Bab 32

220 15 0
                                    

Senyap aku berdiri di belakang langsir balkoni bilik Haziq. Dari tadi aku berkeadaan yang sama. Tercegat. Memerhatikan Haziq.

Haziq nampak resah. Sesekali dia meraup rambutnya ke belakang. Tapi diam. Sejak keluar dari bilik papa, aku nampak Haziq sedikit berubah. Dia memilih untuk berdiam diri.

Aku turut resah. Papa tetap tak maafkan Haziq ke?

"Awak. "

Panggil aku dari tempat aku berdiri. Haziq mengangkat kepala. Sebaik sahaja mata dia memandang aku, Haziq senyum. Aku digamit supaya duduk di sisinya di atas birai katil. Aku hanya menurut.

"Kenapa awak? Ada masalah ke? Papa okey tak? "

Hati hati aku menyoal perlahan. Takut kata kata aku akan mengguriskan perasaan Haziq di kala ini.

Haziq diam. Senyuman di wajahnya perlahan lahan hilang. Hanya mata sahaja yang menatap seluruh wajah aku. Langsung tak dilarikan.

"Awak. Cakaplah. Semuanya okey, kan? Kalau tak okey jom saya temankan awak. Cakap yang awak dah takkan ulangi kesilapan sama. Cakap yang saya dah ada nak jaga awak. Cakap yang saya dah jadi isteri awak. Cakap yang saya akan jadi wakil papa nak tampar awak dua das kalau awak buat salah lagi."

Risau aku tengok keadaan Haziq sekarang ni. Tak pernah pernah dia jadi begini. Aku sendiri maklum yang perbalahan antara anak beranak sangat menyedihkan. Tak sanggup aku kalau dimarahi ayah. Kena marah sebab aku calarkan kereta ayah pun dah tak tertanggung.

Tadi lepas Haziq keluar bilik papa, aku terus masuk. Beraninya aku? Hubungan aku kalau bukan sebagai menantu, masih seorang anak saudara kepada papa. Mesra macam biasa.

Hal yang aku bagi papa makan mi hailam kopi pun dah dimaafkan. Papa memang baik. Dia boleh gelak je bila aku kata aku buat semua tu untuk Haziq. Yelah, gelaklah. Bila tengok waktu memang tak matang langsung kenakan lelaki yang baru bergelar suami. Papa kata sebenarnya dia dah dapat tahu kuah mi yang aku bagi bukannya kuah yang sebenar. Lagi lagi tengok si tukang tuang dah cabut diri awal awal lagi. Aku sengih je bila semua orang dapat tahu.

Dan aku salam papa macam biasa. Reaksi papa okey je. Memanglah kemungkinan untuk papa marah aku tu kosong peratus sebab aku bukan ada salah pun dengan papa. Tapi sekurang kurangnya, aku masih dapat nampak angin dia yang baru lepas marah Haziq.

Tapi tak ada. Aku tak nampak. Papa sembang dengan aku macam biasa. Dia lagi nampak gembira. Asyik mengulang mengatakan dia gembira Haziq dah pilih orang yang betul untuk dijadikan isteri.

Itu yang aku merumuskan bahawa waktu Haziq masuk tadi papa tak marah pun. Tengok tengok masuk bilik je, muka serius Haziq bagi kat aku.

Haziq gelengkan kepalanya perlahan. Lagak macam orang dah putus harapan. Aku terkejut dengan jawapan itu. Terus simpati aku jatuh buat Haziq.

"Kau tolong aku boleh? "

Barulah dia nak bukak mulut. Lega jugak aku. Tadi adalah terlintas dalam hati kot kotlah Haziq jadi bisu lepas kena tampar dengan papa dalam bilik.

"Tolong apa? "

Haziq tak jawab. Ish, memang dia nak keluarkan empat patah perkataan tu je ke? Kerja tak nak jawab soalan aku.

Tubuh aku ditarik ke dalam pelukan. Kemas dia peluk aku.

Aku tak terkata apa. Mungkin dia ingin memujuk diri sendiri. Belakang badan Haziq aku usap perlahan.

Tiba tiba rasa pipi kanan aku dicium. Automatik aku angkat kepala. Rasa nak marah. Tapi aku tundukkan balik kepala bila aku nampak muka Haziq masih seperti tadi. Susah hati. Tak apalah. Kau kan milik dia. Suka hatilah nak peluk cium ke.

Yang Mana Satu?حيث تعيش القصص. اكتشف الآن