Bab 26

272 18 19
                                    

Hari ni Fayyad datang lagi rumah aku. Bukan sebab Kak Mas suruh jaga tapi sebab aku dah naik boring. Hari cutilah katakan. Kalau time bujang bujang dulu bolehlah aku pergi lepak dekat mana mana. Takpun pergi shopping.

Tapi sekarang aku dah kahwin. Nak ajak Haziq keluar macam tak sampai hati. Dia nampak penat. Cuti cuti pun bawak balik kerja pejabat. Aku nak kata apa? Memang bertimbun pun kerja dia, kahwin dengan aku punya pasal. Mestilah kena ganti balik cuti kahwin tu. Bos tak bos. Kerja tetap kena jalan.

Bila aku tanya dia apa aku nak buat tengah tengah bosan ni..

"Kau tahu tak kedudukan tempat tempat dalam taman rumah kita ni?"

"Kenapa awak tanya?"

Aku terus teruja. Dia nak bawak aku jalan jalan sekitar taman ni ke? Tak apalah walau pun jalan dekat dekat pun. Janji tak boring. Bolehlah aku berkenalan dengan jiran jiran sambil sambil. Untung untung tahun depan tercalon sebagai pengerusi taman bahagian wanita. Kihkih.

"Aku tanya sebab kot kotlah kau tahu kedudukan playground dekat taman ni. Tak perlulah aku susahkan diri untuk hantar kau. Kalau dah tahu, pergilah sendiri."

Baru aku nak menjawab, dia sambung lagi.

"Dah boring sangatkan? Pergilah main. Aku kalau boleh nak join sama tapi nak buat macam mana kan? Kita kerja banyak sangat. Dekat sana, banyak budak tak matang macam kau. Bolehlah kalau nak ajak main jongkang jongket, buaian. Silakanlah ye."

Aku buntangkan mata. Dia cakap aku tak matang? Memang ajak lawan gusti ni! Haziq hanya senyum lepas dia dah sedap menyindir. Kening diangkat tanda nak cakap 'tanya lagi aku yang tengah serabut dengan kerja ni'.

Jadi tu lah cerita aku yang menyayat hati ni. Kalau buat drama boleh kalah sinetron indon yang bertajuk Ratapan Anak Tiri. Sebut sinetron terus teringat dulu dulu time muda semangat gila nak tengok sinetron yang disiarkan setiap jam dua petang. Sampai ternganga aku tengok dengan ibu pun join sekali.

Aku usap usap rambut Fayyad. Hai, comelnya. Macam aku. Eh, tapi aku girl. Fayyad kategori boy. Kalau macamtu,aku melirik ke arah Haziq yang sedang sibuk buat kerja di meja makan. Haziq kira kategori boylah kan. Jadi Fayyad comel macam Haziq lah kan. Biar bila besar hensem macam tu.

Haziq masih lagi tekun dengan kerjanya. Nasib baik meja makan tu luas. Dengan nak letak laptop, fail fail, kertas yang penuh dengan tulisan dan terselit juga nombor. Hai dunia dunia. Kena jugak kerja walau macam manapun. Dia kan kena bela aku?

Aku tergelak tiba tiba bila Fayyad buat muka comel tambah dengan perangai dia yang super comel. Boleh pulak dia membebel bahasa baby sambil main main dengan patung superman di tangan. Aku yang terhibur terus menjawab semua yang Fayyad cakap dengan bahasa yang lebih kurang sama dengan dia.

Kami 'berbual' dengan bahasa apa entah. Lagi aku gelak bila Fayyad yang macam faham dengan apa yang aku kata dengan membulatkan mata comel dia sebelum sambung membebel. Tangan kecil dia labuhkan ke atas paha aku membuatkan aku menjerit suka.

Sambil bermain dengan Fayyad, aku perasan dengan ekor mata aku yang sepasang mata dari meja makan tu dari tadi asyik mengerling ke arah sini. Aku biarkan, saja buat buat tak tahu dengan tujuan untuk memastikan mata Haziq betul betul menghala ke sini. Dan sangkaan aku tepat. Dia memang curi curi pandang kami dan aku perasan ada seketika dia terleka beberapa minit sebelum kembali menyambung kerja.

Dah aku rasa lama sangat dia tengok sini, sengaja aku angkat kepala buat buat tengok jam di dinding belakang dia. Dan aku tersenyum sendiri bila Haziq yang tertangkap terus buat buat berdehem sebelum meneguk nescafe yang sudah aku bancuh tadi untuknya.

Dekat tiga puluh minit selepas itu, aku nampak Haziq dah mula beralah dengan kerjanya. Nampak macam dah siap lagaknya. Laptop dan barang barang atas meja dikemaskan sebelum dia mengatur langkah ke arah kami yang sedang duduk di atas permaidani di antara sofa dan meja kopi.

Yang Mana Satu?Место, где живут истории. Откройте их для себя