"Between you and me, you're the loser here." Aku silangkan tangan sambil memandang ke arahnya dengan ejekan.

"Suami aku cakap, kau cuma kawan pada dia. Aku rasa kesian sangat bila kau je yang terhegeh-hegeh sekarang ni." Dengan nada suara yang menyindir, aku berkata.

"Kau pasti ke Amril sayangkan kau?" Mungkin dia rasa tercabar, dia tanya begitu.

"Aku pasti." Rasa yakin yang meninggi membuatkan aku berkata begitu.

"Agaknya kau tak tahu. He built this theme park for someone, orang yang dia sayang." Hadira menuruskan provokasinya tetapi itu tidak menimbulkan sebarang rasa ragu-ragu terhadap Zarif.

"I don't care. Apa yang penting sekarang ni, aku yang dia sayang." Aku mendekatinya dan menolak bahunya menyebabkan dia terdorong ke belakang.

"Dan kau jangan sibuk sangat, aku yakin dengan perasaan dia terhadap aku." Senyuman kuberikan untuknya dan Hadira sedang menaham geram.

"Aku rasa kau tak kenal lagi siapa aku." Aku bisikkan kata-kata itu.

"Aku tak peduli kau siapa."

"Tak peduli?" Tawaku kedengaran selepas itu.

"Rasanya kau akan ambil peduli nanti dan kau akan menyesal sebab pernah kenal aku." Aku kuntumkan satu senyuman yang manis untuknya.

"Kau nak buat apa?" Suaranya ada sedikit getaran ketika bertanya.

"Kalau aku cakap, tak seronok la nanti."

"Kau-"

"Jangan nak menggatal sangat dengan suami aku. Kalau kawan, buat cara kawan." Aku menjauhkan diri darinya dengan sedikit amaran. Zarif terlalu lurus apabila berhadapan dengan perempuan, Hadira sudah lama sukakan dia tapi dia langsung tidak perasaan.

"Ingat satu benda, ini Farisya Irdina. Aku boleh buat apa saja yang aku nak, termasuklah musnahkan hidup kau."

"Kau ingat aku takut?"

"Tapi aku boleh nampak kau takut."

"Jangan ingat kau hebat sangat!" Aku sudah keluar dari tandas dan Hadira mengikutku dari belakang untuk berkata sebegitu.

"But I am, Hadira. Aku lebih hebat dari kau. Tanpa bantuan dari papa atau suami aku, aku mampu untuk jadi lebih dari mereka berdua." Dia terpaku di situ tanpa sebarang bicara.

"Farisya? Dah sampai?" Aku menoleh ke belakang apabila mendengar suara Zarif menegurku.

"Dah lama. Sempat jugak berbual dengan Hadira. Kan?" Aku mendekati Zarif ketika bertanya dan berdiri serapat yang boleh di sisinya.

"Oh? Berbual apa?"

"Eh mana boleh bagitahu." Tawaku kedengaran agak palsu apabila Hadira hanya terdiam di situ.

"Zarif."

"Amril."

Serentak aku dan Hadira memanggil nama Zarif yang kelihatan bingung. Aku mengunci pergerakan tangannya dengan cara memaut jari-jemarinya, seerat yang boleh. Aku dapat merasakan yang Hadira memandang ke arahku, pandangan matanya kelihatan seakan tidak berpuas hati.

"Bila nak mula?" Tanyaku terlebih dahulu sebelum Hadira membuka mulutnya.

"Kejap je lagi."

"Boleh tak kita pergi dulu? Penat la." Aku tayangkan muka yang kelihatan penat dan kesian. Suara pula mendayu-dayu supaya Zarif menumpukan perhatian kepadaku.

"Kita orang pergi dulu." Zarif mengucapkan selamat tinggal kepada Hadira dan tanpa disedari bibirku mengukirkan senyuman kepada Hadira yang masam mencuka.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now