Bab 33

217 13 0
                                    

"Mama suka lagi kalau Lisa dengan Haziq tinggal dalam rumah ni. Tak nak pindah masuk balik ke? "

Mama buat suara kesian. Hadoi. Aku gigit bibir. Mama dah mula tukar senjata. Anak teruna dia tak nak dengar cakap, dia try pujuk anak menantu pulak.

"Mama, Lisa ikut je. Kalau dah Abang Haziq mintak duduk rumah dia nak buat macam mana kan? Takpe mama. Nanti Lisa selalu ingatkan abang balik rumah ni. "

Tangan mama aku usap.

"Mama sebenarnya takut kalau Lisa tak bahagia."

Aku tersentak hebat. Terhenti tangan yang mengusap. Aku tatap wajah mama yang kerisauan. Wajah yang sama ketika kami berjumpa di kafe dahulu. Ketika dia benar benar risaukan keadaan Haziq.

Selama ni mama betul betul risaukan aku? Betul betul tak nak aku terseksa dengan perkahwinan ni.

"Mama, kenapa ni mama? Jangan risau. Lisa okey. Haziq setakat ni tak pernah buat sesuatu yang Lisa benci. Dia jaga Lisa mama. Itu dah lebih dari cukup. Mama jangan macam ni. Lisa dah redha hidup dengan Haziq. Tak pernah menyesal. Lagi pun Lisa yang pilih untuk hidup dengan Haziq. Lisa yakin Haziq lelaki yang satu. Lelaki yang Lisa pilih dalam hidup Lisa. "

Aku luahkan segalanya. Memberitahu apa yang mama tak tahu. Cuma satu. Aku tak bagitau mama yang kami mungkin berpisah suatu saat nanti. Yang ini tak mungkin aku beritahu. Mama tak boleh tahu. Nanti bertambah risau mama.

Ingin saja aku hendak ucapkan. Bahawa aku dah mula sayangkan lelaki ini. Sayang seorang isteri kepada suaminya. Tapi mungkin terlalu awal. Aku tak tahu bila aku akan bergelar janda.

Mama senyum.

Kami berpaling bila aku dengar suara gelak ketawa memenuhi halaman luar rumah itu. Cantik betul dihiasi pokok pokok bunga milik mama. Ada juga kolam kecil. Luas pun ye. Boleh bina sebijik lagi rumah.

Aku yang sedang menghirup teh terhenti. Cawan aku letakkan kembali bersebelahan piring berisi kek lapis. Sedap.

Tergelak kecil aku dan mama bila tengok Najihah tengah main main dengan anak Kak Rita, orang gaji mama. Dua orang. Comel dua dua. Sorang lelaki seorang perempuan. Yang kakak umur enam tahun. Adik pulak setahun.

Riuh laman rumah tu bila Najihah tengah sibuk angkat si kakak belakang badan dia. Adik dia lagilah nak naik jugak. Berebut dua orang tu. Last last tiga tiga terdampar atas rumput hijau tu sambil gelak gelak.

"Jihah kalau main dengan budak budak, umur dia yang dah dua puluh jadi dua tahun je. Bertukar jadi budak budak balik. Bilalah nak matang. "

Satu suara muncul dari belakang. Pakej sekali dengan tangan dilabuhkan di atas kedua dua bahu aku. Depan mamalah nak buat romantik bagai. Aku yang tak larat nak sembunyi muka merah. Takkan nak sembunyi dalam cawan teh ni kot.

"Abang tak nak main sama ke? Bukan ke abang dengan Najihah sama je. Kata kat orang. Diri sendiri pun sekaki. "

Haziq cubit pipi aku. Niat tu sah sah nak tunjuk mesra depan mama. Yang ni aku tak lah membantah sangat. Mama akan senang hati bila tengok kami berdua. Tengok tu. Aku dah dapat tangkap senyuman bahagia di bibir orang tua itu.

Kami berbual lama lah jugak. Mama banyak tanya tentang syarikat. Aku jawab sikit sikit je. Haziq yang jawab selebihnya. Sambil jawab sambil tu lah tangan gatal nak pegang tangan aku bawah meja.

Aku jegilkan mata bila dia buat macam tu. Dia buat tak endah. Sambung sembang. Tangan aku masih dalam genggaman. Aku tendang sikit kaki dia. Dan alamak!

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now