Bab 14

239 15 3
                                    


"Aku terima nikahnya Alisa Shafirahani binti Muhammad Yusuf dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai."

Satu lafaz yang mengubah 360 darjah diri ini. Yang mengubah siapa yang bakal menanggung tanggungjawab satu satunya puteri Tuan Azman.Yang mengubah imam dunia dan akhirat aku.yang mengubah letak duduk syurgaku.semua itu sudah cukup untuk membuatkan air mata wanita aku tumpah.

Cekap Jannah mengambil tisu dan menekapkannya ke atas muka aku bagi mengelakkan mekap di wajahku rosak.nak tahu siapa yang mekapkan?sebab hari ni diorang kata aku cantik sangat.aku tekankan,orang lain yang kata cantik,bukan aku okey.tak taulah cantik macam mana,sebab setahu aku hari ini aku ratu sehari,so mestilah perkataan sedap sedap je lah yang akan keluar dari mulut orang lain.macam aku jugak,kalau pergi kenduri dan salam pengantin mesti puji cantiklah,encemlah.tapi yang pasti aku perasanlah jugak yang wajah pengantin lelaki tadi terpaku dua minit bila mata bertentang mata.

Okey balik pasal siapa yang mekap aku,jangan marah ye bila tahu jawapannya.the answer is jeng jeng jeng,aku pun tak tau.yelah,mana sempat nak perhati akak yang kalut menconteng wajahku dengan pelbagai warna time aku betul betul tengah gelabah biawak meskipun aku tak pernah dalam hidup pun tahu macam mana seekor biawak gelabah.

Waktu tu ada dua tindakan je yang terlintas di hati,selain berdiam diri dan kahwin macam tu je,iaitu yang pertama,terjun melalui tingkap sebelah meja solek ni atau gantikan tempat aku dengan akak ni.kenapa bukan Jannah je yang ganti?sebab aku tau yang Jannah bertuah ni pisau cukur.macam mana kalau habis harta syarikat paklang dikautnya.budak ni memang tak boleh diharap.

Tapi kedua dua tindakan tu memang tak boleh pakai,sebab nanti esok dalam berita utama yang berlangsung setiap pukul lapan malam tu,keluar tajuk 'Pengantin Perempuan Mati Katak Terjun Tingkap Tingkat Tiga'.ha,jangan main main,rumah aku ni cukup tinggi kalau nak buat aksi aksi 'jangan tiru aksi ini di rumah' yew.

Lagi satu waktu mekap sempatlah akak tu sebut nama anak anak dia yang aku hitung dekat lapan orang.tak beranilah aku nak hancurkan keluarga bahagia akak ni dengan menggantikan tempat aku.jawapannya sekarang aku dah jadi milik kekal seorang lelaki.

Lelaki itu terus bangun ke sudut ruang tamu untuk menunaikan solat sunat kahwin.timbul rasa bahagia tiba tiba melihatkan pemimpin diri turut patuh pada sang pencipta.

Seketika kemudian,dia berjalan ke arahku untuk majlis pembatalan air sembahyang.nampak sangat kacak dalam busana pengantin rona senada denganku.aku mula rasa gementar tak bersudah.pertama kali dalam situasi ini sangat memerlukan aku untuk bertenang.dapat aku rasakan lensa kamera yang berebut rebut untuk mengambil gambar scene yang paling cantik dan tepat bagi dibuat kenangan.

Saat mata kami bertembung, Haziq mengukir satu senyuman manis buatku.namun masih tak mampu menumbuhkan rasa cinta aku buat lelaki ini.dia mencium dahi aku selepas menyarungkan cincin putih.terketar ketar tangan aku mencapai dan mencium tangan lelakinya.nasib baik tak tersilap capai tangan ibu yang tengah duduk di sebelah aku.seluruh hadirin bersyukur melihat satu lagi masjid Islam terbina dengan izinNya.

......................................................

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi yang bertemakan warna hitam yang sangat menceriakan suasana.okey,aku gurau je.warna biru muda telah disepakati pihak lelaki dan perempuan yang diadakan di rumah aku.nak sampai ke hari ni,dah berapa kali dah aku kena usung pergi spa sana, spa sini.dah longlai dah rasanya.helo,aku ni tak pergi spa pun cantik ape.arwah atok yang kata semua cucu dia soleh, solehah dan good looking belaka.ha,aku bukan cucu beliau?

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now