Bab 22

262 17 7
                                    

Pin aku letak kemas di hujung selendang.berkali kali aku menilik wajah di hadapan cermin. Memastikan tiada kecacatan yang akan merosakkan mood aku pada pagi yang indah diiringi kicauan burung dan deruan angin pagi yang menyegarkan.wah,gempak kau Lisa. Jangan asyik mereka cerita sangat.burung apanya berkicau kalau rumah Haziq ni tak ada sebatang pokok pun yang saiznya dapat menampung mana mana burung untuk bertenggek dan berkicau riang.pokok bunga raya adalah.adalah sekali sekala burung gagak datang hinggap atas kabel elektrik tu sambil berkicau 'merdu'.

Awal aku bangun hari ni.gerak Haziq kat sebelah.bukan reti nak bangun.sibuk membuta.sekarang aku dah siap cantik cantik,dia masih lagi mandi.nasib baik dah solat subuh.baju dia aku dah seterika awal awal.memang hujung minggu aku akan iron semua baju dia.senang. tak payah kalut pagi pagi.

Makanan untuk sarapan pun aku dah siapkan.bihun goreng dengan telur mata kerbau.air milo panas. Simple.bukan sebab ni makanan pagi aku buat simple.tapi sebab aku dah tak reti nak buat makanan lagi gempak dari tu.kalau aku reti, memang chicken chop aku buat pagi ni.

Ha,apa lagi yang aku tak siapkan? Ooh,start enjin kereta!supaya perjalanan anda kekal selamat dan tiba ke destinasi dengan jayanya.aku start kereta aku dan Haziq sekali. Beg kerjanya aku dah letak siap siap dalam kereta.kasut dah parking depan pintu rumah.

Kenapa aku semangat sangat ni? Sebab hari ni hari first aku start kerja!yuhuu!tak sabarnya nak ada bilik kerja sendiri.ada department bawah aku.ada orang tolong hidang kopi.ada meeting.ada pak cik guard. Semua benda buat aku teruja. Aku rasa pengelap kaki dekat pintu masuk syarikat yang ada tulisan 'welcome' besar tu pun dah boleh buat aku menangis terharu.

Padahal aku satu habuk ke dua habuk langsung tak tahu nak handle syarikat macam mana.takpe.benda boleh ajar.ayah peguam tapi boleh je teraju syarikat ni.sekarang syarikat cawangan pun dah nak sama taraf syarikat ibu pejabat yang Haziq dan Hafiz tengah kerja sekarang.

Aku terus ke meja makan bila nampak Haziq yang sedang menapak turun tangga.dia kali ini tampil berkemeja kelabu dan tali leher merah belang belang hitam.kacak. style rambut walaupun sama seperti selalu pun nampak lagi kemas.

"Duduklah."

Aku pelawa dia duduk.senyuman sehabis manis aku lontarkan.nak tunjuk yang aku tengah bahagia hila sekarang ni.

"Taulah nak mula kerja pun.tak payah seronok sangat.ni senyum sampai ke telinga aku nampak. Tunggulah tengah tahun sikit. Mesti merungut penat.hari hari mengadap laptop je kerja."

"Awak ni.cubalah bagi semangat sikit.saya bukan macam awak. Usaha tangga kejayaan.saya tak akan mudah putus asa.awak malam malam kena sedia nak bagi tunjuk ajar tambahan dekat saya.okey?"

Aku buat suara ceria. Mata aku pejamkan.udara aku sedut perlahan lahan lalu menghembus kembali membuang apa apa yang negatif dalam kepala.aku buka mata sambil pandang ke hadapan.ke kerusi meja makan yang kosong sambil tersenyum lebar.chaiyok,Lisa!

Haziq yang sedang menghirup milo menggelengkan kepala perlahan sambil tersenyum kecil.

____________________________

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku langkah kaki masuk ke dalam bangunan yang megah berdiri di hadapan.

Tiga lelaki yang sedang berdiri di hadapan lobi sambil berbual memusingkan wajah mereka ke arahku.salah seorang dari mereka menyinggul siku ke lengan rakannya sambil keningnya diangkat nakal. Matanya dituju tepat pada wajah aku.

Belum sempat aku melangkah, lelaki yang sama maju ke hadapan dan berdiri tepat di hadapanku.

"Hai,sweetie.ada apa apa yang I boleh tolong?cari siapa?meh I tunjukkan jalan.takut you sesat nanti."

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now