Fet mencapai kepingan roti terakhir dan bergesa keluar, tak lupa juga untuk menutup pintu yang sekali tiup pun bisa tumbang tu.

Badan terbongkok-bongkok menyarungkan kasut ke kaki, gara-gara tak sempatpakai kasut tadi. Seboleh-boleh juga Fet meyembunyikan muka kerana malu dengankakak dia yang buat hal. Bayangkan dia keluarkan kepala dari tingkap danmenjerit suruh orang lain cepat, masalahnya bas yang dinaikki belum sampaidepan rumah pun, baru kat hujung jalan.

><

“Weh, rileklah. Baru pukul 7.15 pagi, berkumpul pukul 8 pagi nanti, lama lagi lah,” kata Fet pada kakaknya yang sedang buat warm up.

“Kena sentiasa bersedia.”

Kelihatan sekumpulan lelaki datang ke arah mereka, semuanya segak-segak belaka. Tapi Fet tahu, lelaki yang datang tu bukanlah bertuju kepadanya.

“Kau takkan dapat lari dari aku,” mukanya tidak sinis, malahan kelihatan manis, macam (: . Beberapa saat bermain mata, akhirnya sekumpulan lelaki bergerak ke arah kantin untuk makan, mungkin.

Entah berapa lama Fet termenung, sedar tak sedar tangannya ditarik dan siren berbunyi menunjukkan bahawa pelajar diarahkan berkumpul.

“Baiklah, pelajar u18 akan dilepaskan sekarang, sila ambil tempat masing-masing,” teriak cikgu bertekak besar dari atas bumbung astaka. Entahlah, kau jangan persoalankan macam mana dia naik atas tu, dia je yang mampu naik.

><

Ini dia, saat yang aku tunggu-tunggukan. Fet di sebelah aku kelihatan tegang juga, macam yang lain. Untung kami dapat berada di barisan hadapan sekali, senang nak menang.

Aku tengok muka orang belakang, heh, ini semua muka yang sah-sah akan pecut awal-awal. Bangang ke ha 5km kau nak pecut kat depan? Kau faham tak marathon tu apa? Itu belum yang berjalan lenggang kangkung. Aku taktahulah berapa lama masa yang mereka ambil untuk sampai ke garisan penamat.

Cikgu sudah meninggikan pegangan pistol. Posisi kaki aku betulkan. Picu pistol ditarik dan,

BAM!

Aku memulakan larian, tidak pecut, tidak juga berlari anak, berlari mengikut pace aku tersendiri dengan langkah besar. Aku berlari sambil mendengar lagu yang telah dimuat-turunkan ke dalam iPod dan disambungkan dengan earphone, bersantai tapi masih kekal fokus.

Kiri dan kanan aku pastikan tiada orang, belakang aku cuma ada Fet, depan pula dua orang atlet yang memang power dalam bidang sukan. Pada waktu macam ni lah aku terbayang segala ganjaran yang akan melimpah jika aku dapat bebas dari ikatan ni, kali ni. Wah, masyuk!

Hati aku kuat mengatakan bahawa pelajar lelaki sudah dilepaskan, walaupun larian mereka akan ditambah 1km, tapi aku yakin, kalau aku lambat, muka lelaki pertama yang aku akan nampak ialah muka dia, dia.

Aku terus berlari dan berlari.

Aku juga menikmati pemandangan yang tak seberapa tapi elok untuk dilihat. Alhamdulillah, jalan yang ditetapkan bukanlah jalan yang kau akan nampak budak-budak lepak sambil bermaksiat. Semuanya penuh dengan pokok, Cuma bahayanya sebab banyak kereta lalu lalang ditambah dengan kelajuan yang melampau.

Aku mula rasa hilang fokus, aku anjakkan pace larian dan mengejar dua lagi pesaing di depan, aku rasa bertuah kerana mereka jenis bersaing dengan sihat, aku menyeru Fet serta tingkatkan semangat dia untuk mengejar kami bertiga. Ah, aku tak kisah menang atau kalah.

Yang penting aku dapat buktikan yang aku dapat lari dari dia!

Telahpun kami tiba ke Checkpoint kedua yang menunjukkan kami sudah melepasi 3km.

Lagi 2km!

Aku boleh!

Menyedari yang kami semakin hampir dengan garisan penamat iaitu di padang sekolah, aku memecut kerana sudah terlalu girang dan teruja, lagi-lagi bila aku langsung tak nampak mana-mana pelajar lelaki!

Aku akan bebas!

500meter lagi!

Akhirnya, ada juga sesuatu untuk aku banggakan dalam hidup.

><

“Oi, kau okay tak?” Bahu aku disentuh Fet, terdapat beberapa orang pelajar perempuan yang lain duduk mengelilingi aku. Nak Tanya aku dapat nombor berapa lah tu kot, oh ye tak ye, aku tempat ke berapa eh tadi? Aku tak ingat pula haha.

“okay je. Kenapa?” Fet menghulurkan air kepada aku. Aku perasan muka dia muram, apa benda ni?

“Weh, apesal korang semua ni? Ada apa-apa yang aku taktahu ke?” Aku soal mereka.

“Kau nak tahu yang mana dulu? Semua benda yang kau nak tahu ni sedih ada, gembira pun ada.”

“Mana-manalah,” balasku dengan perasaan bercampur-baur.

“Ok, first, kau pengsan masa marathon tadi,” Kata seorang perempuan yang familiar dalam hidupku tapi tak ingatlah pula siapa dia.

Eh.

“APA DIA? MAKSUDNYA?”

Aku masih ingat persetujuan kami. Sama ada aku berjaya menghabiskan larian tanpa berjumpa dia atau aku bertembung dan berlumba dengan dia sehingga aku sampai garisan penamat dulu sebelum dia.

Dua tu je yang akan buat aku bebas.

Tapi sekarang, habiskan larian pun aku tak mampu!

“Sabar weh, sabar. Belum habis cerita lagi,” kata perempuan tadi lagi. Aku merenung matanya dengan pandangan kosong, pasrah. Tapi pandanganku dikalihkan ke arah Fet bila dia memegang tangan aku.

“Dia dah takda.” Whut? “Dia kena langgar kereta sebab taknak berhenti masa kereta banyak. Cikgu dah tahan tapi dia taknak dengar, ayat terakhir dia yang cikgu dengar ialah dia kata dia nak kejar kau sampai dapat.” Fet menghembuskan nafas kesal.

“Budak form 4 kata, dia kena gilis. Certain body part dia terpisah dari badan, sebab bukan satu kereta yang langgar dia. Kau pun tahu kan kereta area sini macam mana?” sambung seorang perempuan yang lain pula.

Cuma bahayanya sebab banyak kereta lalu lalang ditambah dengan kelajuan yang melampau.

Hati aku celaru, patutkah aku sedih sebab kematian dia atau patutkah aku gembira sebab dah takda orang akan ganggu hidup aku lagi?

><

Kejadian siang tadi masih terngiang-ngiang di kepala, di mana aku tolak pelawaan cikgu yang suruh aku tengok muka dia buat kali terakhir. Terakhir menda nanti mayat dia kena bungkus ke tanam apa semua mesti aku kena pergi tengok juga. Memang taklah aku nak tengok dengan body part semua sudah tidak pada tempatnya.

Aku bangun dari perbaringan bila angin dingin menyentuh kulit aku lalu aku berjalan ke arah tingkap untuk menutupnya. Fuh, sejuk betul.

Aku berpusing untuk ke katil semula untuk tidur.

Hanya untuk melihat figura seorang lelaki tanpa kepala sebab kepalanya sudah di tangan dengan senyuman yang susah untuk diungkapkan.

“Walau di mana pun, kau takkan dapat lari dari aku, Batrisya Amanda.”

Thank u love for this great one! Tak kurang hebatnyaaa dari yang lainnn 😊 may you rise and shine more after this! 😚

The 'Anti Social'Where stories live. Discover now