Bab 4

309 20 4
                                    


Bunyi tapak kaki kedengaran menuju ke sini buatkan aku berpaling.Abang Hafiz. Lupakan dia.lupakan dia.dalam hati aku tekad berkali kali.si dia yang mendekat buat aku jadi kalut semacam.Okey,aku surrender.Hati yang makin tenang jadi kacau.Dari sepoi sepoi bahasa jadi turnado.dari tenang tidak berkocak jadi tsunami.Aku betulkan duduk bila kaki dia berhenti betul betul tepi tempat aku duduk.Badannya sengaja dihadapkan sama keadaan dengan aku,menghadap sawah yang terbentang luas.dia diam.

Aku yang dah gelabah tak tentu pasal nih menghalakan pandangan ke selipar merah yang tersadai atas tanah.dari ekor mataku dia pun termenung menatap sawah di hadapan .ish.mamat ni kenapa.kita orang dahla berdua je kat sini.nanti kena tangkap basah camna.kau dah kenapa lisa? Mana ada siang siang ni orang kena tangkap basah depan sawah .tu mak cik Zah yang tengah tanam anak padi bukan orang?itik itik tu dikira adalah jugak.berdua konon.habis tak da idea nak bagi kahwin dengan Abang Hafiz lah tu.aku layan je otak aku berbalah sendiri.

Aku pandang sawah ,dia pandang selipar.aku pandang rama rama yang terbang tepi dia,dia pandang surat khabar tepi aku.aku pandang wajah dia, dia pandang..... errr,wajah aku .Zappp....kantoi,dua dua tunduk bawah sambil perhati kumbang mati dekat atas tanah lagi baik

"Buat apa kat sini?"

"Takda apa pun.Lisa boring tak tau nak buat apa.Saja ambik angin" aku menjawab jujur.Satu lagi sebab aku malas nak bertembung muka dengan dia sejak aku dengar dia cakap dekat abang yang dia ada suka seorang perempuan nih.

"Abang akan pergi US dua hari lagi.Nak ikut?" Dia bergurau.Alahai,sweetnya senyum.

"Sambung studi ke?Kenapa Lisa tak tau pun?" Aku angkat kepala.Hish,Lisa, lisa.adik beradik pun tak ambik kisah.sampai tak tau orang nak pergi lagi dua hari.Aku bukannya sibuk apa pun.

"Mmm,sambung studi.Lisa dah second semester kan tahun ni?"

"Haah,kenapa?"aku tanya pelik.jangan cakap Abang Hafiz ingat aku budak lepasan u dah.muka aku still muda okey.menangis tak berlagu aku nanti.

"Bukan apa,abang pergi tiga tahun terus.sempat la Lisa nak habis u.kiranya abang balik lisa dah grad.Tu pun kalau Lisa sanggup tunggu abang tiga tahun." ujarnya sambil mengerling aku nakal.

Ah sudah.Ni dah kenapa?apa kaitan dia pergi tiga tahun dengan aku yang tinggal tiga tahun nak habiskan semester.Dan ,tunggu dia?tunggu pergi mana?tak paham aku.Aku bukan bendul okey,blur sikit je.cakap walau dah terang suluhlah sikit bila cakap dengan aku ,Hafiz oii.

"Tunggu abang?Buat apa?nak sama sama sambut konvo kat sini ke yang suruh tunggu abang nih?" aku gelak.tapi tak disambut dengan gelak yang sorang lagi tuh.cuma wajah dia ja yang dihiasi senyum nakal.

"Bukan tu"

"Habis?"

"Kita kahwin lepas grad nak?" Dia lepas tawa.Ajakan maut yang tak tau betul ke tidak.namun sekejap sahaja dia gelak kerana diganti dengan erangan kecil sebab kaki aku dah laju pijak kaki dia yang hanya mengenakan selipar jepun.kaki aku walau kecil tapi cukup syarat nak ajak gusti.

Ambik kau.gurau lagi benda sensitif macam tu.Untuk pengetahuan,aku boleh jatuh suka kat dia bukan hanya dengan paras rupa je.suka yang bertepuk sebelah tangan.tapi sebab dia suka sangat bagi isyarat macam dia suka aku.aku bukan perasan okey,just naluri kebapaan aku yang berkata begitu.kalau aku ada kat mana mana mesti dia pandang aku dengan pandangan sukar ditafsirkan,pandangan yang orang lain tak pernah bagi kat aku kecuali dia.macamana aku tak jatuh cinta kalau macam tu.aku ni perempuan.perempuan yang mungkin cepat perasan ataupun cepat salah tafsir bila lelaki baik semacam.macam tadi jugak,gurau ajak aku kahwin.tu yang cepat aku cari kaki dia buat tempat untuk dipijak.ni kalau la aku tak tahu yang dia suka budak lain,memang cair habis aku.tak payah tunggu tiga tahun.esok jugak aku heret dia salam dengan tok kadi.namun macam biasalah,tindakan aku tadi tu pun sebab nak tutup perasaan aku yang dah jadi gugup.terselit doa dalam hati supaya mulut dia tu akan jadi masin.jadi kenyataan.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now