10. lari by iza_aizaa

945 117 15
                                    

Lari iza_aizaa

Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Saja mencuba nasib di The 'Anti Sosial'. Tq blc : )

-Kadang rasa macam nak lari dari realiti ini dan tinggal dalam alam fantasi. Hahaha sebab? Sebab dunia realiti ini tidak seindah dengan apa yang kita jangka, yang ada cuma kesedihan dan kepenatan sahaja. Kebahagian hanya datang menjengah sekali sekala.-

Syed yang baru pulang dari sekolah berasa haus. Dia ke sekolah hanya berjalan kaki, tidak seperti abang dan kakak tirinya yang dibelikan motorsikal untuk kesekolah. Ayahnya sudah meninggal dunia sepuluh tahun lepas. Kehidupan dia berubah sejak ayahnya meninggal dunia.

"Haaa kau dah balik sekolah?" ujar makcik jah a.k.a mak tiri Syed

"Sudah mak" balas Syed

"Eh siapa mak kau? Aku cuma ada dua orang anak je, si Aina dengan Akram tu ha. Kau cuma anak tiri sahaja. Bapak kau pon dah mati. Jadi kau bukan siapa siapa dalam rumah ni. Ni aku nak kau masak untuk makan tengah hari. Aku ni lapar, nanti anak aku nak balik nak makan juga. Baik kau buat sekarang."

"Baik makcik"

Dia tidak faham dengan makcik jah, dulu sewaktu ayahnya masih hidup dia dilayan dengan baik sekali. Tapi selepas ayahnya meninggal sikap dan perwatakan makcikjah sudah berubah 360 darjah.

Kalau lah aku dapat lari dari rumah ini sudah pasti aku tidak perlu membuat semua kerja rumah. Dulu dia pernah cuba lari dari rumah sewaktu umurnya lapan tahun tetapi niatnya sudah dapat dihidu oleh makcik jah terlebih dahulu. Akibatnya dia dikurung dan diikat didalam rumah selama seminggu, dia hanya diberi makan sekali sehari sahaja. Selepas itu, dia tidak lagi berani untuk bertindak sedemikian.

"Haaa apa yang kau berangan ni bengap? Makanan aku dengan anak-anak aku dah siap?" soal makcik Jah

"Erkkk belum makcik, saya tengah buat lah ni"

"Ehhh yang kau duduk berjam jam dekat dapur ni, apa yang kau buat?" telingan dan tangan syed menjadi mangsa amarah makcik Jah

"Saya masak lah makcik" balas Syed

"Ooouuuh kau dah pandai menjawab sekarang ye." ditariknya Syed ke dalam kolah kemudian kepala direndam kemudian diangkat semula.

Syed hampir lemas akibat tidak cukup oksigen. Makcik Jah tersenyum puas. Hari ni dia mengurung Syed tanpa diberi makanan,

---

"Kenapalah aku diperlakukan sebegini?" rintih Syed

"Kerana kau manusia yang istimewa. Kau akan ku bawa lari ke alam lain. Mahukah kau mengikut ku?" kedengaran satu suara yang tiba tiba muncul

"Apakah dengan mengikutmu aku akan kecapi kebahagiaan yang aku impikan?" soal

Syed untuk kepastian

"Yaa sudah pasti. Aku akan bawamu lari ke alam ku. Alam yang dimana tiada manusia lain dapat memasukinya tanpa izinku.ha ha ha ha (gelak jahat) " suara itu bergema sambil tertawa

***

"Syed, dua tiga hari lepas aku ada dengar kau bercakap dengan seseorang didalam bilik. Betul apa yang aku cakapkan ni?" suara makcik Jah membelah suasana

"Mana ada makcik, mungkin saya mengigau waktu itu" balasnya ketakutan

Makcik Jah terus berlalu pergi.

---

"Kau dah basuh baju dengan kasut sekolah kami?" soal Akram

"Erkkk abang dengan kakak takde pun suruh saya basuh semua tu?" soalan Akram dibalas dengan soalan

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now