"Pergi mana tak balik sampai dua minggu?!"

"Bukan urusan papa, jangan sibuk!" Aku balas kembali, kali ini dia angkat tangannya namun terhenti.

"Kenapa tak tampar?! Tampar lah!" Wajahnya jelas menahan marah tapi aku tak peduli!

"Ini je papa tahu! Nak tampar Risya!" Aku tarik tangannya sehingga menyentuh kulit pipi, namun tarik balik.

"Memang sakit tapi tak sesakit apa yang Risya rasa kat dalam ni! Papa kahwin dengan ibu bekas kekasih, Risya!"

Aku menghamburkan kata-kata itu, kali ini tiada air mata yang jatuh. Sudah kalis, sudah terbiasa dan aku sudah penat untuk menangis. Matanya yang tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah, aku renung.

"10 years papa, semua hancur macam tu saja sebab papa dengan aunty ego!" Hubunganku dengan Airil berakhir kerana mereka, cinta lama berputik kembali.

"Dah la pa, Risya penat." Aku mengalah untuk meneruskan pergaduhan. Baru saja aku ingin pergi dari situ, papa mengatakan sesuatu.

"Malam ni jangan pergi mana-mana."

"Jangan atur hidup Risya, boleh tak? Tak cukup lagi apa papa dengan aunty buat?" Aku silangkan tangan ke dada, rasa menyampah dengan papa makin menggunung.

"Ada majlis kesyukuran dengan doa selamat malam ni, just stay at home." Papa berkata lagi.

"Kesyukuran? Doa selamat?" Aku mengejek kata-katanya.

"Kesyukuran sebab ada ahli keluarga baru dan doa selamat supaya orang dalam rumah ni boleh berdamai, terima antara satu sama lain dan hidup macam keluarga lain. Harap-harapnya tak ada lagi yang degil, keras kepala dan melawan cakap orang tua." Aku tergelak mendengarkan sindiran papa yang dikhususkan untukku.

"Tak akan pernah terjadi. Tak. Akan. Even in your dream, I'll never let that happen."

Seusai aku habiskan kata-kataku, aku masuk ke bilik. Langsir aku tarik, cahaya mula menyelinap masuk dan aku melihat dua orang pengawal keselamatan yang berjaga di hadapan pintu pagar. Dalam hati sudah menyumpah seranah.

Aku rebahkan tubuhku ke atas katil. Tidur adalah pilihan terbaik waktu ini, esok aku akan bertolak ke rumah milik keluarga mama di Kelantan dan aku terus akan menetap di sana.

❀❀❀

Usai membersihkan diri, aku mula berkira-kira untuk turun ke bawah. Perut sudah berbunyi untuk di isi, agak lama aku tidur sampaikan tak makan tengah hari. Dari aku pulang, waktu itu masih lagi tengah hari dan aku tersedar semula pada jam tujuh setengah.

"Majlis kesyukuran dan doa selamat?" Mulutku mula menyebut semula apa yang papa katakan.

Disebabkan masih lagi ada rasa hormat aku pada majlis ini, aku mula membuka almari untuk mencari yang sedikit sopan. Kalau tak kerana aku sedang kelaparan sekarang ni, aku tak ingin nak turun. Baju kurung kain cotton menjadi pilihanku, bukan pilihan tapi terpaksa pilih sebab ni je yang ada dalam almari aku. Rata-rata baju kurung masa zaman remaja dulu semua aku dah buang.

Selesai aku sarungkan baju itu, selendang aku capai untuk menutup kepalaku. Aku meneliti penampilan di cermin. Sopan sangat, Farisya! Setelah berpuas hati, aku turun ke bawah. Suara-suara orang bercakap mula kedengaran, tadi aku ada intai melalui balkoni bilik, beberapa orang dari masjid berhampiran datang dan sekarang ni mereka baru saja selesai solat hajat.

"Wow, Farisya. Macam perempuan melayu terakhir." Iskandar yang sedang sibuk melayan tetamu tiba-tiba saja menegurku. Tapi aku malas hendak melayan, aku teruskan langkah menuju ke dapur.

"Kak— Lapar la." Aku menghampiri Kak Ila yang sedang mencuci pinggan.

"Kenapa tak makan kat depan?"

Bukan Untuk DimilikiWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu