Bab 9

50.9K 3.3K 310
                                    

"First, I nak you lupakan dia."

"How?" Aku bertanya. Kalaulah melupakan Airil semudah yang Rayqal katakan, sudah lama aku lakukan. Macam mana aku hendak lupakannya sedangkan bila teringatkan sedikit sahaja mengenainya, aku akan terus menangis.

"Pandang langit, I nak you ingat semula pertemuan pertama dengan dia."

"Kenapa I kena buat macam tu?" Tanyaku lagi, kali ini aku tidak berpuas hati dengan permintaannya. Kenapa perlu diingatkan pertemuan pertamaku dengan Airil? Bukan ke sekarang ini dia menyuruh aku melupakan Airil?

"Buat dulu, boleh?"

Aku hanya menurut, kepala aku dongakkan ke arah langit yang luas tidak berpenghujung. Matahari yang tadinya menyinari bumi kini berselindung di sebalik kepulan awan, cuaca pada pagi ini tidak terlalu panas. Ketenangan ini membawa aku kepada pertemuan pertama kali dengan lelaki yang bernama Airil Zafran.

Tarikh yang sama seperti semalam tetapi tahun yang berbeza, sepuluh tahun lalu. Ketika aku dan Iskandar menyambut ulang tahun kelahiran kami yang ke-16. Walaupun hari itu hari jadi aku dan Iskandar, kami yang menyediakan semuanya kerana majlis ringkas untuk aku, dia dan papa sahaja.

Ketika itu kami sudah pun berpindah ke tinggal kami yang sekarang, sudah hampir setahun mama pergi. Waktu itu, hampir ke tengah malam, kami menunggu papa seperti yang di rancang namun papa tak kunjug tiba. Dia pulang ketika waktu bakal menjelang tengah malam, hanya setengah jam sahaja lagi hari itu akan berlalu.

Kecewa dengan sikapnya, aku menangis. Papa sudah berjanji yang dia akan pulang awal hari itu, aku dan Iskandar tunggu dia dari petang hingga ke tengah malam namun jawapan yang diberikan adalah dia lupa.

"Risya dengan Is cuma nak masa papa, susah sangat ke pa?" Aku bertanya dengan linangan air mata. Tiada satu pun ungkapan maaf yang aku terima darinya.

"Papa busy, Farisya. Is kan ada?"

"Mahal sangat ke masa papa tu sampai janji dengan anak-anak, papa boleh lupa?" Aku bertanya lagi, kali ini suara semakin meninggi. Iskandar sudah memberi isyarat supaya berhenti tapi aku tak peduli!

"Papa penat, Farisya. Esok kita keluar makan boleh? Risya dan Is nak apa-apa ke, esok. Boleh?"

Makin sakit hati aku mendengarkan apa yang papa katakan. Aku tak nak apa-apa, aku cuma perlukan masanya- kasih sayangnya.

"Risya cuba untuk rapatkan hubungan kita tapi papa tak pernah beri peluang!" Kataku dengan membentak. Hubungan aku dengan papa tidak serapat seperti mama kerana masaku lebih bersama mama, tambahan lagi papa sibuk berkerja.

"Masa mama ada dulu pun, papa sibuk dengan kerja!"

"Low down you voice, Farisya. Dah tengah malam ni, nanti jiran dengar." Suara papa kuat memberi amaran namun aku biarkan.

"Papa sibuk dengan kerja sampaikan masa mama mati pun papa tak peduli!"

"Farisya!"

"Ini kebenaran papa. Mama tak sihat masa tu tapi papa still pergi outstation—" Aku mengingatkan kembali detik-detik mama pergi dijemput Ilahi.

"Papa balik je mama dah tak ada. I was there papa, she really need you at that time. Cuma nakkan suami dia di sisi." Mama pernah beritahu yang perkahwinan mereka terjadi kerana aturan keluarga, tak pernah ada cinta papa untuk mama.

"Papa ajak kita orang pindah ke sini, kononnya banyak kenangan mama kat rumah tu. Sebenarnya sebab rasa bersalah dengan mama kan?!"

"Diam Farisya!"

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now