2.9 perangkap

635 66 5
                                    

• Perangkap by Anonymous

Teringin nak dipanggil someone tapi tulah, takde siapa sudi. Panggil somebal pun okey jugak.

Doakan SPM 18' gemilang macam jalur gemilang untuk semua batch 01 dan ya, semoga murah rezeki hakak Anies. Aminn.

---

"Escaping your comfort zone can feel like breaking a piece of your heart off; like a wolf chews it's leg off to escape a steel trap.

Leaving is never easy but sometimes it necessary to keep yourself from dying inside."

Kisah Fithi Radiah dan Raz Shah.

---

"Ti, kau nampak tak mamat tu? Lagi tadi aku perasa dia asyik tengok kau je." bisik Aisyah, teman semeja Fithi. Aisyah merujuk kepada budak lelaki yang baru pindah ke dalam kelas mereka dari kelas ketiga.

"Dia pandang kau kot sebab kau yang perasan." balas Fithi acuh tak acuh. Fokusnya masih tertumpu pada latihan matematik yang memeningkan kepala itu.

"Weh, weh dia datang sini." Aisyah gelabah tapi dia cover dengan acah-acah betulkan tudung.

"Hai, saya dari kelas ketiga. Nama saya Raz Shah, panggil Raz." budak lelaki tersebut memperkenalkan diri.

"Hai Raz, saya Aisyah." balas Aisyah sambil tersenyum malu.

"Nama dia siapa?" soal Raz sambil menunjuk ke arah Fithi.

"Nama di.... auch." Fithi memijak kasut Aisyah.

"Sakit la oi." marah Aisyah. Dia menunduk bagi membersihkan kasutnya.

"Nak tahu nama aku kenalah cari sendiri." tutur Fithi sombong. Malas dia nak layan budak lelaki. Budak lelaki dalam kelas dia pun bukan semua boleh pakai, adalah Haziq si ketua kelas dengan Yusuf. Yang lain hampeh.

"Sombong gila, aku pun tak ingin la nak kenal dengan kau." ucap Raz sebelum berlalu pergi.

"Ti, cuba jadi ramah sikit dengan orang? Sejak form 1 lagi perangai kau macam ni." tegur Aisyah.

"Aku malaslah, nanti diorang asyik kacau aku je."

"Tu semua alasan."

"Apa-apa jelah. Ni macam mana nak buat?" Fithi menolak buku latihannya ke hadapan Aisyah.

"Aku pun tak buat lagi, manalah aku tau." balas Aisyah.

"Tanyakan dekat orang lain." pinta Fithi.

"Ah takde-takde, pergi tanya sendiri." Aisyah buat tak tau. Dia mengeluarkan gula-gula getah dan mula mengunyah.

Fithi mengeluh. Dia tahu kalau Aisyah dah start makan gula getah maksudnya Aisyah tengah malas tahap gaban.

Fithi bangkit dari tempat duduknya dan berlalu keluar membawa pensil dan pemadam serta buku latihannya. Bilik guru yang berada di aras bawah menjadi destinasinya.

Sebaik sahaja melangkah masuk, dia mencari tempat duduk guru matematik yang mengajar kelasnya iaitu ibunya. Kakinya berhenti sewaktu melihat ibunya sedang berbual dengan seorang pelajar lelaki.

"Ibu." panggil Fithi. Cikgu Anis menoleh begitu juga budak lelaki yang berbual dengan ibunya. Raz rupanya.

"Ye kakak, kenapa cari ibu ni?" soal Cikgu Anis dengan penuh lembut.

"Ni anak cikgu ke?" soal Raz tidak percaya.

"Sibuk je kat sini." sembur Fithi. Raz memandang Fithi tidak puas hati.

"Dah kakak, jangan nak gaduh pula depan ibu ni." Cikgu Anis memberi amarah.

"Dah pergi sana shuh shuh." halau Fithi.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now