5.LVRI by peppermintfrappe

1.9K 294 53
                                    

LVRI by PeppermintFrappe

 

 

Setiap orang ada masalah sendiri. Apa yang bezakan kita adalah bagaimana kita selesaikan masalah tersebut.

Adakah kau si manusia besi yang mampu menghadapi segala jenis misi?

Adakah kau manusia tanpa hati yang langsung tak mahu ambil peduli?

Atau, adakah kau seorang atlet duniawi yang tak pernah letih daripada berlari?

Kerana jikalau kau adalah seorang pelari,ingin kami ucapkan;

Selamat datang ke LvRI, sebuah medium dimana kau boleh terus berlari daripada segala jenis masalah yang kau hadapi.


Aku menggigit bibir sendiri. Skrin komputer aku yang asalnya berwarna hitam bertukar ungu neon. Cahayanya yang terang ditambah dengan bilik aku yang hitam gelap agak menyilaukan mata.

Niat asal aku cuma mahu menonton filem percuma di internet bagi menghilangkan stress. Pop-up ad yang tiba-tiba muncul saat aku menekan butang play benar-benar memeranjatkan aku. Ianya sangat mencurigakan bagaimana iklan ini muncul disaat hidup aku terumbang-ambing dengan banyak hal yang perlu difikirkan. Seolah-olah memanggil aku untuk terus berlari daripada masalah.

Aku menggerakkan tetikus, cuba untuk menutup iklan tersebut. Pelik. Tiada ikon pangkah yang selalunya terdapat di bahagian kanan penjuru paling atas mana-mana iklan maya.

Pilihan yang ada, cumalah ikon anak panah ke kanan. Aku cuba untuk menutup laman web filem percuma tersebut.

Tekan sekali.

Tekan dua kali.

Sia-sia. Semuanya tak boleh tekan. Hanya ikon anak panah tadi sahaja yang menyala saat aku melalukan tetikus aku.

"Ah sh*t." Sahlah, ada penggodam ceroboh sistem aku lagi. Yes. l-a-g-i.

Aku menongkat dagu menghadap skrin komputer, masih mencari jalan untuk menutup iklan tersebut. 

Pintu aku tiba-tiba diketuk kuat.

"Apa benda?" Sengaja aku menaikkan sedikit suara aku, manalah tahu yang mengetuk tu bukan housemate aku. Yelah, pukul 2 pagi macam ni, biasanya aktiviti ketuk pintu tanpa tangan galak dilakukan.

"Tidurlah Jim. Esok kelas pagi." Suara Alif samar-samar kedengaran.

"Aku tahulah." Balasku acuh tidak acuh. Fuh Alep rupanya. Kalau tak ada orang jawab tadi mahu terkencing aku dekat sini. Bunyi pintu bilik hadapan aku yang tertutup menandakan Alep sudah bersedia untuk tidur.

Tumpuan aku dikembalikan di skrin komputer. Mata aku mula terasa berat. Mana taknya? Setiap hari tidur 3 hingga 4 jam je. Bukan buat assignment. Menghadap komputer memanjang. Kepala aku sudah tersengguk-sengguk.

Malas mahu menunggu lama, aku menekan anak panah diiklan tersebut, dengan harapan dapat menutup komputer aku secara normal. Aku tak dapat tahan. Syaitan yang bergayut dikelopak mata aku mungkin ada masalah obesiti. Berat benar. Dan seperti hari-hari yang lain, aku tertidur diatas meja komputer.  

× × ×

Aku terpisat-pisat cuba membuka mata. Iblis mana pulak yang pandai-pandai bukak lampu bilik aku ni? Kalau bukan Alep, mesti Jo. Tak kesahlah mana-mana, yang aku tahu aku bukak je mata, aku potong tangan salah seorang.

Perlahan-lahan, visi mata aku berfungsi. Aku memandang siling. Siling yang putih bersih. Pelik. Dua tahun aku hidup dekat rumah sewa aku, dua tahun jugalah aku bangun menghadap siling yang kusam dan bertompok hitam.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now