Bab 34

47.4K 3K 917
                                    

Selama aku hidup, rasanya ini kali pertama aku berasa sangat gugup. Datang apa jua ujian hatta halangan, tak pernah segugup ini. Jari-jemariku bertaut antara satu sama lain namun kedinginan tetap menjalar masuk. Perlahan-lahan meresap masuk ke dalam diri, bagaikan ada irama yang dimainkan oleh jantungku.

Sudah sebulan berlalu semenjak aku bersetuju untuk berkahwin dengan Zarif, kini harinya sudah tiba. Cepatnya masa berlalu dan kalau boleh diundurkan kembali, aku akan tarik balik persetujuaanku. Awalnya berani tapi sekarang semuanya lesap dan telah memakan diri sendiri.

Terasa kedinginan semakin mencengkam apabila kedua-dua belah tanganku dirungkaikan. Aku menatap jari-jemariku yang sudah berinai dari semalam lagi. Kalau tak kerana paksaan Aunty Aliyah yang disokong papa dan Iskandar, aku tak akan benarkan jariku diinai. Rasa semak!

Belum lagi aku cerita pasal baju mini kurung berwarna putih yang tersarung di tubuh. Juga tudung yang mereka paksa aku pakai sekarang, katanya di majlis sebegini patut pakai tudung untuk melindungi mahkotaku. Aku cuba bantah dengan memberi alasan majlis ini berlangsung di rumah bukannya masjid. Tapi apakan daya, satu lawan tiga. Mestilah menang tiga.

"Jom." Iskandar mengajakku untuk turun ke bawah.

"Malas, aku nak tunggu kat sini." Aku membantah untuk turun ke bawah. Berada di sana aku akan saksikan majlis akad nikah, aku akan lihat Zarif mengakadku sebagai isteri. Aku tak nak, biar aku tunggu di sini.

"Apa guna buat pelamin kat situ kalau tunggu dalam bilik? Tak kira! Jom turun." Iskandar yang tadinya berada di muka pintu mula berjalan masuk menghampiriku. Tanganku ditariknya.

"Amboi sejuknya tangan! Kata tak nak kahwin dengan dia, patutnya rilek je lah. Ni sejuk macam ais, berdebar kan?"

"Diam, Iskandar!"

"Kalau berdebar, maksudnya suka." Aku mula merentap tanganku.

"Apa kaitan?"

"Entah. Tapi kau sukakan?"

"Tak!"

"Okay la kalau tak. Jom turun." Dia kembali memaut tanganku.

"Jangan la pegang."

"Ni last nak pegang tangan kau. Takut nanti Am tak bagi aku nak pegang dah."

"Tak ada maknanya. Jom la turun." Aku mengalah akhirnya untuk turun ke bawah. Kalau tidak, pasti Iskandar akan sambung merepek.

Aku memaut erat lengan Iskandar ketika berjalan turun ke tingkat bawah. Satu perasaan yang tidak dapat dinafikan, aku rasa berdebar sangat. Rasa macam nak terkeluar jantung ni. Sejambak bunga tulip di tangan, aku genggam sekuat yang mungkin.

Diiringi Iskandar, kaki mula melangkah masuk ke ruang tamu utama. Para tetamu yang berada di situ mula memandang ke arahku. Zarif juga turut melakukan perkara yang sama. Kami memandang antara satu sama lain buat seketika sebelum Iskandar membisikkan sesuatu di telingaku.

"Malam nanti tenung la, kau kan suka tenung dia."

"Eh dia ni, nasib baik ada orang. Kalau tak dah lama aku terajang." Aku berkata dengan amaran. Mulut Iskandar ni kadang-kadang tak makan saman.

"Kamu berdua berbisik apa lagi? Mari sini cepat, majlis nak mula dah ni."

Mendengarkan suara papa menegur kami, Iskandar terus menarikku ke arah pelamin mini yang terletak di penjuru ruang tamu. Dalam keadaan terpaksa aku duduk di atas pelamin itu bertemankan Aunty Aliyah. Pada awalnya, Aunty Aliyah menawarkan diri untuk mengiringi aku turun ke bawa tapi aku bantah sekerasnya dan memilih Iskandar.

"Pengantin perempuan dah ada, kita mulakan ya?"

Aku langsung tidak memberi memberi perhatian kepada majlis ini. Pandangan mataku tertacap pada Zarif yang memberi perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh tok kadi. Raut wajahnya mungkin sama seperti Airil tapi pada pandangan mataku kini, dia kelihatana berbeza. Aku dapat kenal pasti dua berbezaan antara mereka. Pertama, ketinggian dan kedua, senyuman.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now