Bab 18

239 16 1
                                    

Aku jenguk ke ruang dapur.Aik, mana semua orang?lepas solat jumaat, terus semua lesap. Entah ke mana.aku dah bosan tahap kangkung dah ni.hari ni dah masuk hari ketiga kami berumah tangga batu kat rumah aku yang tercinta.keluarga maklong dah balik semalam.khabarnya,umi dan abah pulak balik hari ni.dengar khabar macam ramai orang je,tapi sekarang?kosong.aku panggil nama semua orang sampai bergema suara buluh perindu aku ni.

Actually taklah kosong mana.ada je Siti Rogayah tengah basuh pinggan mangkuk. adalah ayah tengah bual dengan bapa mertua aku yang dah aku panggil sebagai abah dekat luar rumah tadi.ibu dengan umi pulak masing masing dok belek set pinggan mangkuk dekat bilik atas.

Jadi, yang nak aku ketengahkan sekarang ni adalah Haziq.manalah dia pergi sekarang nih.yang aku beria ria panggil nama tu nama dialah.langsung tak menyahut.aku rasa ada benda nak bincang sebelum umi dengan abah balik hari ni.itulah,waktu sebelum ni bukan reti nak bincang baik baik.masuk bilik je bergaduh.macam kelmarin..

"Kau ada nampak wallet aku tak?tak pun check dekat dalam beg tangan kau tu. Kot kotlah kau tercuri ke apa.kau pun boleh percaya sangat pun."

Dia dengan muka serabut tiba tiba muncul depan muka aku.wah,tengok?bagi tepukan sikit.nak tanya aku sempat lagi nak kutuk.tangan dia pulak tutup novel yang ada dekat tangan.

"awak!faham tak yang novel ni muka surat dia bukan macam buku Encik Hippo Sukakan Lumpur yang ada enam helai muka surat termasuk muka depan?nak tanya tanyalah elok elok."

Aku bersuara geram.sajalah tu nak pecah rekod pukul dua belas tengah hari tepat cari gaduh.padahal boleh je aku cari balik muka surat yang hilang tadi.campur geram pagi tadi,boleh pulak dia buat lawak depan semua orang cakap yang aku nak ajak dia mandi sekali.gilo ke apo budak ni?

"ikut suka aku lah nak tanya elok elok ke tak elok ke?ada aku kesah?tolong aku cari jap wallet aku.aku nak keluar ni"

"tak nak.biarlah jadi faqir miskin sekejap.boleh buat muhasabah sekejap yang harta tu bukan milik kita selalu.kita ni kan.banyak sangat leka dengan hal dunia yang akan fana ni.satu lagi,dah hilangkan,pandai pandailah cari.letak mata dekat pipi,tu yang tak jumpa."

"Banyaklah kau letak kat pipi.kalau letak kat pipi pun still boleh nampak lagi.beza lokasi je pun.cepatlah cari"

Dia memaksa.aku pun bingkas bangkit dari pembaringan.penat tak penat nak layan sepupu bertuah aku ni.dah tak reti reti nak menyenangkan hidup orang lain.baru saja aku terbongkok bongkok cari wallet mahal dia bawah katil,dia yang asyik bersandar dekat meja solek sambil senang lenang perhatikan aku bersuara.

"err,Fira.aku lupa nak cakap.sebenarnya aku dah jumpa wallet aku.dalam poket seluar ni.tak perasan pulak ada dari tadi.terima kasih lah ye tolong cari.takpe takpe,lain kali aku janji,kalau ada benda hilang ke,budak hilang ke,aku akan pastikan kau akan dapat cari mereka sampai dapat.bolehlah buat duit dengan cari benda tersembunyi.tak payahlah kau susahkan aku nak beli itulah,inilah.okey?aku pergi dulu.daaa.."

Buntang mata aku tengok wallet yang baru sahaja dikeluarkan dari poket.ni yang aku musykil nih,ada lagi ke manusia perangai macam ni hidup kat dunia zaman sekarang.aku ingatkan dah pupus ditelan zaman.Respon aku bila dia buat aku sedap sedap macam ni ialah..

"Hiyarghh!!!!"

Bantal keras milik opah yang selalu dijadikan bantal busuknya aku dah selamat pukulkan ke belakang badan Haziq.Ganasnye aku?eh,takde,takde.perangai macam ni memang layak kena pengajaran sikit.tapi aku silap.Haziq ni bukannya bengap sangat sampai tak mengelak bila ada orang nak menjahanamkan badan tegap dia tu.

Terus aku tersilap langkah dan jatuh kat atas lantai.kureng kau Haziq.tunggulah,ada ubi ada batas,tunggulah Haziq esok aku balas.Dia hanya senyum nakal sebelum menghilangkan diri di balik muka pintu.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now