9.Lari by nrymnisfyyah

1K 147 36
                                    

Lari by nrymnisfyyah

Warning !

This is just an imagination from the immature me. Doakan je lah the things happen in this story won't happen to me next year.

x x

CRACK.

It happens again.

My heart cracks again.

Dah berapa banyak kesan retak kat hati aku ni, aku pun tak tahu.

Now, I'm here again. Termenung tengok macam-macam ragam manusia yang bahagia jalani kehidupan dorang macam takde apa-apa masalah. Or maybe dorang terlalu pandai sorokkan segala masalah dorang dari pengetahuan sesiapa and try to solve masalah tu, or maybe at least aku yang tak nampak. Unlike me, each time aku ada masalah, hanya satu benda yang aku buat.

Lari.

Hari ini aku lari lagi. Lari yang akan kembali. Aku hanya lari dari masalah buat seketika. Then, I'll be back, after a few hours having a conversation with my inner self. Aku terimbas kembali pergaduhan aku dan mereka yang membuatkan aku mengambil keputusan termenung di kafe ini.

"Kakak, result kau esok, kan?" Adik yang aku cemburukan kehidupannya bertanya. Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya dan meneruskan sarapanku. Cuba mencari fokus yang telah hilang selepas mendengar soalan yang agak mengusik jiwaku tadi.

"Fieya, adik tanya tu kenapa diam je? Jawablah". Papa bersuara membuatkan gelodak jiwaku ini semakin memburuk.

'Tenang, Fieya. Jangan cepat melatah. Kau kan dah besar. Kenalah matang. Esok dah nak ambil result PT3 dah. So behave,' suara itu. Satu-satunya suara yang ada bila aku rasa hendak meletus bagai gunung berapi. Satu-satunya suara yang tahu akan masalahku, yang memahamiku, yang mendengar setiap isi hatiku yang cuba memberontak.

"Ya, kenapa kau tanya?" Aku hanya mengabaikan papa dan menjawab soalan satu-satunya adikku secara lisan. Sedangkan soalan itu sudah aku jawab, walaupun hanya sekadar mengangguk mengiyakan.

"Kau dah fikir kau nak study mana lepas ni? I mean, kau nak stay kat sekolah kau sekarang or nak pergi sekolah lain?" Damn it. Soalan yang paling aku benci since UPSR and now, PT3.

Why?

"Tak payah nak tukar sekolah sangat. Stay je kat sekolah tu," this is it. This is why aku benci soalan tu. Each time ada orang tanya aku soalan ni depan parents aku, papa yang akan jawab. Seboleh-bolehnya dia tak nak aku yang jawab soalan tu. Sebab papa tahu, kalau aku jawab, aku akan cakap aku nak study kat MRSM and papa tak nak aku duduk asrama.

"Betul tu. Kakak tak payah pergi sekolah lain lah. Sekolah ni dah okey, kan? Kenapa nak tukar? Or kakak dah taknak dengar mama membebel? Dah bosan dengar suara mama?" Mama aku pun sama. Suka sangat buat assumptions sendiri. Aku bukan dah bosan dengar dia membebel, tapi aku pun nak juga pengalaman duduk asrama, macam kawan-kawan aku yang lain.

Aku hanya mendiamkan diri. Tidak membalas apa-apa lebih baik rasanya. Lebih baik daripada aku mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Lantas aku meninggalkan meja makan dan membawa pinggan yang aku gunakan ke sink untuk dicuci.

Tak, aku bukan typical character dalam novel yang kaya-raya, dapat everything yang aku nak, yang semua benda orang buatkan, bukan. I'm just an ordinary girl dari keluarga yang biasa-biasa, yang orang lain pandang bahagia. But without everyone knows, I'm an ordinary girl who who lives an extraordinary life. Damn it.

"Cakap sikit, lari. Cakap sikit, lari. Dah besar sangat ke nak buat perangai macam tu?" Suara mama yang menerjah halwa telingaku sayup-sayup kedengaran. Lantaklah mama nak cakap apa-apa pun. Aku akan cuba untuk tak lawan dia. Kalau aku mampu lah.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now