Bab 39

181 13 9
                                    




Aku mengurut belakang leher yang ditutupi dengan kain shawl hijau muda perlahan. Pakai tudung ni dari pagi sampaila dah nak dekat maghrib.Langsung tak bukak kecuali ketika aku berhenti untuk solat. Sekarang memang musim projek. Projek sana, projek sini. So,pekerja yang duduk atas kerusi roda biru ke, ahli lembaga pengarah yang duduk atas kerusi kulit hitam empuk ke, dua dua kena siapkan kerja.

Abang Fahmi pun makin sibuk nampaknya. Dekat ofis kami still bergaduh tapi tak sempat sangat. Tu pun kalau time rehat aku buat rajin pergi ronda ronda gaya pegawai polis cek bandar memalam. Serius aku rajin nak melawat sejak aku ada bau something yang berunsur rancangan pembinaan masjid Abang Fahmi. Maksudnya kisah cinta dialah.

Abang tak cakap apa pun. Dia kan keras hati. Tapi nak buat macam mana, aku kan bijak. Tengok je cara pandang Abang Fahmi kepada sekretarinya buat aku rasa macam nak gelak guling guling. Akhirnya abang hensem aku dah jatuh cinta. Tapi kan aku rasa abang ni keras hati jugak. Aku tahu yang dia ni cepat marah kalau ada kerja yang tak sempurna. So, bila dia nak tarik perhatian Cik Hanin dia tu, senang je pergi buli ikut suka. Tu aku tahu pun sebab kantoi makan berdua dekat restoran depan kompeni. Bila aku tanya, dia jawab yang Hanin tak sempat makan, buat kerja banyak sangat. Hmmm.....

Tak apelah aku tak kisah. Sebaliknya patut bersyukur. Abang pun bukannya makin muda. Aku adiknya pun dah kahwin. Nanti makin meriahlah rumah aku. Satu lagi, aku tak kisah sebab aku ni bukannya cepat suka orang. So bila aku boleh terima Hanin, tu maksudnya aku restulah tu. Baru je pagi tadi aku usik dia. Merah habis muka tu.

Aku rasa Hanin ni pun bukannya sedar yang Abang Fahmi dah tangkap cintan dengan dia. Tak sedar ke buat buat tak sedar? Patutlah setiap kali pergi outstation dekat oversea, abang mesti beli something nak bagi dekat stafnya katanya. Tapi masalahnya abang beli satu je, sah sahlah nak bagi dekat bakal kakak ipar aku tu. Aku panggil Hanin je sebab umur kami yang berjarak setahun. Tapi nanti pandailah aku nak lembutkan lidah panggil dia Kak Hanin..Huhu.

Telefon aku yang gelap itu aku pandang. Dia langsung tak risau ke aku balik lambat ni? Taklah lambat sangat, tapi wajar kalau dia nak risau sebab selalunya aku balik dalam pukul enam petang. Ni dah maghrib pun tak nampak tanda aku boleh balik lagi ni.

Aku keluh. Hubungan kami makin lama makin teruk. Memang hari yang kami bertengkar tu aku still tak percaya dia sanggup buat macam macam dekat aku. Tapi sejak semalam hati aku dah tawar sedikit.



💙



Mata kami bertembung. Aku cuba pancarkan apa yang ada dalam hati aku sekarang. Panas, kecewa, sakit hati, sedih dan marah dengan apa yang aku nampak sekarang. Dia pula hanya melihat kosong seperti aku ni memang langsung tak ada hubungan langsung dengan dia.

Panas hati aku. Dia buat macam aku ni terhegeh hegeh sangat. Dia buat aku sahaja yang angkat darjat dia sebagai suami. Mudah sahaja duduk semeja dengan Wardah dan buat tak peduli dengan aku yang dah duduk lama dekat dalam kafe ni.

Aku tahu yang mereka saja. Saja nak masuk dalam kafe ni dan duduk tak jauh dengan meja aku dalam keadaan Haziq menghadap aku dan Wardah membelakangi aku. Sesekali Wardah gelak manja dengan senyuman sinis Haziq yang tak tahu apa yang dibualkan. Aku rasa, sebelum mereka berdua nampak aku, aku perasan yang diorang just order nak minum luar.

Sumpah aku takkan keluar dari kafe ni selagi diorang tak keluar. Rasa macam nak call mama sekarang jugak. Nak harap aku lalu dekat meja diorang, tunggulah sampai kiamat. Aku tak nak lalu bukan sebab takut ke apa, tapi sebab aku tak nak baju Wardah yang tak cukup kain tu aku simbah dengan kopi panas dan muka lelaki tak guna tu selamat kena tendangan padu dari kasut tumit tinggi lapan inci yang aku pinjam dari auntie yang tengah duduk belakang aku sambil gelak tahap nak runtuh kedai ni ha. Lagilah aku berasap.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now