13.larian infinity by levitcus

787 98 8
                                    

Tajuk:larian infinity by Levitcus

Aku selalu cuba cara untuk melarikan diri dari tempat durjana ini. Kenapa durjana? Sebab mereka orang yang tidak berperi kemanusiaan. Mereka memukul aku dengan bergitu teruk. Aku sentiasa cedera. Mereka menyuruh aku membuat kerja berat. Aku dikurung dan dikawal rapi. Aku tidak tahan untuk hidup di tempat yang bukan seharusnya untuk aku. Apa dosa aku sampai aku diperlakukan sebegini?

Pernah sekali, aku cuba memanjat tembok yang seperti 'Tembok Besar China' itu namun aku ditangkap kembali apabila cubaan aku untuk menaiki tangga gagal.

Ada sekali aku hampir terlepas. Tetapi disebabkan kawan sebilik aku bising, kami gagal lagi untuk melepaskan diri.

Kali ini aku tekad. Aku akan berlari sampai ke garisan penamat. Aku tidak akan berhenti sehingga aku kembali menemukan keluarga aku. Pasti mereka risau akan keadaan aku.

Malam ini malam penentuan. Aku akan menyelinap ke bilik penjaga yang selalu mengherdik aku dan mencuri kunci miliknya. Kemudian, aku akan keluar secara senyap-senyap dan tanpa sebarang bunyi. Apabila melalui pintu utama, aku akan terus berlari dan berlari supaya tidak ditangkap lagi. Kali ini aku tekad!

Seorang lelaki bengis yang sedang minum sejenis minuman hitam sedang duduk menonton tv menjadi target aku.

Perlahan-lahan aku berlari dengan pantas dan senyap menghampiri dia tanpa dia sedari.

'Bukk!'

Kepalanya menjadi hentaman kayu yang aku simpan petang tadi.

Lantas kunci di meja aku capai dan berlalu ke pintu utama.

Line clear!

Aku membuka pintu dan terus berlari. Tidak kira apa pun, aku akan jumpa keluarga yang aku sayang.

Siren mula kedengaran.

Cis! Aku gagal lagi.

Sekumpulan orang bertopi menghampiri aku dengan senjata dan kayu pemukul. Mengerumuni aku bagai pesalah.

"Jangan begerak!" jerkah salah seorang dari mereka. Berkumis lebat, berkulit sawo matang, badan berotot. Aku tak akan pernah dapat lawan mereka ni...

Maafkan aku sayang. Aku janji selepas ini aku akan cuba yang terbaik sekali lagi. Aku janji selepas ini aku akan berlari dan melanggar sesiapa yang menghalang aku. Aku janji dengan sepenuh hati yang aku tetap akan lari dari tempat durjana ini.

Aku janji!

****

"Aku rasa dia nak lari lagi malam ni.." aku melepaskan keluhan berat.

"Kenapalah tak hantar je dia tu kat rumah sakit jiwa? Menyusahkan orang" Azmi yang berpangkat sama taraf dengan aku turut melepaskan keluhan. Semalam habis dipukulnya Dauf ketika bertugas syif malam.

Psiko gila!

"Itulah. Nak tahu petang tadi dia asyik cakap 'tunggu aku sayang, aku akan lari' tunggu apanya kalau isteri dia dah innallilah?"

"Entah. Patut hantar je kat hospital gembira sana. Adakah patut dia bunuh semua keluarga dia lepas majlis nikah? Aku rasa macam nak hempuk je kepala mamat tu bagidia sedar" cawan berisi kopi panas aku teguk.

"Entahlah. Aku harap sangat perbicaraan mahkamah dia tu cepat. Biar cepat sikit dia 'mati'" Azmi menarik ibu jari melintas leher tanda mati.

"Tapi kesian juga. Dia kan gila"

"Apa korang berdua buat ni? Berborak? Kang kena pukul dengan orang yang kau cakap gila lagi?" aku menoleh apabila melihat riaksi Azmi yang mula memucat.

Senyuman sinis yang sentiasa terukir di wajah tu buat aku menyampah.

'Bukk!'

"Aku tak akan putus asa sampai aku dapat lari. Tunggu aku sayang..."

Thank u levitcus atas penyertaan ini! A very short story but still good. May you rise and shine more after this!

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now