19.lari by ciktlips

621 35 1
                                    

Lari by ciktlips

*Saya tak berbakat, tapi saya cuba.*



Bunyi siren dari kereta polis di luar bangunan itu membuatkan aku terkejut. Pantas wajahku memandang Fadli dan Azmee yang berada di sebalik dinding bangunan usang ini.

Kumpulan BlackCurrent yang hampir semua ahlinya terpisah roh dengan jasad akibat tembakan yang dilepaskan oleh kami dipandang sebentar.

Perlahan-lahan kami bertiga berkumpul di tengah-tengah bangunan itu secara berundur hingga tubuh kami bertemu. Pistol yang berada di tangan masih dihalakan ke arah segenap ruang, berjaga-jaga.

"Polis nak datang." bisik Fadli di telingaku. Aku tak faham kenapa dia perlu berbisik sedangkan suara dia tetap bergema sebab bangunan tu kosong.

"Kita nak buat apa?" soal Azmee serupa kucing nak beranak kerana menggelabah. Dalam kumpulan kami, Azmee paling gelabah kalau takut atau risau.

Aku lihat dari ekoran mata, tangannya yang berisi sepucuk pistol sudah menggigil. Tubuhnya turut menggeletar.

"Aku kira sampai tiga. Kita lari dan lompat dekat tingkap kat belakang tu. Faham?" kataku juga dengan nada yang perlahan.

Dahiku sudah mengeluarkan peluh dingin. Jaket hitam yang tersarung pada tubuhku sudah comot akibat bergelut dengan musuh. Walaupun suasana malam yang dihantar ke mata, ianya tidak membataskan pandangan kami untuk bergerak.

Halkumku sudah turun naik kerana sedikit gentar. Kali pertama dalam hidupku saat memasuki jalan hitam ini, polis dapat mengesaki.

Sudahlah ini tingkat 9, mahu tak mati kalau kepala jatuh dulu nanti bila lompat. Tapi, aku tak de jalan lain. Lokap atau lari.

"Satu-"

"Bye!"

Belum habis kiraan sehingga nombor tiga, Fadli dan Azmee sudah lari dan melompat ke luar dari bangunan.

Oh shit.

Aku mengetap bibirku kerana geram apabila arahanku tidak dituruti. Aku ketua kumpulan WhiteCurrent tapi dia orang tak taat suruhan aku. Tak guna.

Lepas tekak sendiri je.

Last sekali, aku sudah membuka langkah mahu lari.

"Satu, dua, tiga. Lari, Dayan." lembut sahaja aku menyuruh diriku mengikuti arahanku sendiri. Aku berlari menuju ke tingkap yang sudah dilepasi Fadli dan Azmee tadi.

Mayat-mayat yang bergelimpangan di lantai bangunan itu aku pijak sahaja kerana nak cepat. Nanti-nanti aku sempat, aku minat maaflah pada dia orang.

Mataku melorot ke tanah yang berada di tingkat bawah. Fadli dan Azmee kulihat mereka sedang berlawan Mobile Legend sambil menungguku untuk melompat.

Tak guna betul. Lawan tak ajak aku.

Air liur kuteguk berkali-kali sebelum menarik nafas dalam. Sempat aku berdoa di dalam hati agar Allah memanjangkan lagi umurku walaupun baru tadi aku memendekkan nyawa orang.

Dengan lafaz bismillah, aku melompat keluar dari bangunan itu. Terasa aku terapung di udara sebentar apabila kakiku belum mencecah tanah.

Tap!

Aku mendarat dengan bergaya sekali. Pistol yang berada di tangan aku simpan semula di belakang seluar. Sempat aku menundukkan sedikit tubuhku menandakan persemabahan telah tamat.

Rambutku yang jatuh ke dahi, diraup ke belakang.

Jaket kulit hitam yang sudah tersarung pada tubuhku ditarik zipnya ke atas menutupi baju di bahagian dalam.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now