Bab 36

207 15 11
                                    

Haziq diam. Kali ni lain benar. Diamnya bukan nampak macam dia penat dengan kerja. Diam dia macam dia nak aku terputus komunikasi dengannya. Dia macam nak aku lagi jauh daripada dia.

Bukan aku tak cuba untuk betulkan segala keserabutan ini. Sejak dia keluar hari tu, hubungan kami jadi dingin.

Aku taklah kisah mana pun. Haritu yang aku termenangis bila dia tak nak salam dengan aku pun sebab aku penat penat tunggu dia tetiba dia layan macam tu. Geram tahu ?

Aku tak kisah kalau dia tak nak cakap dengan aku pun. Aku ni siapala sangat dalam hidup dia ? Tapi boleh tak aku nak cakap yang aku rindu dia ? Logik tak ?

Aku sebagai isteri dia kena faham. Rasanya dah datang angin datang bulan,matahari kot.Lama lama okeylah tu. Dia diam je kan ? Bukannya dia benci aku. Bukannya dia tengking aku.

Dan aku dah mula sedar bahawa Haziq sekarang yang sedang cuba melarikan diri daripada aku. Dia saja tak nak makan masakan yang aku masak. Aku taulah tak sedap macam masakan ibu ibu kat dunia nih.

Tapi tak payah lah nak tunjuk sangat. Semalam aku punyalah kembang hidung sebab berjaya bakar cupcake dengan sempurna tanpa ada bau hangit sedikit pun. Hihi. Hebat kan aku ? Hebat tak hebat nak bagi jadi sebiji kek cawan besar tapak tangan tu dekat tiga jam baru siap. Tapi dia langsung tak sentuh.

💖

"Lisa, teman aku pergi beli sandal lagi,boleh ? Sandal haritu adik aku dah terbawak balik Terengganu. So sekarang ni tinggal sepasang je lagi. Kalaulah yang tinggal sepasang ni pun abang aku yang sulung pulak nak terbawak balik Sarawak, memang selipar Jepunlah aku pergi supermarket nanti. "

Jannah cakap straight to the point nak mintak aku teman dia disertai hujah hujah dia. Muka memang seposen je aku tengok.

Aku berfikir sejenak. Dah lama kami tak keluar bersama sama sejak aku kahwin. Yelah. Aku nak keluar apanya bila barang habis sikit, Haziq dah ajak keluar pergi beli. Syampu habis sikit pun ajak aku keluar jugak. Kerja berkepitlah jawabnya. Jadi aku tak ada masa sangat untuk Jannah.

So apa masalahnya kalau aku keluar untuk kali ni? Bolehla aku nak hilangkan stres dingin dengan Haziq kalau macam ni.

"In sha Allah aku boleh pergi. Dekat mana? Kejap lagi aku sampai. "

Terdengar sorakan kecil Jannah membuatkan aku tersenyum. Melakukan perkara yang membahagiakan seorang sahabat aku adalah perkara yang sangat indah.

Dan melakukan perkara yang menuju ke arah usaha mendapat redha suami adalah yang paling indah. Meskipun Haziq tak lagi suka dengan apa yang aku buat, aku still bahagia. Kerana aku masih berusaha. Masakan untuknya masih aku teruskan.

Meskipun aku tahu yang makanan yang aku masak itu akhirnya akan aku simpan dalam peti sejuk untuk aku makan sebelah malamnya. Aku hanya masak untuk Haziq tengah hari sahaja. Sebab malamnya,selepas hari Haziq balik lambat, aku selalu tidur dengan keadaan Haziq yang masih belum pulang. Dia selalu pulang lewat.

Dan aku still akan gerak dia bangun daripada tidur dengan menggoncangkan badannya. Meskipun perlakuan itu akan berakhir dengan tepisan tangan Haziq dengan kasar.

Okey time nak baca empat perenggan yang atas ni sila baca dengan nada biasa biasa ya? Kang kalau baca dengan nada sedih, nampak macam aku ni perempuan yang sedang sedih dan bakal ditinggalkan suami je gamaknya. Aku ni Alisa kwy? Kalau sampai satu hari Haziq nak tinggalkan aku lantak dialah. Kan dari dulu lagi aku dah bersedia tak akan buka pintu hati dekat dia awal awal?

Yang Mana Satu?जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें