penjelasan,syarat dan segala yang berkait tentang the anti social!

7.7K 319 33
                                    

Bissmillahirahmanirahim.

The anti social ialah sebuah projek yang diwujudkan bertujuan untuk mempromosi bakat-bakat terpendam di wattpad.

Bosan kan bila story tidak mendapat perhatian? Nak minta orang promote,segan pula. Dah promote,tak layan pula.

Kini,Blc menjumpai satu kaedah baru untuk mempromosi diri dan bakat menulis anda.

Pada setiap bulan,sebuah tajuk akan dikeluarkan dan setiap orang yang berminat dan tidak kisah berkongsi kebolehan mengupas idea boleh menghantar sebuah cerpen yang habis gempak dan mampu membuat burung di langit terlupa untuk terbang kepada blc untuk di post di buku ini. 

Contohnya Blc memutuskan untuk memberi tajuk 'tergolek' untuk cerpen pada bulan September. Maka semua orang (tiada yang terkecuali) boleh menghantar sebuah cerpen berkaitan 'tergolek' dengan cerita yang sudah dikembangkan dan diplotkan dengan scene scene menarik untuk sama-sama menonjolkan bakat anda!

Berminat? Nak join? Teringin nak show your talent? Atau ada idea dan cerpen yang sudah berkait dengan tajuk? Kongsikan sahaja! Mana tahu bertambah readers dan supporters tetap di kemudian hari.

Syarat-syaratnya

1) karya hendak lah asli,original,dan milik anda 100%. Tidak diplagiat dari mana-mana novel/komik/mimpi pakcik anda/ racauan kucing/drama/filem dan sebagainya melainkan sudah mendapat izin dari pemilik sebenar. Ingat lah bahawa tuhan maha mengetahui.

2) Jika anda sudah ada cerpen dari buku anda,boleh sahaja sama-sama kongsikan di sini. Yang penting kena dengan tajuk.

3) Maksimum huruf 6000 words. Tetapi jika lebih,jangan menangis dan rusing membuang ayat-ayat sedap itu,mesej sahaja blc dan nyatakan kerisauan anda itu

4)bahasa bebas,yang penting kau perlu tahu blc dan ramai lagi wattpaders ialah melayu yang cuma reti cakap bahasa inggeris

5)genre bebas. Bebas woi bebas! Yang penting, ia berkait dengan tajuk atau tajuk itu boleh membawa makna yang sama dengan cerita yang disampaikan.

6) unsur lucah yang ekstrem,tidak akan dipost di sini

7)anda boleh menambah imbuhan atau ayat pada tajuk asal yang diberi. Contoh tajuk asal- kucing. Nama yang anda boleh beri ialah- kucing ku parsi dari arab saudi/ngauman garang kucing ku,Mr Arrogant /kucing

8)kalau perlu minta izin mak,minta izin mak terlebih dahulu

9)expired date sebuah tajuk ialah apabila sudah cukup sebulan tajuk itu digunakan. Sebulan satu tajuk

10) Anda boleh mengambil karya anda dan post di mana mana dan anda harus menyemat dalam jiwa bahawa karya anda adalah milik anda dan cuma dipinjamkan di sini,maka ia bukan hak milik mutlak blc

Kaedah menghantar karya anda

1) Email saya pada alamat broleecomel@gmail.com

Lebih afdal di email kerana cara penulisan (format) akan kekal kemas seperti yang anda sendiri tulis.

Apa patut diselit

Selit la karya anda yang anda rasa menarik dah mahu dipromosikan selepas tamat cerpen anda. Namun pastikan ia tidak merimaskan pembaca. Atau anda mahu promote instagram,telegram,snapchat, friendster,blog. Terpulang lah. Jangan annoyingkan pembaca. Itu sahaja.

Sebarang pertanyaan. Boleh la tanya.

Siapa yang bakal dijangkakan ada bersama?

Penulis penulis popular seperti  FatihaRahman (penulis buku T dan cinta instafemes) waniel99 (penulis dear my pembantu rumah), Thepinovem (puisi koyak) PeppermintFrappe (penulis lanets dan silver high), fiteiii (penulis way to find the truth)

Mengapa nama anti social club

Mengaku pada saya,berapa kali anda menjadi anti social kerana bermain wattpad atau kerana membaca buku novel yang sangat sedap dan best? Her her her

;) sekian!

Blc-broleecomel bukan bunga cinta lestari ok bye

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now