5.LVRI by peppermintfrappe

Start from the beginning
                                    

"Muhammad Ismail Bin Muslim" Nama aku dipanggil. Segera aku bangun daripada pembaringan, cuba mencari punca suara tersebut.

Orang yang aku harapkan, speaker yang aku dapat.

Aku kini tersedar yang aku berada di dalam sebuah bilik putih yang kosong, dengan empat buah speaker di setiap penjuru siling. Aku memandang bawah. Cis. Aku fikir ada katil putih empuk. Aku tidur atas lantai rupanya.

"Selamat datang ke Lauf virtual Reality Incorporated. Sebelum slot pertama kita bermula, adakah anda selesa dipanggil Encik, Cik, Muhammad, Ismail, Bin atau Muslim? Sebut hah untuk membuat pilihan."

"What the f*ck?"

"Sebelum slot pertama kita bermula, adakah anda selesa dipanggil Encik, Cik, Muhammad, Ismail, Bin atau Muslim? Sebut hah untuk membuat pilihan" Suara perempuan android tadi memainkan ayat yang sama.

"Ini satu penculikkan ke?"

"Sebelum slot pertama kita bermula—"

"AH! Mail! Panggil aku Mail!" Menjengkelkan! Si penculik ni tak boleh ke kasi aku bercakap dengan orang sebenar?

"Mail Panggil Aku Mail, Slot pertama kita akan bermula dalam masa seminit. Anda diminta duduk bersila di bulatan merah"

Aku– urm abaikan. Ini cuma mimpi. Ya, mimpi. Bukannya aku tak pernah dapat mimpi pelik-pelik macam ni. Tengok saja baju yang aku pakai. Putih kosong walhal baju yang aku guna untuk tidur adalah baju t-shirt I Love Japan, bukannya t-shirt putih yang mempunyai sulaman huruf L-v-R-I di bahagian kiri dada aku.

"Mail Panggil Aku Mail, slot kita akan dimulakan. Anda diminta duduk bersila di bulatan merah"

"Ye, ye aku tahulah!" Bising betul. Aku memandang sekeliling mencari bulatan merah yang dikatakan.

Terdapat sebuah bulatan merah yang agak besar berada kira-kira lapan langkah daripada tempat aku sedang berdiri. Sebelum suara menjengkelkan tu muncul lagi, aku segera duduk di bulatan yang diperkatakan.

Sebuah skrin berwarna ungu neon tiba-tiba muncul di dinding putih yang menghadap aku. Aku mendongak. Ada projektor rupanya.

Skrin ungu itu berubah menjadi hitam. Tiga saat kemudian, sebuah video dimainkan.

Seorang lelaki dengan rambut yang kusut tidak terurus menekup telinganya dengan bantal. Disisi kanannya, telefon pintar jenama Samsung bingit berdering minta diang—

Wait. Kenapa aku tengok diri aku?

"15 April, anda mengabaikan panggilan telefon daripada rakan anda kerana tidak mahu mengganti semula wang yang dipinjam"

Tayangan kini menunjukkan aku yang menutup muka dengan fail apabila berselisih dengan Faris.

"Anda mengambil cara mudah dengan mengelak daripada bertembung rakan anda di kampus. Anda lari daripada masalah"

"Tiga ribu sia*. Aku mana ada duit lagi. Dah kerja nanti aku bayarlah!" Herdik aku pada android yang tidak berperasaan itu. Itulah kau Mail. Pinjam reti. Guna buat belikan awek phone baru pulak tu. Last-last kena tinggal.

Aku kini menonton tayangan yang menunjukkan aku sedang membalut tangan sendiri.

"3 Julai, tarikh peperiksaan anda. Anda telah mengambil jalan mudah tidak menjawab peperiksaan dengan jari patah sebagai alasan. Anda lari daripada masalah."

Aku tak ada masa nak belajar. Daripada dapat pointer rendah dan kena marah dengan mak bapak aku sebab tak belajar, lebih baik tak payah ambik peperiksaan terus.

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now