bab 6

303 19 9
                                    


Beg berwarna biru muda,warna kesukaan aku ,sudah siap dimasukkan sebagai beg terakhir yang dimasukkan ke dalam bonet kereta.boleh tahan banyak yang dibawa Abang Hafiz untuk ke lapangan terbang berdekatan.mak lang dan pak lang sudah siap bersalam salaman dengan semua orang sebab lepas je hantar Abang Hafiz, mereka akan terus bergerak pulang ke rumah mereka.pasangan yang memiliki tiga orang anak ini masih tampak berkarisma meskipun sudah lanjut usianya.mak lang,seorang pemilik salah satu butik terkenal sentiasa mendukung suaminya yang sedang bertungkus lumus mengusahakan satu syarikat keluarga bersama abang dan adiknya,iaitu ayahku dan pak long.syarikat yang kini sudah bertapak sebanyak tiga cawangan,diusahakan sendiri oleh mereka bertiga.ibu syarikat dipegang oleh pak lang.mereka yang bergilir gilir mengembangkan harta keluarga warisan arwah datukku sememangnya amat aku kagumi.di bawah pengurusan ayahku,syarikat yang diusahakan adalah bersaiz kecil kerana dihalang oleh profesion ayah sebagai seorang peguam.dia hanya bertindak memantau kerja orang bawahan dan meletakkan jawatan pengurus ke atas bahu abang Fahmi tidak lama lagi .Aku akui keluarga besar aku sememangnya agak berada.syukurlah,Tuhan dah kurniakan nikmat yang tidak terhingga buat kami.Opah aku yang dulunya hanya mengambil upah mengerjakan sawah kini bahagia di samping anak anaknya yang sudah berjaya.sudah berkali kali aku mendengar ayah ku serta bapa saudaraku yang lain mengajak opah untuk bersama sama kami tinggal di bandar,namun setiap berkali kali itu opah menolak.katanya terlalu banyak kenangannya di tempat ini selain dia sangat menghargai keadaan kampung yang aman,berbeza dengan di bandar.

Sementara menunggu keluarga ini bertolak,aku curi curi memandang sang jejaka yang akan pergi untuk tiga tahun lamanya.dia sedang tekun mendengar nasihat opah yang hampir berkumandang lebih tiga minit dari tadi.sampai berkerut dahi dia menghadam nasihat tersebut.timbul rasa lucu dalam hati.hai,opah?sayang cucu sangat ni.almaklumlah,cucu nak merantau negara orang.aku berangan .kalau cucu aku pun,mesti dah berbakul bakul aku bagi nasihat.cewah,Lisa.jauhnya fikir masa depan.sampai ke cucu kau ye..

Dalam hati sudah berfikir macam macam. Dia sudi ke nak ucap selamat tinggal kat aku.aku bukannya penting pun dalam hidup dia.tambah tambah aku manusia yang patut bertanggungjawab atas perkara yang terjadi bila aku usung sepupu sepapat pergi jejalan dua hari lepas.antaranya ialah enam ais krim sepupu bertuah aku telah selamat tumpah dalam kereta selain setiap masa,selagi tak dapat barang yang hendak dibeli,Abang Hafiz kena dukung sepupu aku yang bergilir gilir nak naik atas belakang badan dia atas sebab penat berjalan keliling shopping complex yang besar gedabak tu.ada lagi?mestilah ada lagi.Abang Hafiz terpaksa meleraikan pergaduhan dua sepupu aku yang berebut nak makan aiskrim Aqilah yang tak habis,memandangkan aiskrim sedap budak berdua yang dah lama habis,sebelum keduanya buat muka comel minta beli aiskrim lagi.tu tak termasuk Aqilah dan sepupu sebayanya,Haziqah yang menangis tak henti henti dari kami masuk shopping complex sampailah kami keluar darinya.Apa yang dapat aku buat ialah menghadiahkan rasa simpati dalam hati buat Abang Hafiz. Kesian Abang Hafiz......

Relaks Lisa,sekarang macam ni.kalau dia senyum tanda selamat tinggal pun kira kau ni ada kepentingan la jugak dalam hidup dia walaupun pentingnya kau hanya sebagai penyusah hidup dia.sori okey,aku bangkang.aku pernah dengar ayat yang kata kalau takde penyusah hidup ,tak lengkap dunia ni.jadi mulalah saat penungguan yang bakal menentukan sama ada aku penting ke tak.kaki dia menapak seorang ke seorang untuk bersalam dan memohon restu menuntut ilmu.otak aku yang ligat berkerja terus berhenti saat kaki si dia tepat berhenti betul betul di hadapan aku. Ah sudah.ni kira aku pun penting dalam hidup dia ke.hati aku dah nak melompat suka.Tapi,bukan ke dia pergi dekat semua orang ke nak wish selamat tinggal termasukla sepupu kecil yang berdiri sebelah aku ni.hati yang melompat suka terus jatuh sebelum tenggelam terus ke sel badan aku yang paling dalam dan berjanji tak akan melompat selama lamanya.

Aku angkat wajah.beranikan diri untuk tengok muka dia yang hari ini aku rasa macam kacak habis.dia senyum bila pandang aku.

"Lisa,doakan abang ye.jangan rindu pulak ye.Nak contact abang pun tanya je Fahmi.dia ada number phone dan email abang.Dan lagi satu.." dia pandang sekeliling memastikan tiada orang lain yang bakal mendengar percakapannya.Aku kerut dahi.benda apa yang rahsia sangat ni.jantung pun dah pam darah cepat dari biasa.dia tunduk sedikit untuk menyamakan ketinggian kami berdua memandangkan aku yang memang rendah ni sebelum bersuara dengan nada berbisik.

"Abang harap Lisa pilih untuk tunggu abang. Tiga tahun. Tolong tunggu abang."

Aku kejung.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now