"Farisya tak perlukan pengganti Ina tapi dia perlukan kasih sayang seorang ayah. Abang yang tersilap langkah." Gambar mama yang berbingkai itu diusapnya.

"Tapi sekarang ni, dia dah berubah."

Aku hapuskan saki baki air mata lalu menghampirinya. "I heard everything, am sorry."

"Maaf lah, Risya nampak semua ni. Papa rindu sangat dekat arwah, sampai bercakap sorang-sorang." Walaupun masih lagi berendam dengan air mata, dia ketawa.

"Apa papa rasa bila teringatkan mama?" Tanyaku apabila dia menoleh ke sini.

"Menyesal sebab tinggalkan dia, sepatutnya papa ada di situ. Tiap kali hari tu tiba pada setiap tahun, papa tak pernah tidur lena."

"Papa sayangkan mama?"

"Lebih dari segalanya tapi tak pernah terucap depan dia." Air mata sesalan itu mengalir lagi.

"Risya minta ampun, maafkan Risya." Aku berlutut depannya, tangan tua itu aku raih. Air mata tumpah seiring dengan esakan.

"Risya tak dengar cakap papa, selalu melawan, tinggikan suara, marahkan papa. Ampunkan Risya." Semakin lebat air mataku mengalir apabila papa mengusap kepalaku. Aku terlampau mengejar cinta seorang lelaki di luar sana sampaikan tidak nampak kasih sayang yang ada di sini.

"Papa dah lama maafkan Risya."

Aku tarik nafas lega, dadaku terasa lapang setelah meruntuhkan ego yang terbina selama ini. Kemaafan itu sangat bermakna, boleh merawat jiwa yang sentiasa diselubungi marah dan dendam.

Aku ingin bahagia tanpa perlu merasai semua itu.

❀❀❀

Aku selak muka surat yang seterusnya, aku sendiri tidak pasti ini diari yang keberapa dan Zarif tidak menghalang aku membacanya. Baru tadi selesai membaca tentang luahannya yang tidak sabar pulang ke Malaysia setelah mengetahui hubunganku dengan Airil sudah menemui penamatnya. Dia tidak mencatat apa yang berlaku pada malam itu tapi sepanjang tempoh persiapan perkahwinan kami, Zarif catatkan setiap hari. Sehinggalah pada hari kami disatukan.

Aku tidak pernah harapkan hari ini tiba, walau dalam mimpi aku tidak berharap. Walaupun dia menentang perkahwinan ini, dia tetap ada untuk menyempurnakannya.

Hati dilanda debaran tatkala melihatnya turun dari tingkat atas, berbaju kurung dan bertudung warna putih. Solekan tipis menyerlahkan lagi kecantikannya, terdapat sejambak bunga tulip digenggamannya.

Walaupun terpaksa ketika itu namun debaran yang aku rasa sama sepertinya.

Bermimpikah aku ketika ini? Perempuan yang selalu ada di dalam mimpi indahku dan perempuan yang aku rasakan tidak mungkin menjadi milikku, kini telah menjadi isteriku dengan sekali lafaz.

Farisya Irdina kini milikku. Aku ingin perkahwinan ini berterusan hingga ke hujung nyawa dan aku ingin dia menjadi bidadariku selamanya.

Hatiku tersentuh dengan kata-kata sebegini, jarang aku dengar dari mulutnya. Aku selak ke helaian seterusnya, pada sebelah malam pula.

Sepanjang malam aku berjaga, mana mungkin boleh tidur dengan lena kerana dia ada di sisi. Dalam kesamaran bilik yang hanya diterangi lampu tidur, aku dapat rasakan dia merenungku. Tidak lama, dia keluar dari bilik.

Senyuman di bibir terlakar apabila teringatkan kejadian malam itu.

Aku rasa ingin ketawa apabila menjumpai dia yang mengeledah peti sejuk kerana lapar. Aku tawarkan diri untuk memasak dan selepas itu, aku menemaninya. Tiada apa yang berlaku, kami kembali ke bilik dan tidur.

Aku tutup diari itu, hari ini sudah banyak aku membacanya. Kebetulan Zarif masuk ke dalam bilik, pandangan mata kami bertembung seketika. Aku bangun dan menghampirinya.

"Zarif, aku nak cakap sikit." Kami sama-sama duduk di birai katil.

"Aku yang minta mama rahsiakan semua ni sebab aku nak terangkan sendiri tapi masa, aku lengahkan sebab takut nak hadapi realiti." Aku pula cuba menerima satu persatu hakikat ini walaupun memeritkan, dia berahsia kerana Zarif yang suruh. Dia nampak jalan pintasnya ketika papa melamarnya.

"Aku minta maaf, pasal hal ni dan pasal hari tu. Aku tak sepatutnya tinggalkan kau, maafkan aku."

Aku tidak memberikan apa-apa reaksi dengan kata-kata namun aku berikan satu anggukan. Tidak tahu untuk berkata apa lagi, orang disekelilingku terlampau berahsia.

"Do you think our story gonna have happy ending?" Aku bertanya setelah agak lama kami berdiam diri.

"Happy endings are just stories that haven't finish yet. Aku tak boleh janjikan bahagia kerana perjalanan kita masih jauh."

"Kenapa?" Tanyaku dengan rasa sangsi.

"Farisya-" Dia berhenti seketika, seolah-olah tidak suka aku bertanya.

"Kenapa? Ada benda yang aku tahu lagi ke?" Makin geram apabila melihat dia diam.

"Tell me, what is it? Apa lagi yang kau sembunyikan!" Aku membentak dihujungnya.

"Ayreen."

"Kenapa dengan Ayreen?" Tanyaku lagi dengan desakan. Macam mana dia boleh kenal Ayreen?

"Aku yang langgar dia."

Ni last, sumpah ni last aku merapu dalam cerita ni. Lepas ni janji tak merapu dah 👀

Di sini saya dengan hati yang terbuka mengaku, kebanyakan bab terbaru yang diupdate bulan 11 sangat merapu 🌚✨ ya ya saya mengaku 👀💓

Jangan risau la 👀 tak ada siapa yang akan hilang ingatan, tak ada watak ketiga yang kemaruk nak kejar orang tak sudi, tak ada mak mertua jahat, tak ada plot twist macam 'iskandar dengan farisya tertukar masa bayi pastu dorang kahwin dan happily ever after' tak ada huhuhu.


Terima kasih ✨

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now