2.11 Beautiful Trap

756 94 16
                                    

  

Kaki laju melangkah meninggalkan kafe, tangan yang penuh dengan buku dan kertas rujukan dipegang erat.

"Miss!" Panggilan yang dilaung itu tidak dihiraukan.

"Miss!" Panggilan yang dilaung buat kali kedua membuatkan langkah gadis itu terhenti, serta merta kepala menoleh ke arah suara itu tadi. "Your paper." Wajah gadis yang kehairanan itu dipandang dengan sabar.

Kertas yang bertimbun di atas tangannya di selak menggunakan bibir. "Ah yes my paper, thank you.". Terus kertas yang penuh tulisan itu dihulurkan kepada gadis didepannya. "Wait a minute, can you help me. Pegang sekejap kertas ni." Tanpa menunggu balasan gadis itu terus menghulurkan kertas dan buku yang bertimbun ke arah lelaki itu. Pintu kereta disebelah pemandu dibuka.

"Letak kat situ." Kertas dan buku yang bertimbun diletakkan di atas sebelah sit pemandu. "Thank you". Lelaki itu hanya mengangguk dan beredar pergi meninggalkan tempat letak pakir kereta.

Hm not bad.

----

Badan yang penat di rehatkan di atas sofa yang berada di ruang tamu. Tangan dijulurkan mengambil remote televisyen di atas meja. Kertas yang bertimbun itu dipandang sekilas. Harini penat tahap petala langit, mental dan fizikal dia bagai didera. Kalau dia tidak tergesa gesa keluar rumah untuk ke kafe pasti laptop dia tidak tertinggal dan jari dia juga tidak rasa sesakit sekarang.

Idea yang membuak buak membuatkan dia ingin keluar rumah dengan cepat untuk mencurahkan idea kepada bentuk penulisan.

Bila sudah sampai kafe baru perasan dia tidak bawa laptop, semangat untuk mengeluarkan ideanya beransur hilang tetapi mengigatkan balik kertas A4 dan notebook yang disimpan di dalam kereta membuatkan dia menyambung semula hasratnya.

Hampir empat jam dia bertapa di kafe tersebut sambil menikmati Mocha Greentea, kalau tak disebabkan alarm yang dia set tidak berbunyi pasti dia akan duduk lebih lama.

"Min."Panggilan itu membuatkan mata yang fokus menonton tv beralih memandang ke arah wanita yang memanggilnya tadi.

"Dari tadi aku panggil takkan kau tak dengar, sekali Allah tarik nikmat dengar kau tu baru kau tahu."Wajah bengis wanita yang memanggilnya tadi membuatkan dia kecut perut.

"Ibu nak apa?" Wajah yang kepenatan cuba disorokkan, nampaknya mood Ibu dia tak baik. "Aku tanya kau dari mana?" Ibu yang berdiri di belakang sofa kini sudah beralih duduk di sofa bertentangannya.

"Kafe." Jawapan yang dilontarkannya membuatkan ibu menjeling dia tajam. "Kau menulis lagi ke?" Pertanyaan yang tiada respon itu membuatkan wanita yang bergelar Ibu itu semakin bengang.

"Aku tak kisah kau menulis jadi writer ke apa tapi tolonglah jangan buat diri kau terkurung macam ni." Wajah yang keliru dipamerkan.

"Terkurung apa ,Bu." Nada yang keliru dipamerkan. "Selama ni kau terkurung dalam bilik, tingkap tak terbukak langsir tak buka, kurung dari pagi sampai malam. Orang panggil buat tak dengar. Bila ada hal je kau keluar. Kau ni ada sakit ke?."

Soalan ibu yang terakhir itu membuatkan dahi yang licin berkerut. "Mana ada, Bu. I'm okay." Ibu yang telah berdiri melangkah ke arah dapur itu dipandang.

"Lain kali buat cara orang sihat, jadi orang normal. Jangan nak hidup macam takde tanggungjawab"

Kening yang terletak elok terus terangkat.

------

Jari yang letih menaip diletup letupkan. Badan yang tegang kerana fokus sebentar tadi di relakskan. Kerusi roda dipusing pusingkan mengikut suka. Pandangan terus beralih ke arah katil dengan langkah longlai kaki terus menuju ke arah katil.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now