Dengan kadar yang segera aku terus menuju ke bilik air untuk berwudhuk, au bentangkan sejadah lalu aku sarungkan kain telekung. Air mata mula merembes turun ketika aku sujud. Semakin syahdu apabila aku terkenangkan kejadian pagi tadi, hati semakin ralat menimbulkan perasaan. Kenapa aku? Kenapa aku yang dipilih?

"Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli, bukan Allah hendak menyeksamu, bukan Dia tidak melihat usaha dan doa-doamu dan bukan Dia tidak kisah dengan air matamu. Dia cuma ingin kamu tahu bahawa Dia menyayangimu, sangat menyayangimu. Masakan tidak, dari berjuta manusia di muka bumi, engkau adalah pilihanNya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali kepadaNya."

Terngiang-ngiang suara itu ditelingaku. Ketika aku masih lagi belum menerima Zarif sebagai suami, aku pernah mengeluh kenapa nasibku sungguh malang dan dia berkata sebegitu. Namun detik ini, hatiku ingin berkata sesuatu namun aku gagahkan diri untuk menyempurnakan solat ini. Seusai salam diberi, air mata masih lagi menemani malahan makin lebat ketika aku suarakan isi hatiku kepadaNya.

Setelah puas mengadu kepada Dia, dadaku yang dihimpit kerisauan dan kegelisahan mulai tenang dan lapang. Serentak dengan itu juga aku dengar pintu bilik dibuka dari luar. Aku langsung tidak menoleh ke arahnya, telekung dan sejadah aku letakkan di tempat asal.

"Tak tidur lagi?"

Aku buat-buat tak tahu, dari ekor mata aku dapat lihat dia tanggalkan tali leher yang terikat tanpa kemasan dan dua butang baju kemejanya pula dibuka.

"Aku nak cakap sikit, boleh tak?"

Aku menoleh ke arah Zarif. Matanya aku tatap, walaupun keadaan di dalam bilik hanya disimbahi lampu tidur tapi aku dapat lihat dengan jelas, dia turut melakukan hal itu.

"Macam mana kau boleh tanya aku tanpa rasa bersalah pun?! Macam tak ada apa-apa jadi pagi tadi!" Suaraku naik meninggi ketika melontarkan kata-kata itu.

"Pagi ni kau tinggalkan aku sorang-sorang without saying anything! Aku call kau tak jawab! Kau tinggalkan aku kat situ!" Turun naik secara tidak teratur nafasku, air mukanya yang terpalit sesal di situ aku tak ambil peduli.

"Petang tadi aku rendahkan ego pergi jumpa kau but what you did?! Tak ada apa yang keluar dari mulut kau. Nothing, Zarif!" Dia cuba meraih tanganku namun aku rentap kembali.

"You're too much! Kalau tak boleh terima kenapa kau bagi aku harapan? Kau ingat aku main-main ke?!"" Tanganku naik memukul dadanya dengan perlahan.

"Aku ikutkan perasaan sangat pagi tadi, Farisya. Aku tak sepatutnya buat macam tu. Aku minta maaf." Ada sebak yang terselit di situ tetapi kenapa aku rasa terlalu penat mendengar ucapan maaf darinya. Tiada langsung perasaan untuk memaafkan dia.

"You know what? Maaf kau tu dah basi. Dah lapuk! Aku dah menyampah dengar!" Tengkinganku bergema di setiap penjuru bilik. Aku akan dianggap isteri derhaka kah jika terus begini?

"Please, aku terlampau ikutkan perasaan. Aku fikir aku boleh terima kau tapi..."

"Kau tak boleh? Kau ingat aku tipu ke? Aku tak tipu, I tell you the truth. Dari malam pertama aku cuba goda kau sebab aku ingat kau Airil, aku anggap kau dah boleh agak aku macam mana." Bila bercakap dengannya, aku terpaksa ingatkan dia tentang apa yang aku pernah lakukan di masa lalu.

"Aku tak tipu kau." Matanya yang aku tatap sudah menghasilkan air mata. Apabila kedua-dua belah kelopak matanya terpejam, air jernih itu mengalir. Air mata sesalan yang aku rasa tidak mempunyai nilai lagi.

Jika kita mencari kesempurnaan dalam pasangan kita, itu hanya akan mendatangkan kehancuran dalam sesebuah hubungan kerana kita akan larut dalam kekecewaan dan akhirnya berputus asa terutama sekali dalam rumah tangga.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now