5.LVRI by peppermintfrappe

Start from the beginning
                                    

Aku melihat diri aku keluar dari rumah. Seekor kucing kurus yang asyik bergesel-gesel dengan kaki aku, aku renung tajam.

"6 Julai, anda telah menendang kucing yang sering meminta makanan di hadapan rumah sewa anda ke dalam longkang besar. Anda lari daripada masalah"

Aku mula rasa minah android ni semakin melampau. Apa dia fikir dia tuhan ke nak mention semua dosa-dosa aku?

"29 Ogos, anda telah memecahkan skrin telefon bimbit teman serumah anda. Anda tidak mengaku kesalahan anda dan terus menunding jari kepada orang lain. Anda lari daripada masalah"

Mimpi bod*h. Bangunlah Mail! Bangun!

Aku menampar-nampar diri sendiri. Apa yang aku dapat cumalah rasa sakit.

"2 September, anda memasukkan-"

Aku mengabaikan tayangan dan suara android itu. Aku bangun dari duduk dan berlari ke arah dinding yang bertentangan.

Aku cuba merempuh dinding tersebut, namun gagal. Keras macam jubin.

"ARGHH" Suara android itu masih berbunyi, menyatakan kesalahan-kesalahan aku. Aku cuba berlari ke arah dinding yang lain. Rempuh dan gagal.

Aku berlari lagi, merempuh dinding dan gagal.

Sekaki lagi aku berlari.

Sekali lagi aku gagal.

Lagi, dan lagi.

Ini bukannya kali pertama aku berlari. Aku memang suka lari dari masalah. Sampai satu tahap, larian aku akan gagal. Setiap kali gagal, aku lari ke arah lain. Dengan cara tu lah aku kekal hidup. Paling mudah, paling berkesan. Tapi entah kenapa, kali ni tak berjaya.

"20 September, anda cuba meninggalkan tayangan kami kerana tidak mahu menerima kenyataan. Anda lari daripada masalah"

"Senyaplah bod*h!" Aku menekup kedua-dua belah telinga aku. 

"20 September, anda menutup kedua-dua telinga anda, tidak mahu mendengar kebenaran. Anda lari daripada masalah."

"AKU KATA SENYAP"

Bilik menjadi senyap seketika. Skrin terpadam. Nafas aku turun naik, menahan diri daripada bertindak dengan lebih aggresif.

"Dengan ini, slot pertama telah pun tamat. Mail Panggil Aku Mail, anda diminta bersedia untuk slot kedua yang akan dimulakan dalam masa sepuluh saat."

"Kasi jelah aku keluar!" Suara aku bergema diseluruh pelusuk bilik. Tiada respon.

Tiba-tiba, bunyi menyilukan menerjah gegendang telinga aku. Bingit betul. Melalui ekor mata aku, aku dapat menangkap biasan cahaya berwarna ungu neon.

"Slot kedua kini akan dimulakan. Mail Panggil Aku Mail, anda diminta untuk keluar melalui pintu yang baru sahaja dibuka di kanan anda."

Aku melihat pintu yang diperkatakan. Cahaya ungu yang aku lihat rupanya datang daripada pintu tersebut. Perlahan-lahan aku berjalan menuju pintu pelik itu. Ini, bukan perangkapkan?

Masuk melepasi pintu, aku kini berada di sebuah lorong gelap yang diterangi dengan LED berwarna ungu neon.

"Mail Panggil Aku Mail, sila berjalan 50 meter kehadapan."

Aku mula melangkah. 10 meter, 20 meter, 30 meter, 40 meter dan 50 meter. Sebuah pintu besi seakan-akan milik sebuah kapal berdiri gah dihadapan aku. Pembukanya yang berbentuk roda terpusing dengan sendiri. Sedikit demi sedikit, pintu itu terbuka.

Cahaya matahari! Aku rakus menolak pintu besi itu agar terbuka luas. Angin dari luar menerjah wajahku. Di hadapan aku, terbentang kawasan berumput hijau yang luas. Sangat luas, sehinggakan apa yang aku nampak cuma rumput, rumput dan rumput. Tiada pokok, tiada rumah, apatah lagi homo sapien.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now