Bab 38

157 12 5
                                    





"Haziq mana? "

Aku meneguk air liur. Tak tahu hendak memberi jawapan balas apa. Abang Hafiz yang bertanya serius di hadapan aku masih menunggu jawapan. Aku kesan unsur curiga pada wajahnya. Seperti dapat membau sesuatu yang tidak enak.

Cawan teh itu aku letak dengan muka yang selamba. Cuba menyembunyikan perasaan aku kala ini. Tidak akan aku benarkan untuk Abang Hafiz tahu akan cerita dalam rumah tangga aku.

"Haziq tak balik sekali. Dia ada kena jumpa kawan. Abang sihat.?"

Aku sempat perhati wajah Abang Hafiz sebelum kembali berwajah selamba meminum air teh dalam cawan yang sudah tinggal separuh sahaja lagi.

Seperti biasa, lelaki yang berkongsi wajah serupa dengan Haziq namun lebih lembut pandangan matanya. Sentiasa tampil dengan baju berona gelap. Hari ini, dia pakai tshirt hijau gelap dan jeans hitam. Berbeza dengan.... .Lebih banyak mengenakan warna terang. Tadi pun dia pakai tshirt merah dan seluar coklat muda.

Aku pejamkan mata. Hurgh. Sukar benar hendak melupakan Haziq walau sesaat. Kalau lupa sekejap pun jadilah. Aku tak sedap hati langsung bila nampak dia dengan Wardah. Tapi semua ni memang salah. Aku tak boleh tuduh sembarangan. Tak boleh. Percaya dekat Haziq. Faham?

"Lisa? "

Aku pantas membuka mata.

"Ya saya. Ooh lupa nak bagitau. Tadi mama ada sebut pasal Jiha call mintak ambikkan dia dekat library. Mama suruh abang ambik. Free tak? Kalau tak free, Lisa boleh tolong ambikkan. "

Aku mengulang pesanan mama untuk sampaikannya kepada Abang Hafiz. Boleh jugak nak alihkan perhatian dari bertanya lebih lagi tentang Haziq. Aku malas nak jawab dah. Malas nak tipu. Malas segala galanya.

"Hmm. Ni abang nak pergilah ni. Najihah ada call jugak tadi. "

Dia jawab.

Okey.

Okey.

Dan sekarang aku tak tahu nak buat apa. Apesal Abang Hafiz still tak pergi lagi? Aku dahla sejak dengar dia bergaduh dengan Haziq sebab aku, dah mula segan dengan dia. Cepatlah mama turun. Memang canggung sangat ni. Ke aku patut buat sesuatu ek? Emm, ada cawan dekat depan aku ni. Bernas tak kalau aku nak buat persembahan cup song? Nak buat lagu apa eh? Hmm.

Baru je tangan aku nak ambik cawan untuk merealisasikan impian aku untuk debut lagu first aku depan Abang Hafiz, aku hampir hampir sahaja tersedak air liur sendiri bila Abang Hafiz bukak mulut.

"Lisa... okey ke hidup dengan Haziq? "

Aku serta merta tertunduk kepala. Ligat berfikir.

"Kenapa abang tanya? Mestilah Lisa okey. Adik abang layan Lisa baik sangat."

"Lisa, please jangan tipu abang. "

Mata aku yang tadinya tenang tiba tiba bergelora. Terasa panas di dalam dada. Apa maksud Abang Hafiz? Aku tipu? Tipu mende?

" Apa yang abang cuba nak sampaikan ni? Lisa tak ada tipu abang pun. "

"Lisa tak bahagia dengan Haziq,kan? Dia tak cintakan Lisa pun. Kenapa Lisa sanggup nak kaburkan yang Lisa sebenarnya tak happy pun nak hidup dengan dia. Cakap je Lisa.. Kalau Lisa mengaku, abang suruh Haziq ceraikan Lisa dan kahwin.. "

Papppp!!!!

Tangan aku menggeletar. Bukan sebab rasa bersalah kerana telah menampar Abang Hafiz, tapi sebab marah yang belum menghilang mendengar butir bicara yang Abang Hafiz sampaikan pada aku.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now