12. lari by imeranz

879 120 13
                                    

Mohon maaf andai cerita tidak mengasyikkan seperti yang kamu idamkan. Hanya penulis tanpa kewarasan mahu mencipta nama namun hampa. Tiada kaitan sama ada mereka yang masih bernafas atau mereka yang terhenti nafasnya untuk selamanya.

Hanyalah rekaan semata mata sesungguhnya tiada manusia sempurna tanpa cela.

By

imeranz

_______

Lari.
Ya, lari.

Jika ditanya pada aku, apa yang aku mahu, seesungguhnya lari. Aku mahu lari.

Dan sekarang, aku sudah lari.
Lari dari realiti menghadap fantasi.
Bukan itukah yang aku idamkan?

_____

Ianya bermula setelah semuanya bermula. Faham?

Setelah aku dilahirkan, oh ya, aku lahir dalam suasana sederhana, tiada iphone, tiada televisyen berskrin leper, tiada kasut berjenama converse.

Ayahku bukan orang senang apatah lagi ibu. Kerjanya hanya memandu lori kontrak, seperti yang dia selalu kata, "ada kapal, adalah duit." Tapi semenjak kebelakangan ini, aku lihat kapal semakin berkurang. Dan sekiranya kapal semakin berkurang, semakin banyakkah duit yang ayah terima?
Tidak bukan?
Tapi kenapa semakin hari semakin banyak?
Ayah jual apa?
Ah tak usah ambil peduli.
Ya silap aku kerana tidak ambil peduli sampai aku yang jadi kuli.

Tapi kini yang aku tahu, dia kini terlantar diatas kerusi tidur lena. Setelah penat mengira duit. Entah kenapa setiap kali mataku memerhati setiap inci wajahnya, pandangan jijik aku lemparkan. Mungkin sebab aku terlalu benci padanya. Oh tuhan, derhakakah aku kerana membenci orang tua ku?

Aku mengutip pakaian kotor diatas lantai lantas dimasukkan kedalam bakul dan diletakkan berdekatan dinding bilikky sebelum mengerling sekejap arah jam dinding. Baru pukul 3 petang.

Sudah menjadi rutin, pukul 3 aku akan membantu ibuku memasak didapur. Siapkan makan petang buat abah dan tetamu yang bakal datang ke rumah. Ibu, oh ibu, aku tahu seharusnya kau menjadi ratu hatiku tapi maaf, kau bukan ratu tapi hantu. Hantu yang sentiasa mengganggu ketenteraman ku. Maaf andai aku bertindak derhaka seperti yang aku tidak sesekali mahukan tapi aku terpaksa. Terpaksa tanpa rela hanya kerana ada secalit dendam.

"Assalamualaikum Soh oo Soh," suara tetamu memanggil ayah sudah kedengaran diluar rumah, penuh aura positif seperti yang terasa dalam suaranya. Bahagia mungkin? Dia bahagia aku derita.

"Waalaikumsalam Mat, awal benor ya kamu datang," sakat ayah membuatkan mereka berdua tertawa gembira. Ayah menjemput kawannya itu naik ke atas rumah dan menunggu diruang tamu. "Jah, buatkan air untuk tetamu kita."

Ibu mencuit aku yang sedari tadi termenung melihat perbuatan ayah, kenapa eh ayah?

"Bawakan air untuk tetamu kemudian turun ke bawah dan bersiap," pesan ibu lantas menghulurkan dulang berisikan sejag air tea panas dan dua tiga gelas bertangkup untuk dihidangkan kepada tetamu. Aku menyambut dengan hati yang duka tak rela. Sebolehnya aku mahu berkurung sahaja hari ini memandangkan hari ahad, hujung minggu sememangnya sedikit sibuk aku jadi. Melayan karenah keluarga, tetamu. Penat aku.
Terlalu penat.
Bukan dapat pahala pun.

"Dah besar ya anak dara kamu?" Mat ralit memerhati aku yang berbaju kurung dan berselendang menutup kepala. Tutup aurat. "Dah boleh jadi bini orang."

Bini kepala hang lah! Geram aku. Benci sangat diperlakukan sebegini. Jadi bini orang lah, jadi isteri dialah, itulah , inilah.

Ayah memberi isyarat menyuruh aku pergi jauh daripada dia dan Mat pula tak habis lagi merenung aku bagai nak terkam. Oh lupa, mereka yang datang kemari membawa hajat yang pasti. Hajat bertunjangkan nafsu serakah!

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now