Bab 26

39.8K 2.4K 109
                                    

Airil memandang ke arahku sekilas sebelum kembali fokus kepada pemanduannya. Memandangkan situasi ini agak janggal, aku menoleh ke belakang untuk melihat Tiara dan Qaisara yang sudah lena. Aku berdehem beberapa kali sebelum bertanyakan satu soalan.

"You dengan Ilya okay tak?" Aku bertanya, seolah-olah prihatin dengan badai yang menimpa rumah tangga mereka. Badai yang aku ciptakan dan aku kirimkan kepada Nadzhan untuk menyempurnakannya semalam.

Airil hanya terdiam, matanya tetap memandang ke depan. Kejadian semalam kembali berlegar di ruang mindaku, menghampar setiap detik dari awal hingga ke akhir. Apa yang aku inginkan kini perlahan-lahan menjadi mengikut kehendakku.

Sekitar jam sebelas malam seperti yang dirancang, majlis berakhir dan kami semua beransur pulang tapi tidak bagi Airil. Ilya tiba-tiba saja hilang, katanya sudah puas dicari namun tiada. Aku tahu Ilya ke mana tapi aku diamkan saja. Satu jam menunggu, Airil mengambil keputusan untuk pulang.

Sepeluh minit hampir tengah malam, Ilya akhirnya pulang. Dari jauh aku memerhatikan Airil yang tadinya ke hulur ke hilir di depan pintu utama rumah mula melangkah ke arah pintu pagar. Ilya yang dihantar oleh Nadzhan mula memasuki kawasan rumah.

"Lya pergi mana? Abang risau tahu tak!"

Itu pertanyaan pertama yang Airil ajukan kepada Ilya. Aku terus menjadi penonton setia, untuk melihat sendiri kepercayaan Airil terhadap Ilya lenyap pada malam tadi.

"Lya bosan sangat, jadi Lya balik dulu."

"Balik dulu? I was here before you, Ilya Humaira! Pergi mana tadi?!"

Kemarahan Airil sudah memuncak ketika itu. Ilya kata dia ingin balik terlebih dahulu tapi kami semua yang sampai di rumah sebelumnya. Di sini, Nadzhan yang memainkan peranan penting. Ketika Ilya keluar dari hotel, aku memberitahunya untuk merancang pertemuan yang tak disengajakan lagi. Mereka bertemu dan Nadzhan menawarkan diri untuk menghantar Ilya pulang, ketika dalam perjalanan, Nadzhan beri alasan yang dia belum makan dari siang lagi dan meminta Ilya menemaninya.

"Tadi tu siapa yang hantar balik?"

Ilya hanya diam tanpa sebarang bicara, setiap pertanyaan Airil dibiarkan. Rasa penatku hilang apabila drama ini semakin rancak.

"Siapa hantar tadi?!"

"Perempuan tadi siapa?"

Seusai Airil bertanya, Ilya pula yang melontarkan soalan. Aku tahu perempuan yang Ilya maksudkan ialah Delina.

"Perempuan mana pulak ni?"

"Tak payah acah-acah tak tahu! Patutlah beria-ia tak bagi Lya ikut, rupanya nak jumpa kekasih lama balik."

Delina, tanpa dia sedari, tingkah lakunya itu memberi kesan yang positif kepada aku. Ketika Ilya tanya siapa Delina, aku jawab itu bekas kekasih Airil.

"Kekasih lama? Semua tu kawan-kawan abang."

"Kawan? Kawan ke kalau menggeletis sampai macam tu?!"

"Ilya!"

Aku terus menjadi pemerhati dari jarak jauh, tanpa mempedulikan Airil, Ilya terus melangkah masuk ke dalam rumah. Airil dari belakang mengekori terus mengasak Ilya dengan soalan yang sama.

"Kita tak habis cakap lagi Ilya! Lelaki mana yang hantar balik tadi?! Jawablah!" 

Selepas itu aku dapat dengar pintu bilik dihempas dengan kuat. Pagi ini bila aku bangun, aku lihat Airil tidur di ruang tamu. Perang dingin antaranya dengan Ilya berlanjutan apabila Ilya keluar dari bilik dengan sebuah bagasi. Katanya, ingin pulang ke rumah orang tuanya dan Airil tidak menghalang.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now