aku terus balik. Kalau hal melibatkan makan, nak kena aku paksa dulu baru lah dia akan makan. Kalau orang lain yang suruh, memang tak la.

Aku buka butang pertama baju kemeja yang masih lagi tersarung di tubuh, kolarnya aku tarik sedikit  manakala rambut yang terlepas pula aku sanggul. Hari ini, aku sendiri yang akan masak untuk dia. Pertama kali sepanjang aku hidup dan pertama kali sebagai isteri untuk Zarif. Semalam tak rasa apa-apa tapi hari ini, rasa lain macam pula. Mungkin kerana ini pertama kali?

Haish! Sambil itu, aku bawa keluar bahan-bahan untuk memasak ke kaunter dapur. Pagi tadi, aku titipkan pesanan kepada Kak Imah supaya siapkan bahan-bahan. Jadi sekarang ini aku perlu campakkan saja dalam periuk dan tunggu seketika supaya masak. Boleh ke aku buat ni? Tentu la boleh Farisya!

Kata-kata itu menaikkan sedikit semangatku, periuk bersaiz sederhana aku letakkan di atas dapur. Sedikit minyak zaitun dan aku campakkan bawang putih dan juga bawang merah yang dihiris halus. Api pula aku kecilkan dan senduk yang berada berhampiran aku capai. Sesekali aku kacau sementara menunggu bahan-bahan itu layu.

"Awal balik hari ni?" Aku menoleh ke belakang setelah Kak Imah menegur. Kedua-dua belah tangannya membimbit barang-barang dapur. Baru pulang dari pasar agaknya.

"Nak masak." Aku tunjukkan senduk yang dipegang kepada Kak Imah sambil menjongketkan kedua-dua belah keningku.

"Lepas mama baru Risya balik rumah dia, Kak Imah yang masak balik." Sambil tangannya meletakkan barang-barag tadi ke dalam peti sejuk, dia berkata sesuatu.

"Kenapa dia tinggal kat sana?" Dia bertanya dan aku jongket bahu tanda tidak tahu. Aku juga hairan kenapa dia pulang ke rumahnya yang lama selepas kami pulang dari Makkah.

"Apa dah jadi dalam periuk tu!" Terperanjat dengan teguran Kak Imah, aku terus berpaling untuk melihat apa yang terjadi pada tumisan bawang sebentar tadi.

Bau yang tadinya harum mula berubah dan warnanya tidak seperti yang aku inginkan. Tidak semena-mena aku campakkan isi dada ayam yang sudah dipotong dadu ke dalam periuk. Bunyi yang terhasil membuatkan aku menapak ke belakang.

"Nak akak tolong ke?" Kak Imah bertanya lagi.

Masih lagi dengan kedudukan sama, aku terus mengacaunya dari jauh kerana takut terkena percikan minyak. Setelah aku masukkan air, barulah rasa selamat. Segenggam beras yang telah dicuci pula aku masukkan dan tutup dengan tudung periuk. Fuh! Lega betul.

"Amril tu demam lagi ke? Akak tengok tadi elok je dia berjalan. Makan pun banyak."

"Kak Imah ni biar betul?" Tanyaku seakan tidak percaya. Tak mungkin la boleh pulih cepat sangat sebab pagi tadi dia kelihatan tidak bermaya dan badan sangat panas.

"Haah, try tengok."

Tanpa berlengah aku terus naik ke tingkat atas dan segera menuju ke bilik. Masuk saja ke dalam, suasananya sangat gelap tanpa sebarang cahaya kerana langsir masih lagi berada di posisi yang sama semenjak semalam. Aku menghampiri katil dan Zarif ada situ, berselubung di sebalik gebar.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now