Apabila aku ingin menarik tanganku kembali, Zarif menunduk sehinggakan aku dapat rasa deruan nafasnya di leherku dan hujung hidungnya menyentuh kulit. Walaupun perlahan namun aku boleh dengar apa yang dia katakan. Rindu?

"Rindu apanya?" Aku balas acuh tak acuh.

"Asyik bergaduh je, rindu nak berbaik."

"Tengah berbaiklah ni, ada nampak aku marah ke?" Aku toleh kembali namun kali ini, jarak wajah kami terlalu dekat sehinggakan satu debaran hebat terasa.

"Ada je kan nak menjawab?"

"Dah tu takkan nak soal balik?"

"Tengok tu." Zarif melepaskan tanganku dan dia mengubah posisinya, terbaring di sebelah.

"Nak makan tak?"

"Makan?" Tanyaku dengan hairan, Zarif sudah mengiring ke arahku.

"Ya lah makan, makan nasi. Ke kau nak aku..."

"Diam." Aku tekup mulutnya supaya dia tidak menyambung kata-kata.

Zarif menarik tangan aku yang menutup mulutnya kemudian digenggam lalu di bawa ke bibirnya. Beberapa kucupan singgah di situ sebelum dia memerhatikan cincin yang tersarung di jari manisku.

"Pakai terus eh, tanggalkan bila perlu je."

Dia bangun selepas itu dan hilang disebalik pintu. Aku faham apa yang dia sampaikan, dia ingin cincin terus tersarung di jari manisku kerana dia ingin aku menjadi isterinya untuk selamanya.

➴ ➵ ➶

"Nak pergi mana? Kata tak nak paksa dah." Entah kali keberapa aku merungut namun kaki tetap melangkah mengikutnya dari belakang.

"Bukan paksa, nak bawak kau jalan-jalan." Zarif berkata sambil menarik tanganku sehinggalah sampai di sebuah rumah. Dari jauh aku dapat lihat seorang wanita yang usianya sekitar 70-an sedang menyapu sampah di laman rumahnya.

"Assalamualaikum!" Laung Zarif sambil tersenyum gembira.

"Waalaikumusalam," jawab wanita itu. Matanya dikecilkan untuk mengecam siapa yang datang.

"La Amril ko ni?" Dia terus tinggalkan penyapu dan menghampiri kami.

"Amril la ni."

"Lamo doh tok mari sini. Tok cey sakni." Dia memandang Zarif dari atas ke bawah, seolah-olah sedang menyaksikan perubahan yang sangat ketara.

"Ayoh Su, ni tengok sapo mari."

Aku menoleh ke arah tingkap rumah apabila kedua-duanya menoleh ke situ. Aku rasa seperti patung cendana ketika ini, tidak tahu untuk berkata apa kerana kurang memahami apa yang dikata. Dulu datang pun jarang-jarang, tidak sempat untuk belajar dialek Kelantan dan mama cuma berasal dari sini tapi membesar di ibu kota.

"Ingat kei toksey mari doh sini."

Zarif menyalami tangan mereka berdua. Aku makin bingung, tadi dia menyebut Ayah Su jadi mereka berdua ni ibu dan bapa saudara Zarif? Tapi kenapa kelihatan terlalu berusia untuk memegang peranan itu.

"Baru loni ado maso nok mari, maaflah duduk denu sokmo sibuk." Kata-kata Zarif membuatkan aku tercengang. Eh? Dia tahu? Tapi kedengaran pelat sedikit.

"Ni sapo?" Tiga pasang mata terarah kepadaku.

"Gewe ko?"

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now