Bab 19

219 14 0
                                    

"masuk."

Aku tutup mulut yang ternganga luas bila tengok istana Haziq.nasib baik tak masuk lalat.tapi tertanya tanya jugaklah aku,kenapa lalat yang dipersalahkan.kenapa bukan nyamuk ke,ladybird ke.baru rare,tak pernah dibuat orang.aku bukannya apa.kita sayang binatang kan.diorang pun nak jugak nama disebut sebut.apa apa jelah.

Mak ai.rumah berkembar dua tingkat Haziq ni taklah istana sangat macam Hotel Transylvania tu. Tapi aku sebut istana sebab nak bagi nampak sangat cantik bagi aku.laman rumah ada rumput yang dipotong kemas.satu set meja dan kerusi batu dah cukup untuk aku buat tempat lepak baharu.

Pokok bunga pun ada walaupun tak banyak.bolehlah cukup syarat sebagai rumah idaman.tapi,siapa yang jaga ni?kalau kat rumah aku ada ibu.ni Haziq?macamlah ada masa nak menyiram bagai.tapi aku tak tanya sebab macam tak sopanlah pulak kalau sampai sampai dah tanya macam macam.adab sebagai tetamu kan?

Lokasi rumah Haziq ditengah tengah yang membawa maksud ada rumah di kiri dan kanannya.depan pun ada.agak strategik.taklah takut mana.kalau jadi apa apa boleh jerit kuat kuat.

Haziq sedang sibuk memunggah barang dan beg bagasi kami.sengaja aku tak tolong.malas.baik aku masuk rumah cepat cepat,tapi terberhenti bila pintu rumah masih berkunci.ish,pak cik ni.tadi suruh aku masuk.tapi pintu bukannya nak bukak pun.last last aku tercangak tepi pintu menuggu tuan rumah mempersilakan beta masuk.

"Haziq,cepatlah bukak pintu ni."

Dia terus bagi jelingan maut bila aku bukak suara.dah Lisa.setakat tu je kau boleh buat Haziq macam tu.sengih kambing tak apa.buatnya dia tendang kau dari rumah ni, tak pasal pasal kena tidur luar.

"assalamu a'laina waa'la i'badillahis solihin."

Aku bagi salam sebelum masuk ke dalam rumah.perghh,lagi lawa.rumah yang cukup lengkap dengan hiasan cantik buatkan aku rasa macam nak tinggal buat selamanya.habis satu rumah aku terokai.macam jelajah apalah sangat,bilik air,dapur,bilik tingkat atas,ruang tamu kedua.semuanya.

Haziq angkat kening.berpuas hati melihat aku yang teruja habis.tak sangka orang macam dia boleh tahan cita rasa bab kediaman.patut jugak pilihan anak seorang pemilik butik ni.

"mana beg saya?"

Aku tanya hairan.baru semangat nak masuk bilik,perasan yang beg aku tak ada pun dekat tangan Haziq.

"angkat lah sendiri.tangan ada kan?dahlah duduk rumah ni aku tak mintak duit sewa.boleh pulak dia buat mem besar.ingat aku kuli?"

"kalau tak nak tolong angkat,cakap awal awal.takdelah saya menonong masuk rumah tak angkat beg.ingatkan ada orang yang cukup berperibadi mulia nak tolong angkat untuk saya yang lemah ni."

Aku mendengus geram langsung menapak keluar untuk mengambil beg aku yang berlambak tu.maklumlah nak pindah rumahkan?menyesal pulak tadi gelak kat dia waktu dia angkat barang.sekarang siapa yang kena?aku jugak.ni yang kata buat kerja dua kali.menyusahkan diri adalah.

Bila aku masuk je dalam rumah,Haziq dah lesap.entah ke mana. baru je bergaduh dah hilang.aku terus mengarahkan otak aku untuk bekerja dengan lebih hard and smart.suruh dia fikir bilik mana yang akan aku tinggal.tak payah tunggu Haziq,aku pun tahu yang kami akan tinggal asing asing dalam rumah ni.tengok je waktu tinggal dekat rumah aku dulu.masing masing berdegil nak tidur atas lantai keras tu.

Hmm. Bilik bawah ni macam syok je.tak payah asyik bertembung dengan Haziq kalau tinggal bilik atas sebab semestinya bilik dia merupakan bilik utama di tingkat atas.lagi dua,bilik aku dekat dengan dapur.kalau lapar boleh serbu terus peti sejuk.bilik air pun dekat.yahuu!

Beg bagasi aku letak dalam bilik baru aku.sempatlah aku lompat lompat atas katil kejap sebelum keluar ke bilik air.nak mandi.dua jam perjalanan dah macam lapan jam.lamalah jugak sebab aku sempat nak buat taik mata waktu Haziq drive.

"dah mandi?"

Haziq yang tetiba muncul buatkan aku yang baru habis berendam badak sumbu hampir dua puluh minit terkejut.asyik asyik tiba tiba muncul.takkanlah Haziq ni ada kuasa macam Harry potter yang boleh hilangkan diri ke tempat lain tu?tapi tu Harry bukan Haziq.

"haah."

"bersiap cepat.kita keluar makan.karang lewat pulak.orang ajak makan tadi tak nak.kalut nak tengok rumah sangat,kan aku kata bawah jambatan tak nak percaya."

"okey, enta.ana pergi dulu."

Malas nak berlawan kata dengannya lagi.biarlah memori rumah di bawah jambatan itu terbang menghilang dibawa angin cinta monsun bayu laut.cewah.Masuk je bilik,terus bergoncang rumah dengan suara aku panggil nama Haziq.laju aku lari keluar.

"Haziq,beg saya hilang.baru tadi saya letak dalam bilik tu.rumah ni ada pencuri ke?ke penunggu or something like that?"

"penunggu apanya?aku dah angkat beg kau naik atas.cuba pergi tengok.ni asyik melalak dari tadi sampai ke sudah."

"awak angkat ke mana.saya dah putuskan yang saya nak duduk dalam bilik ni.takkan awak kejam sangat tak nak bagi saya duduk sini."

Haih, baru ,masuk rumah pun dah kalut bertengkar pasal bilik.

"aku taklah kejam mana.bukan aku tak kasi kau duduk bilik ni.tapi masalahnya sekarang,tu bukan bilik aku.bilik aku kat atas.yang kau letak beg dalam bilik ni buat apa?"

"tapi saya..."

Aku terkedu.Haziq tengah cuba sampaikan apa sebenarnya dekat aku ni?dia nak kata yang kami akan tidur sebilik ke?dan tak sangka monolog aku sebenarnya terkeluar dekat mulut.

"yup.tu yang cuba aku sampaikan.kenapa?ada masalah?"

Aku rasa nak menangis sekarang ni.ibu,nak balik rumah.tolong LIsa ibu.apa Lisa nak buat sekarang ni?

"no.no.no.apa awak ni?hari tu cakap lain.hari ni cakap lain.awak jangan buat saya macam ni Haziq.saya tak suka.awak kena ingat ayah Jannah ketua polis awak tahu?"

Aku gawangkan tangan ke muka dia.sumpah aku tak setuju dengan rancangan dia. Dia yang beria ria nak ajak aku tinggal sini,dan bukan setakat sebumbung tapi sekipas.dan jugak seair cond.

"ada hari tu aku cakap yang aku nak tinggal asing dengan aku?takde kan.lagipun kau berani ke laporkan dekat ayah Jannah yang satu kes melibatkan suami yang mengajak isteri yang sudah menjadi miliknya tingggal sebilik dengannya.kau berani?"

"lagi satu,sejahat jahat aku,aku langsung tak ada keinginan nak jawab dekat akhirat nanti kalau didakwa sebagai suami tak bertanggungjawab. Aku tahu kau tak ikhlas dengan perkahwinan ni.macam tu jugak aku.tapi jujur,aku cuba nak bagi perkahwinan ni bukan sia sia.bagi ada jugak pahala.dan aku bukan lelaki yang tak ada tamadun yang akan sentuh kau sesuka hati mak nenek aku.sekarang ni,just follow the flow. Jangan takut,okey?"

Aku yang tertunduk lagi kepala mengangkat muka.dan terus terpaku bila mata aku ditangkap matanya yang tertera keikhlasan.aku sedikit berasa janggal kerana dapat merasakan yang Haziq di depan aku ni sedang menampilkan sisinya yang tidak aku ketahui sebelum ini.

"err, saya naik atas dulu." laju aku melarikan diri.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now