2.7 Perangkap Maut

Start from the beginning
                                    

Matilah nak!Nyawaku di tangan mereka sekarang.Aku kena berdoa sekarang,meminta ampun semua dosaku sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir sebentar lagi.

Bukh!

Ouch God..Memang aku,Tuhan dan malaikat je yang tau betapa sakitnya pankreasku saat diterpa dengan tumbukan padu itu.

Aku terundur ke belakang dan hampir jatuh ke tanah.Terdengarlah gelak gelak setan ini.Aku mengeluh kesal.

"Nampaknya,budak ni patut terima balasan sebab pukul kepala Rian." Lelaki yang satu membuat muka bengis.

Tak,aku kenal mereka semua ini.Cuma aku rasa tong sampah lagi bersih daripada nak sebut nama diorang.

Bodo jijik!

Pukh!

Ya Tuhan,kepalaku mula berpinar.Sakit gila,aku menahan diri daripada jatuh pengsan.Namun,aku ni dahlah berbadan kecil.Lepas tu dengan sekali pukul,terus boleh pengsan.

Ya,lebih baik pengsan daripada sedar tapi akan merasai kesakitan.

"Kita bunuh je dia ni,"

Itu kata kata terakhir yang mampu aku dengar sebelum semuanya menjadi gelap dan aku tidak sedarkan diri lagi.

¤ ¤ ¤

Aku mengelipkan mataku beberapa kali.Adakah aku tinggal roh?Keadaan sekeliling aku amati,jelas asing pada pandangan mataku.

Oh,akhirnya aku sudah meninggalkan dunia untuk selama lamanya.

Sekiranya aku menjadi hantu,tiada orang yang akan aku kacau selain tiga ekor bajingan itu.Hahaha.

"Isai lo?(Siapa itu?)"

Satu suara asing menyusup masuk ke dalam pendengaranku.Bahasa asing?Pelik.Mungkin itu para malaikat.

"Tou,noihumku hilo id taman.Poinraha po,nosianan oku om nowit ku diri hiti.(Entah,saya jumpa di taman.Berdarah darah lagi,saya kesian dan saya bawalah dia ke sini.)"

Pening kepalaku apabila mendengar bahasa asing yang tidak pernah kudengar itu.Aku menggagahkan diri untuk bangun.

"Nah,noposik noh lo.(Nah,dia sudah bangun.)"

"Er,salam.Korang ni malaikat eh?" Soalku bengap,aku menggaru garu kepalaku apabila dua makhluk yang seperti manusia itu memandang tepat ke arahku.

Tapi auw,perit kepalaku masa kugaru tadi.Rupa rupanya kepalaku berbalut,pasti cedera lepas kena pukul dengan kayu.Badanku memang sakit sana sini.

Nampaknya,aku masih hidup di dunia sebab aku masih merasai kesakitan ini.

Huh,diorang bagi aku harapan palsu je nak bunuh aku.Takpe,kalau diorang tak bunuh aku.Biar aku yang bunuh diorang nanti.Hehe.

"Malaikat pebende nye?"

Oh,pandai melayu juga eh.Loghat pun gedik sikit.Hmm ya,sekarang ni berdiri dua orang lelaki di hadapan aku.Yang pasti,aku tak kenal.Rumah ni pun macam rumah yang diperbuat daripada bambu.Bambu?Kau tak kenal?Yang buluh tu.Bamboo weh.Ah,sudah.

"Sekarang kami mau tanya kau." Aku menganggukkan kepala agar dia meneruskan bicaranya.

"Sebelum tu,saya Kiran yang jumpa kau di taman.Ni abang saya,Miran.Jadi saya mau tanya kau,napa kau ada di taman dengan badan yang berdarah darah?"

Aku terdiam kejap.Patutkah aku bagitau mereka?Mungkin diorang ni orang yang baik baik saja.

"Urm,saya kena buli." Ucapku perlahan.

"Nu?Isai tulun dit rogon kopio minawaal ko kogu diti?Tasu kopio!(Apa?Siapa orang yang setan betul membuat kau jadi macam ni?Anjing betul!)"

Uhg,aku rasa jantung aku nak meletup.Satu sebab aku terkejut gila bila Miran tiba tiba menerpa aku.Dua sebab aku tak faham dan pening dengan bahasa dia.Fuh.

"Maaf,abang saya ni tak pandai cakap melayu." Kiran mengusap belakangku lembut.Macam abang yang menenangkan adiknya.

"Ino noh,au ko balajar mimboros malayu.(Itulah,kau tidak belajar bercakap melayu.)" Kiran seperti memarahi abangnya tapi Miran mengendahkan.

"Ok macam ni,saya ada satu rancangan nak tolong adik." Kiran bercakap semula dengan aku.

"Rancangan apa?"

¤ ¤ ¤

Aku berlari semampu yang boleh.Wah,herba Kiran dan Miran sungguh mujarab.Badan aku yang terasa sakit semalam sudah tidak sakit apa apa lagi.Memang mantap ah.

Oh ya,sekarang ni aku tengah menarik perhatian tiga pembuli tegar aku itu untuk masuk ke dalam hutan.

Jangan risau,tunggu dan lihat eh baca apa yang akan berlaku.

Sampai di rumah bambu Kiran dan Miran,aku bergegas menjerit nama Kiran.Nak panggil nama Miran buat apa.Nanti dia je yang faham cakap aku,tapi aku tak faham apa yang dia cakap.Huhu.

"Kiran,apa nak buat seterusnya?" Soalku.

"Tarik perhatian diorang mendekati rumah ni!" Suruh Kiran.Aku pantas melakukan apa yang diarah.Aku bertenggek di jendela rumah dan memanggil manggil nama mereka.Maksud aku,aku sebut 'setan,setan,setan'.

Yah,teruk juga aku ni.

Dan tiga orang itu pun menangkap kelibat aku dan mula mendekati rumah bambu ini.

Splashh!

Ok,itu aku tidak tahu langsung bahawa akan ada perangkap besi yang akan jatuh dari atas pokok dan memerangkap tiga lelaki yang patut digelar 'tin kosong' sebab membuli orang itu.

Jap,napa lelaki yang aku pukul dengan kayu semalam tak mati mati lagi.Pfft,belum ajal nampaknya.Macam juga aku.

"Celaka,ini rupanya perangkap je!"

"Tak guna kau,budak!"

"Kalau kitorang lepas,jangan harap kau boleh bernafas lagi!"

Itu rungutan mereka,abaikan sebab aku tak gentar langsung.Perangkap tu bukan biasa biasa,perangkap besi beb.Mana kau mau lari?

Jujur saja aku tidak tahu macam mana Kiran dan Miran membuatnya dan itu rahsia mereka supaya dapat perangkap korang pula lain kali.

Hahaha.

Lantas,kami bertiga yalah siapa lagi kalau bukan aku,Kiran dan Miran.Kami mula menampakkan diri di depan pintu rumah bambu itu.

Ketiga tiga tin kosong itu berdecit.

"Balasan untuk korang,mudah saja.Kami biarkan korang kebuluran dan tengok siapa yang mati dulu.Itulah balasan kalau membuli orang."

Aku pun speechless,sebab aku tak sangka yang pembuli aku akan mati dulu dan cerita ini sudah mau habis.


Boleh tambah lagi kut,akhirnya mereka jatuh ke dalam perangkap aku ehem perangkap aku dengan Kiran dan Miran sebenarnya.

Am i right,Blc?






^T A M A T^

Blc:you are right erwan :) cantiknya penulisan awok!!! Betul betul nampak matang sekali,,,wah bestnya baca bahasa sabahhh tu,tak pernah tau bahasa sabah yang macam tu ada,hope boleh ah hantar lagi lepas ni dan selit bahasa sabah lagi 😋

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now