Bab 15

49K 2.7K 448
                                    

Pemanduanku yang tiada ada arah tujuan akhirnya tiba ke destinasinya, apartment Rayqal. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh ke sini, mungkin rasa sedih yang bersarang dalam diri yang membawa aku ke sini. Kesedihanku hanya akan terhapus apabila Rayqal ada di sisiku. Aku tidak peduli apa yang terjadi antara kami sebelum ini kerana aku perlukannya.

Punat loceng aku tekan beberap kali namun tiada tanda-tanda yang Rayqal akan membuka pintu. Air mata makin laju merembes turun ketika ini, Rayqal sepertinya tiada di rumah. Rasanya masa pergaduhan itu terjadi, baru jam lapan malam. Ke mana Rayqal pergi?

Aku mula bersandar pada dinding yang bertentangan depan pintu, dari berdiri mula mencangkung di situ. Dengan linangan air mata, aku sembamkan muka ke lutut. Sepasang bahu mula-mula terhinjut menyembunyikan duka.

"Farisya?"

Aku angkat muka tatkala suara itu menyebut namaku. Rayqal mula menghampiriku, kedua-dua belah lenganku di pegangnya untuk memudahkan aku kembali berdiri. Seperti dulu, jarinya mula mengusap tangisan aku.

"Kenapa ni?"

Tiada sebarang jawapan yang mampu aku berikan hanya tangisan saja yang kedengaran, rasa sedih ini membuatkan lidahku kelu untuk menjawab pertanyaannya. Rayqal menarik aku ke dalam pelukannya.

"Kita masuk dulu, you cerita kat I apa dan jadi. Okay?" Rayqal melingkarkan tangannya di bahu untuk membantu aku masuk ke dalam.

"Duduk sini," kata Rayqal sambil mengarahkan aku untuk di atas sofa.

"Kejap ya."

Rayqal mula menghilang ke dapur. Aku sembamkan muka ke tapak tangan, air mata terus menjadi peneman setia. Apabila teringatkan kembali, kisah cinta aku dan Airil terputus begitu, hati bagaikan disiat-siat dengan sembilu. Terlalu menyakitkan.

Dan malam ini, aku dikhianati oleh ayah kandung aku sendiri. Patutlah Aunty Aliyah beria-ia ingin jodohkan Airil dengan perempuan lain, kononnya teringin sangat melihat Airil berkahwin dengan menantu pilihannya. Kalau papa dan Aunty Aliyah ingin berkahwin sekali pun, kenapa hubungan aku dan Airil terkena tempiasnya?

Kalau mereka berkahwin sekali pun, bukan kah tidak akan menjejaskan hubungan aku dengan Airil? Kenapa harus pisahkan aku dan Airil.

"Farisya-" Rayqal memanggil namaku, kali ini dia datang dari dapur dengan dua mug lalu meletakkannya di atas meja.

"Okay tak ni?"

Rayqal mula duduk di sisiku, muka yang masih lagi tersembam di tapak tangan dirungkainya. Dia memegang dagu aku untuk mengalihkan wajah supaya memandang ke arahnya, aku menangis lagi. Ibu jarinya tidak jemu untuk menyeka air mataku.

"Please- Jangan nangis macam ni, I tak suka tengok you nangis."

Perkataan hypocrite agaknya sedang berbalik kepada diri sendiri, aku cakap yang aku tak ingin jumpa Rayqal lagi, tapi sekarang aku berada di sini. Aku kata yang aku tak sudi dekat dengannya lagi, tapi dia yang mengusap tangisanku ketika ini. Aku menyesal kerana memberinya peluang tapi aku relakan saja ketika dia memelukku.

"Shhhh, I ada kat sini. Jangan nangis lagi." Rayqal membisikkan kata-kata itu, tangannya membelai lembut belakang tubuhku. Rasanya sama seperti dia memelukku dulu, tetap menenangkan, menghadirkan rasa selamat dan memberikan aku kekuatan.

"Papa- Kenapa-" Aku tidak mampu untuk meneruskan lagi, tangisan sekali lagi mengambil alih.

"Jangan cakap apa-apa, menangis selagi you nak." Kalau tadi dia memujuk supaya berhenti menangis, kini sebaliknya. Peluang yang Rayqal berikan itu membuatkan suara semakin kuat, air mata kembali laju mengalir, menangisi ketidakadilan hidup.

Bukan Untuk DimilikiWo Geschichten leben. Entdecke jetzt