2.7 Perangkap Maut

592 59 3
                                    

Hai guys,nah ni cerpen aku yang entah keberapa seumur hidup aku.Sumpah,aku rasa macam sampah.Bukan aku yang sampah tapi ni ceritalah,HAHA.

By the way,aku tak nak cakap banyak.Just minta korang doakan semoga aku dapat capai target SPM tahun depan.Mampus,lepas ni aku kena berbaik baik dengan chem,fiz,dan bio tu.

Untuk calon SPM 2018 yang lain,good luck!Nak cakap panjang lagi boleh tak?Tak boleh!It's ok.So enjoy my story.Kalau tak enjoy,nampak setiap helai rambut aku.Ok,aku minta ampun.

Sebelum tu nak bagitau sedia yang akan ada bahasa asing iaitu bahasa Sabah kat sini.Tapi jangan risau,terjemahannya ada dan anda boleh belajar serba sedikit.

Terimalah 'PERANGKAP MAUT' by erwanjimn

♡_♡

Aku berselindung di sebalik rimbunan rumput yang tebal dan menghijau itu.Hatiku sudah bergendang hebat sejak lima minit yang lalu.

Tak guna!

Macam mana diorang boleh ada kat sini?Aku baru nak menenangkan fikiran di tempat sunyi ini tapi tiga ekor manusia yang bertopengkan setan ni sudah mengganggu ketenteramanku.

Aku tidak habis habis menyumpah seranah lelaki yang mempunyai tubuh yang besar besar itu.

"Woi,kau sembunyi kat mana budak?!Jangan sampai kami yang jumpa kau,nahas kau!Baik kau yang menyerah diri sekarang!"

Jantungku semakin sakit berdegub apabila mendegar suara keras itu.

Setan!

Celaka!

Apa lagi yang diorang nak?Tidak puas puaskah diorang mahu membuli aku.Diorang ingat aku ni sampah ke yang boleh dipijak pijak begitu je?

Aku berundur perlahan ke belakang dalam keadaan duduk mencangkung.Aku cuba mengawal pergerakan agar tidak menarik perhatian lelaki lelaki dayus itu.

Semasa berundur ke belakang,aku tersentuh satu objek yang panjang dan keras.

Oh good!Kayu ni aku boleh guna untuk pukul kepala salah satu lelaki tu dan kalau ada rezeki boleh kasi tiga tiga lelaki tu pengajaran.

Aku menyelak sedikit daun daun yang melindungiku daripada pandangan mereka.Kelihatan tiga batang tubuh yakni manusia sedang berdiri membelakangiku.Ini satu peluang yang baik.

Aku sebut dalam kiraan tiga,aku kena terus bertindak.Aku bercakap dengan diriku sendiri.

Satu..

Dua..

Tiga!

Aku pantas keluar dari tempat persembunyianku dan,

"Oi,setan!" Haha,sempat aku memanggil anak iblis itu dan apabila mereka berpaling pantas aku menghayunkan kayu itu sekuat tenaga dan mengenai salah seorang daripada mereka.

Uyeah,satu lelaki tumbang!

Tapi..

Aku silap,mereka bertiga melawan seorang budak kecik seperti aku.Korang pasti sudah dapat agak apa yang berlaku seterusnya.

"Ooh,kau memang berani kan budak.Berani taik kucing,puih." Macam sampah,salah satu daripada dua lelaki yang masih berdiri itu melemparkan ludah.Tak,sampah tak pandai meludah macam anjing seekor ni.

Ya aku tahu,sudah berapa banyak kali aku menggelar lelaki lelaki ini dengan gelaran yang agung.

Tanpa aku sedar,kayu yang aku pegang sudah berganti tuannya.Aku tidak sedar bila lelaki itu merampasnya daripada genggamanku.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now