16.Lari by cynara_blue

944 105 12
                                    

  Lari by cynara_blue

Lina membuka mata perlahan-lahan hanya untuk disambut oleh cahaya malap dari lampu pendaflour pada siling kamar itu. Bunyi keletak keletuk perkakas besi yang dari tadi tidak berhenti-henti seperti seseorang sedang menyelongkar kotak alatan mekanikal telah mengejutkan dia dari tidurnya.

Pada kebiasaannya, Lina adalah seorang yang sangat sukar untuk dikejutkan. Kalau dijenguk bahagian atas badannya sahaja yang akan bangun sebentar sebelum tidurnya disambung semula. Maklumlah jadual persekolahannya yang padat dari pagi ke petang. Tambahan lagi kelas tuisyen pada malam hari.

Tetapi kali ini tidak pula dia memejamkan matanya. Entah mengapa badannya terasa sengal sebaik sahaja dia sedar sepenuhnya.

Lina menolehkan kepala ke kanan, cuba untuk memposisikan badannya semula apabila sesuatu menarik perhatiannya . Seorang gadis kecil lengkap berbaju uniform tadika kelihatan sedang tidur menyandarkan dinding konkrit dengan anak patung arnabnya erat di dalam pelukan. 

Tidak perlu berfikir panjang Lina mengenali kelibat adiknya itu. Baru sahaja dia berhasrat untuk mengejutkan adiknya, dahinya berkerut. Semakin lama dia memandang Maya, semakin hairan diri dibuatnya. Reben merah yang selalu dipakai Maya dikepalanya sebagai pelengkap pakaian uniform tadikanya kini tergantung dilehernya , rambutnya tidak terurus dan skirt merah bercorak petak terkoyak di sana sini.

Bukan sekadar itu, seluruh tempat itu bagaikan asing bagi Lina. Seingatnya dia tidak pernah melihat bangunan yang usang itu lagikan menjejakkan kaki di bangunan yang seperti tidak berpenghuni.

Dalam usaha untuk mengenal pasti di mana dia berada, Lina menolehkan kepalanya ke kiri pula.

Apa yang dilihatnya membuatkan Lina mengalihkan pandangan dengan mata dipejam rapat.Bagaikan luluh jantungnya memikirkan apa yang menemui matanya sebentar tadi. Lina merasakan dirinya menggigil dan air mata mula bertakung di kelopak matanya kerana ketakutan namun tiada sepatah pun bunyi yang dapat dikeluarkan dari mulutnya.

"Kau berkhayal ni Lina...so wake up!" dia memujuk hatinya.

Lina memberanikan dirinya sekali lagi untuk membuka mata.

Nafasnya terhenti . Hanya degupan jantung yang semakin laju kedengaran. Memang benarlah apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Wajah seorang perempuan merenung tepat ke dalam matanya dengan ketakutan. Badannya ditutup dengan sehelai kain merah tetapi bibir dan mukanya kelabu seperti telah lama kesejukan. Dia hanya terbaring di situ kaku memandang Lina.

*Keletak keletuk*

Itu dia. Bunyi itu lagi. Bunyi yang disangkanya datang daripada alatan mekanikal berpunca daripada belakang tubuh wanita itu. Lina menjengukkan sedikit kepalanya untuk melihat apakah yang menyebabkan bunyi itu.

Belakang seorang lelaki berbaju kemeja disapanya. Tangannya sedang giat menajamkan sesuatu yang menyebabkan bunyi desiran kedengaran.

Tunggu sekejap.

Walaupun susuk tubuh lelaki itu tidak dikenalinya tetapi Lina terasa seperti ia tidak asing baginya.

Dalam ingatan Lina baru sahaja petang tadi dia menemani Maya pulang ke rumah setelah sesi persekolahannya tamat. Ibu dan bapanya telah memberitahu awal-awal bahawa mereka akan pulang lewat kerana menghadiri dinner syarikat.

Sedang dia melalui kawasan kejiranan, seorang lelaki menghampiri.

"Emm dik.. Boleh abang tanya nak pergi perpustakaan lalu mana ye?" kata lelaki itu.

"Abang lalu terus dari sini...sampai simpang masuk kanan then kalau abang pergi terus abang akan nampak satu taman ni.. abang belok kanan lagi sekali nanti nampaklah perpustakaan."

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now