18.lari by starrydaisy

818 85 5
                                    

starrydaisy

ditulis oleh seorang gadis 16  tahun yang mahu keluar daripada comfort zone  iaitu cara penulisan biasanya yang agak kebudak budakan& cliché dengan cara penulisan yang lebih matang
logik dan berpijak pada bumi  yang nyata#lol. happy reading! hope you guys like it <33

•••

Lari? = patut atau tidak aku lari?

Lari. = aku patut lari.

Dua perkara yang selalu menghantui pemikiran aku.

Sama ada aku terus berfikir patut atau tidak aku lari tapi masih tiada  sebarang tindakan dan meneruskan hari hari aku yang semakin lama semakin membosankan dan bagaikan tiada erti.

Ataupun pilihan kedua, terus berlari tanpa berfikir panjang, tanpa memikirkan risiko yang bakal aku hadapi dalam larianku.

Aku Nur Adlyn binti Tan Sri Megat Irham, 17 tahun dan  anak kepada salah satu ahli perniagaan yang paling berjaya di Malaysia. Tan Sri Megat Irham bin Tan Sri Megat Yusuf, pemilik kepada The Megat Corporations yang ditubuhkan oleh arwah datuk yang sekarang diterajui oleh daddy.

Mummy, Puan Sri Emelya, wanita kacukan Melayu - Inggeris. Model terkenal di Malaysia dan luar negara dahulu sebelum berhenti untuk mengahwini daddy. Sekarang mempunyai butik dengan jenamanya sendiri iaitu Emel's Couture yang menjadi sebutan orang ramai tak kira dalam dan luar negara.

Aku melangkah turun daripada bilik aku di tingkat 3 ke bawah untuk bersarapan. Kelihatan Megat Danish, adik aku yang berumur 12 tahun sedang sibuk dengan satu tangan memegang roti bersalut Ovomaltine manakala satu tangannya lagi memegang iPad pemberian daddy. Three words to describe, manja as hell.

Kelihatan mummy dan daddy terkocoh kocoh keluar daripada lif. Kedua duanya sibuk dengan telefon masing masing melekap di telinga tanda sedang on call. Aku mengangkat tangan lalu melambai tanda mengajak mereka bersarapan bersama.

Mummy mengangguk sambil berjalan ke tepi swimming pool untuk tidak menganggu pendengarannya. Manakala daddy tidak langsung memandang aku sebaliknya dia terus melangkah keluar rumah menandakan dia tidak akan berpatah balik untuk makan pagi bersama sama.

Aku memerhati pula mummy yang baru selesai dengan panggilannya lalu berjalan ke arah meja makan. Dia mulai mengambil tempat duduk ditempatnya lalu memanjangkan tangannya untuk mengambil roti sihat lalu dijadikan sandwich bersama kepingan chicken slice dan salad yang terlalu banyak. Model atau bekas model, tak menjadi alasan untuk dia berhenti mengamalkan makanan menu dietnya...

Baru sahaja mummy ingin membuka mulut memasukkan sandwich tadi ke dalam mulut, telefonnya berdering di tepi, terbatal sandwich tadi untuk dimakan. Mummy terus mengangkat panggilan yang tak henti berbunyi dan dia bergerak kembali ke tepi swimming pool.

5 minit kemudian dia kembali. "Adlyn, Danish, mummy dah nak kena pergi butik. Ada client daripada New York
nak discuss pasal new project. Mummy pergi dulu, study hard at school okay? attack that number 1, anak anak mummy semua genius."

Satu kucupan singgah di dahi aku dan Danish sebelum dia melangkah keluar rumah. Ini bukan apa yang aku mahukan, tapi sekurang kurangnya mummy tahu, yang dia masih ada dua orang anak yang perlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Sedangkan daddy? hidupnya hanya untuk business. Istilah anak ataupun keluarga bagaikan sudah dilupus di tempat pelupusan sampah.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now