Bab 11

252 20 8
                                    


Stereng kereta aku genggam kemas dan memusingnya sedikit apabila kereta bertemu selekoh jalan.kereta yang baru aku dapat hadiah dari ayah adalah sempena keputusan exam akhir aku yang agak ehem..ehem...ingat lagi hari aku dapat kereta kaler merah tahap mak ngah ni,hari tu jugak aku bawak Jannah pusing pusing buat drift atas jalan.haha,lihatlah dunia.aku dah boleh merayap merata dah tanpa mengharap Pak Cik Hasan,driver ayah untuk kemana mana lagi dah.jasamu akan ku kenang sepanjang zaman,Pak Cik Hasan.tujuan ku kini hanyalah rumah.hati yang berdebar debar cuba aku hiraukan,sebab nanti silap hari bulan bukan rumah yang aku sampai tapi hospital yang baru sahaja dibuka di kawasan tempat aku tinggal ini.teringat kejadian tadi ketika aku yang sedang sibuk menemani Jannah cuci mata dekat shopping complex.

"Weh,dah berapa banyak kedai kita pusing.satu pun tak melekat.kau nak beli kasut boleh tak cepat sikit,sebelum semua kasut tak kira jenis aku ketuk kat kepala kau ni." Budak ni lah,perangai.aku dah nak tercabut skru kaki dia boleh pulak tunjuk habis semua perangai cerewet dia.kasut tu over sangat,tak nak bunga besar,bunga kecik sangat,kaler tak menarik,saiz tak sesuai,habis satu kasut pun tak beli.aku bebel macam mak nenek.mak nenek pun tak bebel macam aku.

"Ye lah yelah.aku pilih cepat sikit" Jannah buat muka bosan.penatlah tu bila aku dah start sembur dia.dan macam aku agak,pilih cepat yang dia kata tu adalah ambik masa dekat setengah jam.aku geleng kepala.ni lah kehidupan aku beberapa hari lepas dah konvo.shopping sakan.lepas stres lah katakan.tapi aku tak mintak duit ayah okey.adalah sikit aku mintak.

Suara nyanyian budak kecil arab yang berkumandang dari telefon yang tersimpan elok dalam handbag aku berjaya menghentikan renungan tajam tahap pedang membunuh aku dekat Jannah.sengaja aku buat ringtone lagu ni, comel je.perasan pulak aku budak arab tu.just kidding.dekat ic aku dah terang tang tang tulis kaum Melayu,celah mana aku nak jadi budak arab nya.hihi.nama pemanggil aku lihat.ibu.cepat cepat aku tenyeh skrin telefon untuk menjawab panggilan.

"Assalamualaikum Lisa,Lisa kat mana sayang?" ibu terus menerjah sebaik sahaja panggilan bersambung.aku alih telefon dari telinga sebelum merenung skrin telefon. Pelik.ibu lupa ke.aku rasa tadi dah minta izin dekat ibu untuk pergi shopping.ke lama sangat aku keluar?walaupun memang lama tadi,tapi kalau selalunya aku keluar dengan ibu lagi lama.sampai ibu nak berkampung kat sini.aku lekapkan kembali telefon ke telinga yang dilindungi dengan tudung.bersyukur kerana Allah izinkan aku untuk jaga aurat diri yang merupakan pinjaman sementara di dunia ni.

"Waalaikumussalam ibu.Lisa dekat shopping complex ni.ada apa ibu telefon ni?" aku tanya.risau jugak kalau dengar berita tak elok macam kematian ke.Nauzubillahiminzalik.

"Lisa balik rumah sekarang boleh?ada orang datang rumah."

"Siapa ibu?" tanyaku lagi.seakan dapat mengagak siapa yang dimaksudkan.

"Mak lang dan pak lang.rasanya diorang ada perkara penting nak cakap.Lisa faham,kan?" jantung rasa macam nak tercabut dari tangkainya.selepas memberitahu ibu bahawa aku akan sampai ke rumah lima belas minit lagi memandangkan lokasi kami yang tidak jauh dari rumahku,aku terus ajak Jannah balik.muka budak tu dah masam semasam masamnya bila tak sempat beli kasut yang dia nak.

"Dah,jangan tanya.sekarang kan tinggal berapa bulan je abang nak balik.jangan terkejut pulak kalau balik dari mana mana tengok kereta ayah abang dah ada depan rumah Lisa.tunggu ye.." Teringat kata kata Abang Hafiz beberapa bulan lepas.hari di mana aku menerima kenyataan bahawa cintaku tidak bertepuk sebelah tangan.tak sangka begitu cepat janjinya dilaksanakan.timbul sedikit perasaan hairan di hati.aku rasa masih ada sebulan lagi pelajarannya akan tamat.macam mana dia boleh merisik aku kalau dia masih di luar negara.alah,Lisa.merisik bukan kahwin yang kena ada lelaki nak jabat tangan tok kadi.

Sampai sahaja kereta aku di hadapan rumah,jantung yang semakin reda degupnya mula menyusahkan aku.kereta pak lang elok tersadai tepi rumah.satu je kereta okey,jangan ingat kalau orang nak datang merisik kena sepuluh buah angkut sini.mau bising jiran tetangga nanti bila jalan kena block dengan kereta yang sibuk parking tepi jalan.aduh,apa aku nak buat lepas masuk rumah nanti?takkanlah nak menonong masuk bilik pulak,nanti dikata tidak sopan pula .takpelah,rilekslah Lisa,diorang kan keluarga kau jugak.lagi satu,apesal yang kau perasan sangat ni ha?bukan nya ibu bagi tau pun kenapa diorang datang sini.sukati lah maklang nak buat ziarah kau ke,takpun dia datang sebab nak ambik pinggan mangkuk yang dia suruh ibu beli haritu. Bukannya sebab dia nak merisik kau.

Elok sahaja aku jejak kaki di pintu rumah,empat pasang mata terarah padaku.ayah,paklang,ibu dan maklang.sembang dan gelak kosong yang aku dengar di luar rumah tadi kini lenyap.aku?senyum manis jelah.manis aku yang tambah.entah entah diorang nampak aku sengih kambing.terus aku salam dan meminta izin untuk terus ke dapur tolong Siti Rogayah yang tengah berperang dekat dapur.aku perasan mata mak lang kali ini lain sedikit.ada sinar terlalu berharap di matanya.wah,lampu hijau kau Lisa.dan langkah yang aku susun tertib ke dapur sememangnya sangat membantu aku mengatasi perasaan gemuruh yang bertandang.dalam fikiran sudah merangka rangka wajahku dan si dia sedang elok mengenakan baju pengantin rona senada di majlis resepsi kami.aku minta maaf tapi aku mengaku aku memang gatal.

Siti Rogayah yang dah siap menyediakan air oren dan sepiring kek coklat meminta aku membawanya ke ruang tamu.ha,ni lah taktik aku.eleh,minta izin nak tolong konon,sebab aku dah tahu aku tak kena tolong apa punya.Siti Rogayah ni khidmatnya memang tip top.laju buat kerja.tapi sekarang yang aku risaukan adalah dulang yang berisi sejag air oren dan empat gelas beserta sepiring kek yang perlu aku bawa memang merisaukan aku sangat sangat .aku ni bukannya cekap bawa benda benda kaca macam ni.kalau jatuh macam mana.?

Okey tarik nafas .hembus.angkat dulang tu hati hati.mata aku tak alihkan langsung dari memfokuskan pandangan pada dulang dan piring tersebut.moga tak jatuh,moga tak jatuh.aku doa dalam hati.pastu jalan pelan pelan.dan usahaku menampakkan hasil,aku dah semakin hampir dengan meja kopi yang terletak di tengah tengah ruang tamu.senyuman terukir di wajahku.

Dan malangnya.....kaki yang tersusun elok terpusing 360 darjah bila aku pijak kawasan betul betul sebelah lipas yang tiba tiba muncul dari mana entah.dapat aku rasa kaki lipas yang bergerigi sikit tu.aku terjerit kecil .kalau dah nama pun pusing 360 darjah,dulang dan cawan memang dah jatuh menghempas permaidani.air oren dah jadi tsunami buat hama hama dalam permaidani tu .eh eh sedapnya cakap,mana ada hama,Siti Rogayah dah vakum lah tadi.kek coklat?dah elok tertempek dekat muka empat orang yang sedang merenung aku macam harimau lapar sekarang.yang aku nampak hanya biji mata diorang je,muka keseluruhan dah dihiasi krim coklat.dan,angan angan pengantin aku tadi dah selamat hancus sehancus nya.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now