Real Prologue

567 17 2
                                    

Jari jarinya laju bergerak di atas keyboard hitam. Sekejap kejap dia gerakkan tetikus, sekejap kejap dia regangkan kepala yang sudah lenguh kesan duduk panjangnya di atas kerusi empuk itu hampir tiga jam.

Selepas sahaja menunaikan ibadah solat isyak bersama isterinya yang tersayang, ruangan kerja ini terpaksa diberi perhatian. Ruangan istimewa yang akan dia bertapa sekiranya kerja kerja pejabat tidak selesai dan perlu dibawa pulang ke rumah.

Dia tak pernah merasa lelah. Sememangnya cintanya pada dunia perniagaan sangat besar. Bukanlah bermaksud dia seorang yang gilakan harta. Tapi dah orang business,nak buat macam mana.

Tapi besar besar cintanya pada perniagaan, besar lagi cintanya malah berlipat kali ganda kasih dan cintanya pada seorang insan bernama isteri. Tak sangka wanita yang menghiasi frame gambar yang terletak elok bersebelahan dengan komputernya kini sudah menjadi miliknya.

Banyak benar halangan untuk mendapatkan cinta hatinya yang ini. Orang kata, lagi banyak cabaran, lagi berharga nilai sesuatu itu..

Tak terbayang rasa bahagia dalam dirinya saat sang isteri tunduk mengucup lembut tangannya setiap kali selepas solat,saat mendapat hadiah senyuman indah setiap kali pulang kerja, saat mendengar teriakan yang nyaring apabila kek cawan yang dibakar hangus, saat melihat pipi yang merah bila diusik nakal.

Dan rasa yang sakit kehilangan apabila segalanya yang indah itu berhenti serta merta.

Lelaki itu segera menggelengkan kepala, mengusir segala memori hitam yang kembali menari nari untuk mengoyak kembali hati itu. Dirinya yang baru kini tak akan mengulang kesilapan lalu. Sehabis nyawa akan dia usahakan dengan diizinkan Allah untuk menjadi suami terbaik buat isterinya.

"Assalamualaikum. Abang? Lisa bawakkan nescafe untuk abang. "

Dia angkat kepala melihat wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik kerja itu. Aduh, ni adalah satu penghalang utama untuknya meneruskan kerja.

Lisa pakai pijama biru hari ini. Tangan kanan memegang cawan nescafe manakala sebelah lagi dimasukkan ke dalam poket pijama itu. Dari sini dia boleh menghidu bau wangi losen yang akan disapu setiap malam sebelum tidur. Rambut pula diikat malas, dengan beberapa helai rambut yang terlepas bebas di tepi wajahnya. Santai begitu sudah cukup membuatkan lelaki ini terpesona.

"Waalaikumussalam,sayang. Terima kasih. Lisa letak je dekat meja tu. And come here. "

Lisa bergerak ke arah dirinya dan menurut apabila diarahkan untuk duduk di atas pahanya. Segera wanita itu dipeluknya. Segala kasih disalurkan.

"Nak charge battery jap. Tak perasan yang battery badan dah low. "

Isterinya ketawa kecil. Cantik juga di matanya. Eh, kenapa rasa macam malas nak buat kerja dah ni? Tapi tak boleh, esok sepatutnya hari yang akan dihabiskan hanya untuk isterinya. Rancangnya segala kerja akan dihabiskan hari ini juga.

"Lama lagi ke? Abang rehatlah dulu,esok sambung. "

" Abang memang nak habiskan hari ni jugak. Esok kan nak bawak sayang jenjalan. Takkan nak usung segala benda alah ni. Semua ni banyak. So time dalam kereta memang seat tepi driver tu penuhlah, sayang kena duduk belakang sebab barang kerja abang tak suka seat belakang. Maklumla isteri kedua. Okey? "

Lisa mencebik. Namun tangan lincah mengurut belakang badan dia.

"Baguslah sayang lagi benda benda macam tu. Sayang lagi dari bini dia yang ni. Sanggup nak letak kita dekat seat belakang."

Lelaki itu hanya diam tersenyum. Tak perlu kata apa apa. Kerana masing masing sudah tahu siapa yang menjadi ratu hatinya. Tak perlu dia jelaskan lagi.

" Sayang masuklah tidur dulu. Nanti abang masuk,okey?"

"Alah,lama lagi ke? Kalau sekejap Lisa nak tunggu abang. "

"Lama. Lisa masuk tidur dulu."

Dia mencubit kedua dua belah pipi Lisa. Kemudian menguraikan pelukan mereka untuk Lisa ke bilik tidur mereka.

Lisa bangun dan menapak menjauhi meja kerjanya. Ternaik sedikit keningnya bila Lisa bukan menuju ke pintu, sebaliknya melabuhkan duduk ke atas sofa maroon dengan memegang fonnya yang sempat dicapai di atas meja.

"Sayang nak buat apa? Kenapa tak pergi tidur lagi? Nak check chat abang dengan perempuan lain ke? "

Dia mengusik isteri manisnya. Kehadiran yang tidak sampai sepuluh minit mampu menghilangkan rasa serabut menyelesaikan kerja selama tiga jam. Kalau boleh nak jadikan sahaja isterinya jadi PAnya di office. Kan senang. Hari hari pun tak stres kerja kalau buah hati ada di sisi.

" Takla. Lisa nak tunggu abang siap buat kerja. Takpe, abang buatlah. Lisa janji tak kacau. Nak main game kejap eh bang. "

Lelaki itu menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Lisa. Kerjanya disambung segera namun cermat. Melihatkan tingkah laku Lisa, lagaknya memang menunjukkan yang Lisa tidak akan beredar kecuali dia menghabiskan kerjanya. Dia tak nakla dera isterinya untuk berjaga malam bersamanya.

Ruangan itu kembali sepi diisi bunyi ketikan keyboard dan angin aircond yang menderu. Ditambah dengan background music untuk game yang Lisa main. Haih,macam budak budak pun ada. Tak apalah, nasib baik comel.

Sesekali dia mencuci mata melihat isteri yang sudah mengubah kedudukan dari duduk bersila, kini sudah menyandarkan badan sambil mata yang sekejap membulat, sekejap mengecil. Tersengih lelaki itu melihat lagak isteri yang sudah mengantuk tapi tak disorongkan bantal itu.

Jam berdetik dan berjalan. Tapi yang dok berjalan tu baru beberapa minit sahajalah. Angkat sahaja kepala untuk melihat lagi isterinya, dia tergelak kecil. Kan dah kata. Sayang dia ni cepat mengantuk. Tu kan dah terkulai elok atas sofa. Banyakla nak tunggu dia siap kerja. Tak sampai setengah jam lagi pun.

Lelaki itu menghabiskan kerjanya sebelum dia mengemas meja yang berselerak dengan pelbagai kertas,fail dan pendriver. Langkahnya diatur kemas menuju ke sofa lalu duduk mencangkung di hadapan isterinya yang tidur nyenyak itu.

Bibirnya tak boleh nak berhenti tersengih melihat ratunya yang lena bermimpikan putera raja. Mungkin dia putera raja barangkali. Rambut wanita itu yang terjurai ke hadapan menutup dahi diselaknya sebelum dihadiahkan satu ciuman kasih.

"Sayang. Bangun sayang. Kita tidur dalam bilik. "

Dia tepuk tepuk perlahan bahu Lisa. Taknak buat kuat supaya Lisa tidak terkejut nanti.

"Hfffthftphf.. "

Keluar suara serak basah Lisa yang menggagau tangannya tanda tak mahu bangun. Lengan lelaki itu ditarik sebelum dipeluk menyebabkan badan lelaki itu terdorong ke hadapan sedikit.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Gaya Lisa macam nak ajak tidur dengannya atas sofa. Haih payah sangat ni. Dia tunduk sebelum badan isterinya dicempung kemas untuk dibawa ke bilik mereka.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now