"Kesannya dia jadi pendiam, tak nak bercakap dengan orang dan dia jadi dingin. Karakternya hanya berubah bila dengan orang yang dia rapat." Barulah aku faham kenapa dia jadi begitu.

"Tambah pula dengan orang yang dia suka. Makin teruk sikap dia tu. Seorang yang pendiam, tak tahu nak luahkan perasaan, bila dia cuba nak luah dia akan rasa segan. Dia akan lupakan."

Aku terus memandang ke arah Aunty Aliyah, aku tak salah dengar kan?

"Kalau Amril layan Farisya teruk, mungkin dia tak boleh biasakan diri lagi. Mungkin juga kerana dia terlalu segan dengan Farisya."

Apa semua ini? Kenapa aku tidak dapat simpulkan apa yang aku fahami?

"Dia akan tinggal kat sini? Tak balik dah ke sana?" Akhirnya aku buka mulut untuk bertanya.

"Azril dah boleh jaga diri sendiri kat sana dan Amril pun dah dewasa untuk fikirkan di mana dia nak tinggal. Lagipun di Malaysia, ada seseorang yang dia suka."

Kenapa mak dengan anak sama sahaja? Sama-sama nak buat aku keliru. Aku sudah mula fikirkan yang bukan-bukan apabila terdengarkan kata-kata terakhir Aunty Aliyah yang mengatakan Zarif mempunyai seseorang yang dia suka di sini. Hadira ke? Tetapi Zarif kata perempuan itu hanya sekadar kawan. Aku jadi semakin tertanya-tanya.

❀❀❀

"Nak pergi mana?" Zarif bertanya ketika ternampak aku menuruni tangga.

"Keluar," jawabku ringkas. Bangun saja dari tidur tadi, aku terus bersiap-siap untuk keluar. Nak hilangkan sedikit tekanan yang aku rasai.

"Ke mana?" Dia tanya lagi.

"Ke mana saja asalkan tempat tu tak ada kau."

"Aku nak cakap sikit dengan kau, boleh?"

"Bukan sekarang. Lain kali, aku stress sangat sekarang ni."

Belum sempat dia berkata kembali, aku sudah berlalu pergi. Aku segera menghampiri teksi yang aku sudah hubungi untuk mendapat khidmatnya sebentar tadi. Pemandu teksi mula memandu keluar dari kawasan perumahan. Mula-mula sekali, makan! Terapi paling berkesan untuk hilangkan tekanan yang aku rasai.

Disebabkan aku berada di Itali hanya dua hari dan hanya sempat merasai sedikit makanan di sana, aku singgah makan restoran Itali. Lebih kurang lima jenis masakan Itali dan juga dua jenis pencuci mulut. Aku mulakan dengan pizza terlebih dahulu.

"Hi!"

Kunyuhanku terhenti apabila suara itu menegurku. Mataku berkedip beberapa kali ketika memandang ke arahnya dan dia tersenyum tanda geli hati melihat telatahku. Aku tidak silap pandang.

"Tak payah buat muka macam tu." Aku cuba mengawal riak wajahku, suara miliknya sudah lama aku tidak dengar.

"I never thought to see you again and dengan makanan yang banyak macam ni." Dia ketawa apabila terpandangkan hidangan di atas meja.

"Kenapa tak boleh ke?"


"Nampak macam orang tengah kecewa." Dia ketawa lagi, nampak macam gembira sangat.

"I heard from Tiara, you're married."

"Yes."

Rayqal berkata mengenai statusku yang diketahui melalui Tiara. Cara dia bercakap sepertinya sudah melupakan apa yang terjadi antara kami, sama sepertiku. Kami sama-sama melupakan kejadian lepas untuk mulakan hidup baru.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now