"Saya dah cuba bantah tapi saya tak mampu, dia ibu saya." Airil berkata lagi, dari suaranya aku tahu dia turut merasakan apa yang aku rasa. Cinta yang bertaut selama sepuluh tahun terpaksa dileraikan begitu segaja kerana satu paksaan.

"Saya ingatkan saya akan bahagia dengan dia tapi saya salah. Bahagia saya ada pada awak dan hati saya masih lagi ada milik awak." Airil membahasakan dirinya seperti yang kami selalu gunakan selama sepuluh tahun. Dia menggunakan kata-kata yang mampu membuatkan aku terbuai.

"Then kenapa masa majlis resepsi tu cakap lain, hari ni pulak cakap lain?" Aku leraikan pelukannya, menjarakkan sedikit kedudukan kami.

"Saya nak awak lupakan saya, Farisya. Saya nak awak mulakan hidup baru dan saya rasa cara tu paling tepat untuk awak lupakan saya."

"Tu cara yang tepat untuk buatkan hati saya makin sakit." Aku membetulkan kata-katanya, itu bukan cara yang tepat untuk aku lupakannya tapi itu cara yang tepat untuk menambahkan lagi di hati aku.

"I want you to be happy, saya nak awak move on dari terus ingatkan saya. Cari lelaki yang mampu bahagiakan awak."

"But I'm not happy."

"I know, saya tahu dari Iskandar. Saya paksa dia cerita pasal awak." Aku terpana sedikit mendengarkan kata-kata Airil. Dia tahu?

"Awak tahu?"

"Mesti la saya tahu. Saya terhimpit, keliru dan rasa macam lelaki tak guna sebab buat awak menangis." Ibu jari Airil mula mengesat sisa air mata di pipi. Airil yang aku kenal sepuluh tahun lalu sudah kembali.

"Risya— Kita mulakan semula?"

Aku memandangnya yang penuh dengan harapan. Mulakan semula? Maksudnya mulakan kembali kisah kami yang terhenti tiga bulan lalu?

"Mulakan semula?"

"Yes, kita mulakan semula. Kita teruskan hubungan kita dan teruskan rancangan kita untuk berkahwin." Senyuman di bibir Airil semakin lebar tapi tidak mampu menenangkan aku.

Kejap! Dia ajak aku kahwin ke ni?

"Ilya?"

"Tak payah pedulikan dia. Saya tak pernah cintakan dia, semua terjadi antara kami sebab terpaksa."

"Tak pedulikan dia?" Aku sudah mula terfikirkan sesuatu.

"Dia isteri awak, Airil!"

"Yes, she is. Atas kertas saja, awak yang akan jadi isteri saya sebetulnya. Kita kahwin?" Setapak aku berundur ke belakang.

"Kalau kita kahwin, apa awak akan buat? Awak akan ceraikan dia?" Airil terdiam mendengarkan pertanyaanku.

"Jawablah Airil!"

Tapi dia tetap sama seperti tadi. Dia ajak aku kahwin tapi dia tak nak ceraikan Ilya? Dia nak jadikan aku isteri keduanya?!

"Mestilah you tak akan ceraikan dia kan?!" Aku menengkingnya ketika bertanyakan soalan itu, cara aku bahasakan diri sudah kembali seperti sedia kala.

"Dia kan pilihan mama you, tak mungkin you akan ceraikan dia." Melihatkan Airil diam, aku terus memberitahu apa yang bermain di fikiran. Tak mungkin dia akan ceraikan Ilya kerana Ilya pilihan mamanya.

"You nak jadikan I isteri kedua?!"

Airil diam, dia sepertinya tidak menyangka yang aku dapat mengagak semua itu. Bodohnya aku kerana hampir percayakannya! Sudah terang dia tidak akan tinggalkan Ilya.

"Kalau mama you tak restukan, apa you akan buat?! Ajak I kahwin kat Siam?! Lepas tu apa?! Jadikan isteri kedua dalam diam? Kan?!"

"Itu saja caranya—" Tak habis pun dia berkata, aku sudah tampar pipinya.

"I lebih rela menangis hari-hari dari jadi isteri yang macam tu!" Aku lebih rela menangis apabila teringatkan dia yang sudah berkahwin dengan orang lain daripada menjadi isteri keduanya dalam diam. Lebih rela terluka dari makan hati.

"You nak tahu something tak Airil? You ni lelaki paling tak guna pernah I kenal!"

Sebenci mana pun aku pada papa kerana buat mama menderita dan menyampah mana pun aku terhadap Iskandar tapi mereka berdua tak pernah terfikir untuk duakan pasangan mereka seperti Airil. Rayqal yang selalu bertukar pasangan itu pun tak pernah buat macam ni.

Airil yang selalu buat aku gembira, yang selalu ada untuk aku ketika aku menangis dan yang pernah menjadi lelaki terbaik buatku, terfikir nak madukan isterinya. Paling teruk sekali dia nak jadikan aku yang kedua.

"Ni akan jadi kali terakhir kita jumpa! I tak akan pernah ingat lagi yang kita pernah ada hubungan selama sepuluh tahun. Aku benci kau!"

Tanpa setitis air mata pun, aku berjalan pergi. Sudah habis air mata untuk menangis kerananya. Airil ada kejar namun aku tengking dia kembali sehingga menggamit perhatian orang yang berhampiran.

Sampai saja ke bilik, aku terus mengemaskan barang-barang untuk pulang ke Malaysia. Percutian untuk mencari ketenangan ini bertukar menjadi sesuatu yang aku tak ingini, kerana adanya Airil dan Ilya.

Selesai saja aku mengemaskan barang-barang, aku terus menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Sekeping nota ditinggalkan untuk Tiara dan Rayqal? Aku malas nak ambil tahu pasal lelaki ketika ini.

Rasa lega mula hadir apabila ada tiket untuk pulang ke Malaysia dalam masa yang terdekat. Selepas beberapa jam, aku sampai ke ibu kota dan terus pulang ke rumah. Memandangkan hari ini hari Selasa, keadaan rumah agak sunyi. Kalau ada papa dan Iskandar sekali pun, keadaan tetap sama.

Mengingatkan kejadian tadi, tiba-tiba aku berasa panas! Bodohnya aku kerana hampir percayakan Airil. Perasaan sangsi terhadap Rayqal sekali lagi bertandang, aku rasa aku patut berwaspada dengan Rayqal. Mungkin sekarang dia nampak baik sama seperti Airil dulu tapi tengok lah apa yang jadi pada Airil sekarang.

Penat memikirkan tentang itu, aku mula merebahkan tubuh atas katil. Entah bila aku terlelap, mimpi sempat datang menjengah. Mimpi tentang Airil yang aku kenal sepuluh tahun yang lalu, memang indah tapi itu cuma mimpi.

❀❀❀

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now