Bab 7

263 15 3
                                    


Skrin telefon aku tenung sampai nak tembus.kalaula mata aku ni ada kuasa laser dah hangus rasanya.tinggal asap je.Ish,apesal game ni susah sangat.dah banyak kali aku try tapi tetap tak lepas level.sampai senget badan aku main game punya pasal.

Bukkkk...

"Aduh,anak badak jatuh dari langit!" aku merengus.dari mana pulak bantal ni datang?dahla baling tepat kena muka aku.balingan pun,boleh tahan kuat.macam nak masuk contest lontar siapa paling kuat je gayanya.aku putar kepala untuk mencari siapa penjenayah yang dah berjaya menghentikan aku dari main game ni sejak sepuluh minit yang lalu.Jannah,housemate aku tengah ketawa bila tengok aku yang dah kembang kempis hidung menahan geram.

"Gelak lagi.sakit tau.suka suka je baling kat orang" omelku geram.badan Jannah yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan 'sihat' tu dah jadi besar kecik besar kecik je aku tengok.

"Kaulah,bukan nak ajak aku sembang.layan jugak pak cik dinasour tu lompat sana sini.aku boringlah.." dia mengadu.aku geleng kepala.kesian jugak tengok budak bertuah ni buat muka kesian macamtu.sejak pulang dari kampung dua tahun lepas,aku terus mintak dekat ibu untuk menginap di rumah sewa sebab kesian terkejar kejar nak ambik aku dekat kolej.aku mintak nak naik motor sendiri ibu tak kasi.risau dengan jalan yang sesak sepanjang laluan dari rumah ke kolej katanya.sebenarnya aku suka naik motor.barulah rock,kan? Point aku kat sini,Jannah lah yang sentiasa menjadi peneman aku kat sini kecuali hujung minggu bila aku pulang ke rumah.

Aku pun layan je dia menyembang. Dekat dua jamlah jugak kami berbual.habis keluar topik pasal pinggan mangkuk,pensyarah hot kat kolej,perang dekat gaza,dan macam lagilah,memang macamtu pun si Jannah ni.mulut murai pun kalah agaknya.kalau aku kira patah perkataan yang terkeluar dari mulut dia,mungkin jumlah nya sama macam kalau aku kira bulu kambing ada berapa.tapi kalau ye pun aku kira,memang kosonglah jawabnya.takde pasal aku nak kira jumlah bulu haiwan tu,macam cerita P.Ramlee lah pulak.baik aku sembelih pastu suruh ibu kat rumah masak gulai.kenyang pun kenyang.kenapa bukan aku yang masak tapi ibu?hai,hati.perli aku nampak?

Sambil menyembang, aku peluk peluk bantal comel tertulis 'love' yang Jannah baling tadi.Bantal kesayangan aku ni.ada pulak baling ikut suka dia.dalam hati tersenyum lebar teringat akan si pemberi bantal ni....

.............................................

"Nah,untuk Lisa." Abang Hafiz letak beg kertas atas meja.Beg cantik yang sama dia bagi dekat semua orang.dua tahun dia pergi,kini dia balik untuk menghabiskan cuti semesternya di Malaysia.Kami berkumpul di kampung bersama sama.sempat jugak dia balik.orang bila ada duit semua jalan.bagi hadiah ni pun dia beli pakai duit sendiri rasanya walaupun masih student.

"Thanks.macam mana, study okey?pensyarah semua mesti cool,kan?" aku dah mula terbayang bayang wajah lecturer aku kalau belajar kat sana.Fuh,mau semangat aku nak belajar tengok mata lecturer yang warnanya macam macam.Ala,yang ada dalam drama Inggeris yang berlambak lambak tu.Muka dahla hensem habis,mata pulak warna biru,hijau.eh,tapi tak boleh kalah dengan mata hitam pekat yang tengah perhati aku sekarang ni.

Sambil tu tangan aku sibuk memeriksa isi beg kertas yang dah tunggu untuk dibuka sahaja.Teruja?takla sangat sebab aku dah tahu apa isi dalam dia,sebab tak silap aku dia bagi kat semua orang bebola kaca cantik dan sedikit makanan ringan yang dibeli di sana.ada juga keychain yang tertulis nama tempat menarik kat sana,cuma aku tak ambil kisah sangat apa namanya.nanti bila orang tanya cakaplah kita pergi melancong sana.tak gitu kawan?Eh,takdelah.mana sanggup aku tipu orang.just certain orang ja.yang jenis bangga cakap yang dia pergi melancong mana.macam dia sorang boleh melancong.aku pun boleh okey.cuma melancong tu setakat kampung opah je la.okey what?kampung ni cantikla.ada je model yang datang buat photoshoot kat sini berlatarbelakangkan sawah padi nun belakang rumah tu.

Tangan yang menggagau terhenti.aku pelik.tak silap aku memang bebola kaca yang sepupu sepupu aku bawak sambil lari lari tadi.ni apesal bantal pink comel pulak yang ada dalam beg ni.siap tulis 'love' lagi.nasib la aku tergolong dalam golongan bijak pandai yang paham la jugak makna tulisan 'love' ni.takkanla sebab perbezaan umur yang buatkan budak kecik dapat hadiah lain,aku dapat hadiah lain.mustahil,sebab aku tengok mak budak pun dapat hadiah bebola kaca tu.aik,takkan sebab aku...special kut.ah,kuatnya berangan kau Lisa.kau tak tengok lagi opah dapat hadiah apa.entah entah sama macam kau.lagipun opah macam matching je dengan bantal ni.haha.aku menyedapkan hati.malas pulak nak tanya dia,nanti dia ingat aku perasan pulak.lagipun aku malas nak cari ayat nak tanya dia yang ayat tu tak menunjukkan yang aku perasan hadiah aku lain daripada yang lain.

"Semua okey je.cuma abang penat sikit sebab ni tahun last.kena usaha lebih." dia senyum.

"Hadiah Lisa tu abang beli spesial tau.mana ada orang lain yang dapat hadiah tu.jaga baik baik." Dia menyambung.Erkk...muka aku dah naik merah.bukan sebab malu,tapi sebab rasa terkejut punya pasal.dah rasa macam tercekik biji rambutan walaupun sekarang bukan musim dia.eh,dia ni playboy ke.bukan haritu kata suka budak lain ke,apesal ayat tadi bunyi macam dia mengayat aku.aku ni perampas kebahagiaan orang lain ke.tak mau, tak mau.aku tengok muka dia.hmm,ciri ciri playboy dah ada.rambut style,muka dan badan macam model,poket tak kering.

"Abang,Lisa nak tanya sikit boleh?" aku bersuara.tak boleh jadi ni.haritu mintak tunggu dia tiga tahun,harini bagi hadiah special pulak.walaupun setiap kali dia buat baik,aku buang perasaan lain macam tu,tapi macam aku kata,aku ni perempuan yang tak boleh elak dari sangkaan yang melibatkan perasaan.

"Tanyalah." dia beri keizinan.

Aku tarik nafas sebelum bersuara.

"Kenapa hadiah ni spesial?" Dia diam.seperti sedang menyusun kata.

Aku sabar menunggu jawapan.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now