Bab 8

221 14 3
                                    


"Kenapa hadiah ni spesial?" Dia diam.seperti sedang menyusun kata.

Aku sabar menunggu jawapan.

"Sebab Lisa spesial?" Aku angkat muka tanda tak percaya.Dah kenapa mamat ni.sekarang persoalan ada dua.dia nak kata aku spesial yang memang spesial dekat hati dia ke aku ni special dari segi kurang upaya tu.sebab setahu aku orang OKU pun pakai kata ganti diri keempat iaitu spesial jugak.logik ke tak teori aku?okey,tak.tapi yang pasti aku tak puas hati dengan jawapan tu.crush dia nak campak mana?

"Tapi abang,bukan abang suka perempuan lain ke?abang jangan main main.kalau benda ni gurauan,siap abang." aku beri amaran.risau jugak aku kalau lepas ni tiba tiba dia gelakkan aku.mau malu empat belas keturunan kalau jadi macamtu.

"Mana ada abang suka perempuan lain.Eh,mana Lisa tahu abang ada suka perempuan lain?" Dia tanya curiga.Alamak!mati aku.takkan aku nak mengaku yang aku dah pasang telinga dengar diorang sembang.nanti tak pasal pasal bantal comel atas meja tu dia campak balik kat longkang belakang rumah.tak mau!!baru nak buat jadi bantal wangi aku.lagipun kalau aku mengaku,jatuh lah maruah aku.Nampak tak?waktu buat tak rasa apa apa,sekarang tak nak mengaku salah pulak.manusia..manusia..

"Eh,takdelah.abang Fahmi yang cerita." cepat aku menutup salahku.

"Perempuan yang abang cakap tu Lisa lah.Fahmi pun tak tau siapa yang abang maksudkan.malulah abang kalau dia tahu.cuma sengaja abang cerita dekat dia kot kotlah dia dapat tangkap siapa budak tu" jawabnya sambil matanya mengerling nakal ke arahku.

"Tapi bukan ke abang Fahmi ada offer Lisa?abang bangkang je.siap cakap Lisa ni budak budak lah,apalah." aku bersuara lagi.nak mencari jawapan sementara kami masih di topik ini.nanti kalau hari lain tetiba aku tanya pasal benda ni,mesti dia sangka aku dah terdesak sangat gamaknya.

"Abang Fahmi yang cerita semua" aku sambung lagi bila mata dia dah pandang aku.hairan mungkin macam mana aku boleh tahu detail sedetailnya.

"Takkanlah abang nak setuju waktu tu.dia kan abang Lisa.kalau abang maju pun,abang terus jumpa maksu dan paksu meminang terus.yang pasal Lisa budak budak tu,okey apa?budak budak kan muda,comel pulak tu.abang kenala yakinkan Fahmi bagi real yang perempuan abang cakap tu bukan Lisa,kalau tak,bongkarlah nanti rahsia abang.okey macam tu?" dia pandang aku sambil senyum.erk,comel?yahuu!! Dah rasa nak lompat dah.sabar Lisa.satgi lompat ye.sekarang ni kau hanya mampu pura pura senyum malu ja.

"Dah,jangan tanya.sekarang kan tinggal berapa bulan je abang nak balik.jangan terkejut pulak kalau balik dari mana mana tengok kereta ayah abang dah ada depan rumah Lisa.tunggu ye.." dia kenyit mata sebelum bergerak ke ruang tamu.

Dan kini aku yakin.yakin untuk terus tunggu Abang Hafiz sepertimana yang dia harapkan.tak sangka hari ini dia dah luahkan perasaan dekat aku.bukan aku yang mula dulu tapi dia!tak kira,balik ni memang kena tulis dalam diari ni.perasan aku tak payah tanya.dah rasa macam menang satu juta je gayanya.bezanya satu juta akan habis,tapi kalau menang hati Abang Hafiz, selama lamanya mungkin? Ahaks!baiklah cucu cucuku,Nek Lisa korang dah berjaya menawan hati sang jejaka terhangat di pasaran,bukan cinta bertepuk sebelah tangan lagi dah.huhu.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now