2.1 TRAPEZIUM

1K 121 19
                                    

  × TRAPezium by @adrianaflwr    ×

Chop! Chop! Sebelum hampa baca cerita aku, tolong ulang ayat kat bawah ni boleh?

"Ya Allah aku doakan agar Nur Emylia Adriana sentiasa lawa gila baq hang, cerdik akalnya dan berjaya memperoleh 10'A+ dalam SPM tahun 2018."

× Terima kasih doakan aku. Berkat kerap membaca novel, maka wujudlah cerpen ini. Kepada yg kaki novel, kaki mudah terhibur, kaki suka baca creppy pasta tapi bila malam rasa nak terkucil paihtu takut nak masuk jamban ketahuilah kamu bahawa kita geng!×

× Maafkanlah segala ke-typo-an yang ada dalam cerpen ni. Weh, aku rasa aku check 10 kali memang tak ada typo. Tapi kalau hampa nampak abaikan jelah eh? Sebab aku ni pun masih young, dumb and broke highschool kids yadadadadadada. ×

× AMARAN: Aku tak bertanggungjawab sekiranya telefon/gadget mahai hampa melayang bila baca cerpen ni. Sekian, salam sayang dari bunga paling menawan dekat Wattpad ni! Adrianaflwr ✿ *lempar bunga* ×

× Ig: emylia.adriana ×







×××

[ 25 March 2017 11 : 13 p.m. ]

✼ LIFESTYLE PLAN ✼

● No eating after 7 p.m. ✔
● Weekend exercise ( every 8 a.m untill 9 a.m.) ✔
● Sehari sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong. ✔
● Aku try tidur before 12 malam.✔
● Kurangkan gula especially dalam minuman. ✔
● Kurangkan makan burger ( sebab tahun ni memang banyak kali aku melantak McDonald)✔





Dear Dairy ❁ ,

Akhirnya siap juga jadual pemakanan aku. Kali ini aku benar-benar tekad! Aku nak berubah! Aku dah penat dicaci, dihina dan dikutuk atas sebab keadaan fizikal aku.

Sebelum itu, nama aku Alisa Iskandar. Aku seorang gadis biasa yang masih bersekolah. Pastinya ramai yang tertanya apa kena mengena diet pemakanan aku dengan tajuk TRAPezium bukan? Sememangnya, kisah aku dan TRAPezium amat berkait rapat.

Aku seorang yang berbadan gempal. Ya, aku sedar aku tidaklah secantik model-model terkenal di Malaysia. Tetapi, layakkah aku dihina atas sebab keadaan fizikalku? Subhanallah sungguh aku katakan, aku sudah penat dicaci dan dihina rakan-rakan sekolahku.

Setiap kali aku ke sekolah, setiap hari itu jugalah bagaikan neraka bagi aku. Marilah aku ceritakan kisah aku dan TRAPezium. Fikirku hari ini akan menjadi seperti hari-hari biasa aku ke sekolah ternyata tidak.

Pagi itu, aku ke sekolah bersama Papa ku. Mulanya, setibanya aku dihadapan pintu pagar sekolah aku telah disapa oleh pengawas senior sekolahku, Abang Sufian. Tiada apa yang pelik kerana memang setiap pagi cuma Abang Sufian akan menyapa aku. Ya, dia berbeza sekali dengan semua kawan-kawan lelaki yang aku kenal. Abang Sufian baik, dialah yang sentiasa menjadi penyelamat aku bila aku dibuli dan diusik.

Tetapi entah kenapa, aku langsung tak pernah jatuh hati padanya. Sekali fikir, Abang Sufian merupakan pelajar yang popular dan segak. Ramai pelajar perempuan menaruh harapan padanya, tetapi kenapa aku tidak langsung ada perasaan suka padanya?

"Good morning, Alisa. Dah sarapan?" Abang Sufian menyapa dengan mesra sekali. Senyuman yang terlakar dibibirnya bisa membuat mana-mana perempuan yang melihat tergoda.



"Morning. Lisa dah sarapan dengan Papa tadi."

"Nah! Abang ada bawa coklat Fererro Rochelle. Jangan lupa makan tau?"

Segan silu pula aku hendak menerimanya,"Eh apa ni Abang? Tiap-tiap hari Abang kasi Lisa coklat. Coklat Fererro Rochelle ni mahal tahu tak?"



"Kenapa pula Lisa cakap macam tu? Dah tak sudi ke terima hadiah Abang?"

"Eh, Abang salah faham ni. Lisa tak-"



"Abang gurau ajelah. Alisa ni comel betul kalau gelabah. Abang memang ikhlas bagi Alisa coklat ni. Ambillah." Coklat Fererro Rochelle itu dihulurkan padaku.

Malas nak memanjang cerita aku terus menyambut huluran Abang Sufian. Buat seketika aku terdiam, coklat Fererro Rochelle itu ku pandang.


Kenapalah Hedriq tak macam Abang Sufian? Aku betul-betul teringin nak dapat hadiah macam ni dari Hedriq.


Raja Hedriq, King kumpulan The Royal Skuad merangkap crush aku yang paling aku dambakan. Cliché kan? Macam novel melayu yang biasa kita baca, bad boy vs perempuan biasa. Bergaduh, berbalah akhirnya bercinta jua. Tetapi percayalah kisah aku dan Raja Hedriq bukan seperti itu. Kisah kami jauh berbeza.

Raja Hedriq. Aku tak tahu kenapa dalam banyak-banyak lelaki dalam sekolah ini, aku terjatuh cinta dekat dia. Padahal terang lagi bersuluh Raja Hedriq bukan calang-calang orang. Orangnya berpangkatkan kerabat diraja, ditambah pula bonus yang Allah berikan padanya rupa yang boleh mencairkan mata kaum hawa yang memandangnya. Tetapi satu sahaja kekurangan Raja Hedriq, dia salah mengguna pakai keistimewaannya pada kaum Hawa.




"Tak apalah Abang. Alisa masuk kelas dulu ye?" Pinta ku sopan.

"Belajar elok-elok tau! I love you!"




Serentak dengan itu, langkahku terus terhenti. Benarkah apa yang aku dengar sebentar tadi? Abang Sufian cakap I Love You? Bibirku mengoyak kuntuman senyuman. Hati pula berbunga tetapi cepat-cepat aku membuang perasaan itu. Ada-ada saja kau ni Alisa! Mana tahu kau salah dengar ke? Tak pun, Abang Sufian cakap macam tu sebab dia anggap kau macam adik saja kan?

Aku mendaki tangga menuju ke kelas. Uish! Banyak betul anak tangga sampai aku pun naik semput. Pihak sekolah ni pun bukan nak buat lif untuk pelajar ke apa!

Eleh, padahal kau yang gemuk! Bising aje! Hati mula mengutuk.

"Hai Alisa!" Tanpa sebarang amaran datang seorang lelaki berdiri tegak dihadapan aku.



Seperti terkena panahan petir aku terkelu tak terkata. Apa benar ini semua realiti, dan bukan fantasi? Betul ke manusia yang berada di hadapan aku kini Raja Hedriq?!



"Ki...King..." Kalau diikutkan hati memang aku nak melompat sakan sambil menari tarian bellaire. Dikesempatan ini aku ambik untuk menghayati ciptaanNya.




Ya Allah... Segaknya dia...



"Alisa, rehat nanti kita jumpa ya? Saya dengar awak pandai matematik. Jadi, saya nak awak ajar saya matematik yang bab trapezium apa entah tu, boleh? Alah... boleh lah..." Raja Hedriq meletakan kedua belah tangannya dipipi. Matanya berkelip-kelip meminta simpati.



Alisa, jangan pengsan! Nanti susah orang nak angkat kau!



"King nak suruh saya ajarkan King matematik? Betul ni?"



Raja Hedriq berdecit, "Betullah. Awak nampak muka saya ni macam main-main ke?"



Aku meggaru kepalaku yang tidak gatal. Rasa janggal dan bodoh pula aku rasa bila dihadapan Raja Hedriq.



"Yelah kalau macam tu, nanti rehat kita jumpa dekat pondok taman sains okay?"



"Okay, thank you Alisa sebab sudi ajar saya. Saya pergi dulu ya?" Kenyitan mata Raja Hedriq hadiahkan padaku sebelum dia melangkah pergi. Meninggalkan aku dengan hati yang sudah berbunga-bunga.



AHH!!!! CRUSH AKU AJAK AKU AJARKAN DIA MATEMATIK!!! RAJA HEDRIQ KENAL AKU! RAJA HEDRIQ TAHU NAMA AKU SELAMA NI?! ARGHH!!!



Inilah masanya Alisa! Masa untuk kau kenal dengan lebih rapat siapa Raja Hedriq. Tanganku sudah berpeluh-peluh. Jantung. Degupannya laju sekali. Mungkin inikah yang dinamakan cinta?




×××



Seperti yang dijanjikan dengan Raja Hedriq, aku awal-awal lagi sudah ada di pondok taman sains. Bunyi sahaja loceng menandakan waktu rehat, akulah orang pertama yang meluru keluar dari kelas.

Buku Success Mathematics SPM Form 4&5 dibelek sebelum aku mula mengajar. Biarlah aku tak makan sekalipun. Peluang ini aku harus manfaatkan sebaik mungkin! Peluang sekali seumur hidup ni!

Lagipun coklat Fererro Rochelle pemberian Abang Sufian juga masih tidak disentuh. Dalam kelas nanti aku makanlah kalau lapar.



"Hi Alisa!" Suara garau Raja Hedriq mula kedengaran dicuping telingaku. Lantas membuatkan aku berpaling ke arahnya.



"King... Duduklah.."



"Awak tak makan ke Alisa?" Soal Raja Hedriq sambil melabuhkan punggung dihadapan ku.

Demi awak King, diet pun saya sanggup! Jawanku dalam hati.




"Hm saya tak lapar pun." Aku tersenyum.

"Alisa, awak nampak comel bila senyum. Lesung pipit dalam." Tanpa apa-apa Raja Hedriq terus mencubit pipi kananku.



Saat itu, hanya Allah yang tahu bertapa gembiranya aku. Aku menyentuh pipiku yang dicubit Raja Hedriq sebentar tadi. Tak pernah aku rasakan perasaan ini selama ini. Perasaan bahagia bila bersama orang yang aku dambakan.




"Alisa..." perlahan Raja Hedriq memanggil namaku.

"Ya, King?" Aku pula menahan gugup.




"Saya ada sesuatu yang perlu saya cakap dekat awak. Penting sangat." Raja Hedriq bangun dan melabuhkan punggung disebelahku. Aku hanya menghantar langkahnya dengan ekor mata.

Raja Hedriq mula melebarkan tangan kirinya kebelakang ku dan memelukku. Janggal. Itu yang aku rasakan.

Bibirnya mula mendekati telingaku yang berlapikkan tudung. Deruan nafasnya jelas kedengaran dicuping telinga ku. Tenang.



"Alisa... sebenarnya..."



Aku menanti penuh debaran. Apa yang bakal meniti dibibir merah jambunya itu?



"Awak sebenarnya..."




"Ya, King? Saya sebenarnya apa?"




"KAU TU SEBENARNYA GEMOK! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!" Tempik Raja Hedriq betul-betul ditepi telingaku.

Aku menutup telingaku lantas menjauhkan diri daripada Raja Hedriq. Retak, hancur, pedih, perit, sakit hatiku. Sebak mula bertandang dihati tak kala mendengar gelak tawa sakan Raja Hedriq.

"Guys! I did it! Mana hadiah aku?! Aku menang wohooo!!" Raja Hedriq bersorak gembira.

"Celaka hang ni King! Pokai duit aku! Ish, menyesai pulak aku buat pertaruhan ni!"

Kejap, itu macam suara Abang Sufian. Aku menggeleng laju. Pertaruhan? Tak mungkin, tak mungkin Abang Sufian yang buat semua ni. Selama ini Abang Sufian baik dengan aku! Mana mungkin dia sanggup buat macam ni dekat aku!

"Sampai hati Abang Sufian buat macam ni dekat Alisa. Apa salah Alisa?!" Aku meraung.

"Hoi gemok! Hang pasai pa? Yang hang nak terkejut tergempaq serupa keling tu pasai pa? Awat hang ingat aku suka sangat ka dekat hang? Puih! Pi mampoih lah weh!"

Hina. Sungguh aku rasa terhina dengan kata-kata Abang Sufian. Tak sangka selama ini orang yang aku sangkakan baik rupanya manusia bertopengkan syaitan!

"Weh debab! Kau cerminlah sikit muka kau tu. Hak eleh debab ni, kau ingat aku ni bodoh sangat ke tentang matematik sampai desperate nak suruh kau ajarkan? Lebih baik aku upah personal tuisyen. Eh, ini pun pertaruhan ajelah weh. Terima kasihlah sebab kebodohan kau, aku dapat duit pertaruhan aku. WOHOOO!!"

Ahli The Royal Skuad mula mengerumuni aku.




"Gemok! Alisa anak babi!"

"Gemok! Alisa anak babi!"

"Gemok! Alisa anak babi!"

"Gemok! Alisa anak babi!"




Cacian demi cacian dilontarkan tanpa rasa bersalah. Seolah-olah mereka puas bila berbuat begitu padaku.

"Akhirnya dia jatuh ke dalam perangkap aku." Sinis kata-kata itu meniti dibibir Raja Hedriq.



×××



Ayat yang keluar dari bibir Raja Hedriq seperti pita rakaman yang tak henti-henti memutarkan kaset.

Dari situlah aku berjanji pada diri aku untuk berubah! Tetapi, aku nak tanya pendapat kau. Lepas aku diet dan kalau diberi peluang untuk menjadi cantik, apa yang patut aku buat :-

● Belasah The Royal Skuad sampai lunyai?

● Susun atur strategi untuk tundukkan satu demi satu ahli The Royal Skuad?

● Buat tak tahu aje, dalam erti kata lain move on.

● Lain-lain (Jawapan kau sendiri)






❀Tamat❀  


Terima kasih menghantar cerpen ini! It's a great one :) I could see you end it dengan "akhirnya dia masuk dalam perangkap aku." Haih,,,, lelaki macam ni memang macam siei,I choose Alisa should belasah the royal skuad sampai lunyai wuhuu.

So..

May Allah bless ya! I can see the different type of story telling. May you develop more and more and rise and shine! 

To others:dont forget to submit yours!

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now