lari by fqakmr

424 21 0
                                    

Lari by @fqakmr

boleh follow kat instagram ; piqachan_

tak minta banyak, doakan saya Nur Afiqah Binti Kamarudin straight A pt3 2018 je 🤗❤

---

*BUNYI* ringtone aku. Aku bangkit dari pembaringan dan mengambil telefon pintar yang kononnya sangat pintar di sebelah katil aku.

 Apa ? Kadang kadang disebabkan telefon pintar inilah yang rosakkan pemikiran manusia. 

' Amirul 💕 '

"Ah, waktu aku merajuklah baru nak pujuk. Sebelum ni macam kacang lupakan kulit. " Aku baling telefon di atas katil kembali dan menyambung tugas aku tadi iaitu berbaring dan merehatkan diri serta otak yang sangat serabut dengan masalah masalah.

Siling rumah putih aku tenung dan bunyi ringtone telefon kembali memekak.

Dengan perasan bagai nak memaki , aku matikan telefon tersebut lalu terus keluar dari bilik. Sampai bila nak baring, iye idok? 

Aku turun dari bilik dan memperhatikan kawasan rumah. 

Along tak ada, kerja. Hmmm bosan.

Aku berlari naik ke bilik dan ambil telefon lalu terus hidupkan kembali.

23 missed calls from Amirul 💕.

Aku turun ke bawah kembali dan duduk di sofa. 

Aku buka internet dan bersila. Typical segelintir manusia, walaupun duduk di sofa tapi bersila. Melayu sejati ceh.

156 unread message from Amirul 💕.

Teruknya dia ni lah.

Aku buka message dari WhatsApp tersebut. 

_Sayang, awak kenapa?_

_Awak...._

_Ainur Mardhiah.._

_Kenapa ni, sayang ?_

_Jom jumpa, nak? Kita disscuss dulu la.. Ainur_

Dan macam macam yang aku sendiri malas nak baca. Aku pergi icon contact dan search ' Ina ❤'

" Hello ?"

" Ha Ina.."

" Busy tak? "

" Aku bosan duduk rumah ni. Along kerja."

" Oh haaa.. aku amik kau eh ? Nak siap dulu." 

Aku matikan panggilan dan kembali ke bilik untuk bersiap. 

---

*AKU* pandu Honda Civic biru milik aku hasil gaji selama lima tahun berkerja sebagai doktor ke rumah Ina.

" Oi perempuan ! " Ina jerit tingkat atas rumahnya. Sumpah, memekak. 

Aku terus pandu masuk ke garaj rumahnya.

" Kau ni awal sangat sampai, aku tak pakai tudung lagi.." Ina mula membebel.

" Cepatlah! Bersiap mengalahkan mak nenek. " Aku jerit, malas melayan bebelan Ina.

---

*SETELAH* menunggu Ina bersiap selama 30 minit, aku kembali masuk ke Honda Civic dan Ina duduk di sebelah aku.

" Weh.. aku serba salah nak cerita ni.." Ina pandang cermin sisi kereta.

" Cakaplah.."

"Hmm... semalam aku nampak Amirul jalan dengan sorang perempuan ni.  " Ina yang tengah betulkan tudung selendangnya di cermin sisi kereta aku, bercerita.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now