1.lari by anonymous

5.3K 305 27
                                    


Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

Warning:-

Cerita ni hanyalah imaginasi penulis yang tidak professional dalam bidang penulisan cerpen mahupun karangan peperiksaan.
Doakan sahajalah penulis ini agar mendapat hidayah dan dapat 9A+ SPM 2018. Aminn.



Splash.

Hoodie putih yang dipakainya kini sudah bercorak dan berbau jus oren. Wajah gadis yang menumpahkan air tersebut dicerlung tajam. Mengecam wajah itu.

"Ken...."

"Ma-maaf, aku tak sengaja." belum sempat Nuqman berkata apa-apa gadis itu sudah memotong percakapannya.

"Habis tu baj....."

Sekali lagi, belum sempat Nuqman menghabiskan percakapannya gadis itu lari. Ya, berlari keluar dari cafe sekolah.

Nuqman juga membuka langkah untuk mengejar bayangan gadis tersebut. Tiba di satu kawasan, ekor matanya merasakan sebuah kelibat telah melompat melepasi tembok sekolah. Curiga, dia menghampiri tembok tersebut.

Tembok batu setinggi 6 meter itu merupakan tembok yang dibina mengelilingi kawasan sekolah. Mustahil untuk sesiapa melompat atau melepasi tembok ini; lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan.

Tiada sebarang tanda ditinggalkan.

'Aku ni biar betul, mustahil la ada orang boleh lompat lepas tembok ni. Berangan ke apa aku ni?' monolog Nuqman. Rambutnya diramas kasar. Bayangan gadis tadi pun sudah tidak kelihatan.

Dia terus meninggalkan tempat tersebut tanpa menyedari sepasang mata sedang memerhatikannya.

---

"Apa yang awak fikir awak sedang lakukan ha? Awak tak fikir ke kalau awak ditangkap, saya pun akan dirangkap sekali?" suara Prof. Syahid memetir. Wajahnya bengis dan kemerahan akibat terlampau marah.

"Tapi Prof..."

"Saya taknak dengar apa-apa lagi daripada awak R-One (sebutannya R1 - ar one). Mulai sekarang saya tak awak keluar lagi." Prof. Syahid meninggalkan bilik tersebut dan mengunci pintu bilik tersebut dari luar.

R-One mengeluh. Dia hanya mahukan kebebasan seperti remaja lain boleh melakukan apa sahaja dan bukannya dikurung disini.

Dia disorokkan di tempat ini sepanjang memorinya yang sedia ada. Mungkin dari kecil, mungkin. Dia sendiri lupa bilakah dan bagaimanakah dia berada di situ. Apa yang dia tahu, Prof. Syahid merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menjaganya.

Siren dibunyikan menandakan masuknya waktu tidur untuk semua warga di RobCorp. R-One melelapkan mata, menyimpan semua memorinya ke pusat pengumpulan data.

---

"Hai Sarah!"

"Sarah, jom main kat taman?"

"Sarah, jom main buai tu!"

"Sarah jangan lari la!!"

"Sarahhh!!!.."

R-One terjaga. Suara yang datang dari memori lepasnya terngiang-ngiang di mindanya. Badannya basah akibat berpeluh.

"R-One, awak okey ke?" soal Prof. Syahid yang merempuh masuk ke bilik R-One bersama beberapa orang pembantunya.

R-One membisu.

"Tekanan darah awak naik secara mendadak. Emosi awak juga tak stabil. Perkara ni dah berlaku beberapa kali R-One. Awak masih lagi tak jelaskan kepada saya puncanya." tutur Prof. Syahid dingin. Rekod data R-One yang dipegang olehnya diselak beberapa kali.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now