Bab 27

212 13 6
                                    

Aku senyum indah. Terasa sangat bahagia. Rasa disayangi. Dicintai. Dibelai dengan sentuhan kasih sayang yang tiada penghujungnya. Bagai menatang minyak yang penuh.Nikmat yang wajib aku syukuri. Langsung tiada cacat celanya.

Bangun sahaja dari tidur,wajah Abang Fahmilah yang pertama menjadi tatapan. Terus aku melompat dari pembaringan melihat wajah kacaknya yang sedang tersenyum.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Alisa,
Happy birthday to you."

Abang Fahmi menyanyikan lagu selamat hari jadi yang telah di'orang putihkan' olehnya. Nasib baik betul nahunya. Kalau tak memang aku dah ketuk Abang Fahmi dengan jam loceng di sebelah.

Hari ni punya istimewa sampai jam loceng pun tak kena jalankan kerjanya yang sepatutnya dia berjerit tepat jam pukul enam pagi. Nak tau sebab apa? Sebab pukul lima lima puluh pagi Abang Fahmi dah berdiri terpacak tepi aku. Badan aku digerakkan kuat sebelum aku dihadiahkan dengan nyanyian persis Ning Baizura dia tu.

"Yeay! Hari ni hari jadi Lisa! Seronoknya! Tapi kan bang, kalau nak buat surprise pun, janganlah goyangkan katil Lisa sampai nak roboh. Ni kira okey Lisa tak bangun tampar abang pastu tidur balik gara gara terkejut ingatkan ada gempa bumi. Anyway, thanks bang sanggup jaga awal hari ni semata mata nak wish birthday dekat Lisa."

Aku bersuara riang. Memang dah tekad, hari ni hari aku. Jangan sedih sedih. Hari ni kan aku jadi birthday girl? Birthday girl kena lah ceria, gembira, cantik semedang kan?

Abang Fahmi hanya tersengih. Langsung tak rasa bersalah buat aku terkejut. Aku sendiri pun faham yang dia teruja nak sambut birthday aku. Sampai tak menyempat.

"Alah,Lisa. Berani ke Lisa nak tampar abang. Tangan pun kecik lagi. Ada hati nak tampar abang. Dah tak sayang nyawalah tu. Abang tak kisah kalau Lisa tak sayang nyawa pun. Apalah sangat baru hidup sebelas tahun dekat dunia ni."

Dia membalas sambil tangan jahat menarik tocang kuda yang aku baru selesai ikat dua saat yang lepas. Dia aku jeling tajam.

"Apa masalahnya baru hidup sebelas tahun pun? Abang lebih tiga tahun je dari Lisa. Nak menghebat pulak."

Muram sedikit muka aku. Abang memang nak kena! Saja nak rosakkan mood aku yang baru acah acah macam bawang putih yang baru bangun daripada tidurnya yang lena bermimpikan yang dirinya telah ditumis bersama musuhnya,bawang merah dan bapa saudaranya belah ibu iaitu halia di dalam satu kuali yang sangat gedabak besarnya.

"Yelah. Tu pun kira sebelas tahun baru pukul dua belas tengah malam tadi. Kalau tak sepuluh tahunlah Lisa. Ingat dengan tempoh sebelas tahun tu Lisa dah berjasa banyak ke untuk sesiapa? Tak kisahlah pada keluarga ke, pada sekolah,negara atau agama sekalipun?"

"Tapi Lisa.."

"Sebab tu abang kata tak kisah kalau Lisa tak sayang nyawa pun. Sebab Lisa tak dak tabur jasa pun."

Bulat mata aku tengok Abang Fahmi. Wah wah! Ini dah tahap menghina nih. Suka hati mak bapak dia je. Eh, bukan ke mak bapak dia tu ibu dengan ayah aku jugak ke? Ah, tak kisah. Marah punya pasal.

Helo, aku pun pernah tabur jasa key? Dia mana tau aku pernah tolong kutip plastik aiskrim dekat tapak perhimpunanlah! Tu bukan kebajikan ke dalam menjaga alam sekitar meskipun kutip sampah sebenarnya adalah denda sebab aku datang lewat perhimpunan dan lagi teruk bila aku yang buang plastik tu tepi pokok bunga raya dan tegakkan batang aiskrim sebagai penanda. Kihkih.

"Okey, kalau macam tu, abang sebutlah apa jasa abang pada negara sampai kehilangan nyawa abang adalah satu kerugian? Jawab nak jawab sangat kan."

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now