Bab 31

195 18 0
                                    

Kereta Haziq mula memasuki pekarangan rumah banglo besar pak lang yang terletak di atas bukit. Aku dah nampak mak lang yang sedang bersantai di meja batu luar rumah tersebut.

Dah sebulan kami tinggal bersama, Haziq ajak aku tidur di rumah mama. Mama rindu katanya. Lagipun nak dapat cuti bukan senang. Tambah dengan syarikat yang sekarang makin berkembang.

Turun je dari kereta, mama dah serbu aku. Nampak riak bahagia di wajahnya tambah tambah bila tengok hubungan aku dan Haziq yang makin pulih.

"Assalamualaikum mama. Sihat? Lama Lisa tak jenguk."

"Waalaikumussalam. Sihat sayang. Lisa macam mana, okey? Makin berseri mama tengok. Cantik betul menantu mama."

Kami berpelukan sebelum umi mencium pipi aku mesra. Pipi aku dipegang keduanya.

"Alhamdulillah. Sihat. Mana ada mama. Lisa macam biasa je. Macam anak buah mama yang dulu. "

Aku jawab malu malu. Ish, mama. Janganlah puji depan depan macam ni. Pujilah belakang belakang. Tengok Lisa dah tak tentu arah bila kena puji. Menantu mama ni makan puji. Jangan pernah puji. Karang kembang semangkuk atau sekuali.

"Hmm yelah tu. Menantu mama. Yang anak sendiri dari tadi tercegat dekat sini tak nak pula tegur. Ke dah lupa mana satu anak mana satu menantu?"

Aku jeling Haziq yang sedang berdiri di sisi aku sambil tangan dimasukkan dalam poket seluar. Eleh, dia baru je turun dari kereta, boleh buat suara mintak simpati kata dia dah lama tercegat dekat situ. Drama king betul!

Mama tersenyum keibuan melihat anak terunanya. Macam dalam hati tengah kata, 'hai, hensemnya. Anak siapalah ni? Mestilah ibu dia pun cantik.'

Tu aku punya firasatlah. Sebab kalau aku duduk tempat mama pun aku akan kata macam tu bila dapat anak teruna yang mengancam macam ni. Dapat dua pulak tu. Sejuk perut mengandung. Sebab memang aku sendiri mengaku yang lelaki sebelah aku ni hensem benar.

Setakat ni dah berapa kali aku puji dia handsome? Sebelum ni tengok orang kacak aku buat tak tahu sebab bukan milik aku. Buat apa nak angau lama lama? Tapi Haziq milik aku ke? Ya. Dia milik aku tapi sampai bila bila ke? Macam mana kalau nanti aku hilang dia? Tiba tiba rasa gerun.

Senyum keibuan pada wajah mama tiba tiba mati. Tangan mama naik menarik telinga Haziq. Terus kedengaran Haziq mengaduh sakit.

"Aduh mama. Sakit ma. Apa salah angah kali ni? Hilanglah macho angah macam ni."

Kalut dia mengurut belakang telinga yang dah nampak merah. Mukanya dikeruhkan sambil matanya mengerling ke arah aku.

Aku cebik bibir. Hilang macho. Piirah. Ada pulak waktu waktu macam ni takut nak hilang macho. Ingat kau tu macho ke Haziq? Okey, kau macho.

"Boleh angah tanya apa salah angah? Siapa suruh tak bawak balik menantu mama? Simpan lama lama dalam rumah. Buat apa? Tahulah pengantin baru tapi tak payah nak kurung Lisa sampai sebulan baru nak bawak balik. Buat mama risau je. Rumah kita ni bukannya jauh jaraknya. Bawak balik tak bermalam pun tak apa. Faham?"

Mama bersuara geram. Haziq dah buat muka menyampah bila mata kami bertembung. Penatlah tu bila mama dia dah bertukar kasih sayang. Aku hanya senyum.

"Haziq jaga Lisa elok tak? Dia ada buli Lisa ke? "

"Tak adalah mama. Angah jaga Lisa baik baik. Takkanlah angah nak buli menantu kesayangan mama ni. Dan jugak merangkap isteri kesayangan angah, kan sayang. Angah bukan sengaja tak nak bawak balik Lisa. Rancangnya nak bawak berita gembira kot kotlah mama nak ada cucu dah. Tapi nak buat macam mana kan? Kitaorang kahwin kahwin baru sebulan. Macam awal sangat."

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now