"Ya? Macam mana awak tahu nama saya ni?" Soal Syed Imran ingin kepastian. Yelah ajaib tak dah lah kena langgar lepastu tiba tiba je gadis ni kenal dia.

"Errrr awak tak kenal saya ke or buat buat lupa rumah siapa awak datang ni?" Ujarnya lagi.

Syed Imran makin keliru. Apa yang dia taktahu? Apa yang dia buat buat lupa. Kenal pun tak dia ni tiba tiba borak macam dah lama kenal.

Secara spontan otaknya memproses. Oh lupa aku kan amnesia.

"Maaf dik saya ni amnesia so saya lupa. Apa apa yang saya patut tahu eh?" Soal Syed Imran. Yelah dari asyik berfikir baik tanya je kan manatahu gadis ni nak bercerita ke.

"Hm saya Mai....!"

"Woi Mai aku punyalah carik kau dekat sini rupanya. Ingatkan dah masuk dalam. Dah dah jom nanti nanti sambung borak," belum sempat lagi nak korek rahsia dah kena sambar dekat Wawa. Hai lah badan.

Syed Imran menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Yang tu siapa pula? Tapi takpa asalkan aku tahu nama dia Mai and aku cam muka dia," terus sahaja kakinya mengorak langkah kedalam rumah kerana tahlil dah pun bermula. Sebok sangat buat sesi perkenalan kan dah terbabas.

-----------

Setelah selesai para tetamu dijemput makan kerana hidangan telah pun dihidngkan dibawah kanopi kecil kecilan yang ayah tempah untuk para tetamu duduk menjamu disitu. Bukan taknak bagi duduk dalam rumah tapi tau tau jelah kaum hawa kan pantang panas.

Perut aku pun dah buat pesta. Hadeh mana pula suamiku ni? Terus sahaja mataku melilau mencari kelibatnya tapi hampa takda pun. Haih sampai hati tinggalkan wife sorang sorang.

Si Mai dengan Wawa pergi mana tah katanya 'membuang' tapi kenapa lama sangat. Kakak Fea pulak dah join sekali makan dengan geng dia dekat pondok laman rumah tu. So aku? Lone ranger.

Tanpa membuang masa terus kakiku mengorak langkah masuk kedalam rumah semula. Misi nak makan terus terbantut. Dengan derapan tapak kaki aku terus menuju keruang televisyen. Alang alang boleh duduk santai lagipun umi tengah berborak dengan kawan dia tak silap aku lah tadi dalam otw aku berjalan ke arah sini Kak Farah yang bagitahu.

Setibanya aku disitu aku terpaku seketika.

Jeda!

Apani?

Umi berpaling apabila perasan akan kehadiranku. Terus tangannya menepuk disisinya agar menyuruh aku duduk disitu. Aku akur. Terus aku menghampiri umi dan melabuhkan punggungku disitu.

Aku berpaling dan memandang muka wanita yang sudah lama aku tidak ketemu ini. Rasa rindu? Ya mungkin tapi bukan rindu sebagai mama lagi tapi entahlah aku sendiri takpasti nak gelar dia sebagai siapa sekarang ni.

Tanpa banyak bicara terus mama memelukku erat. Aku terkejut. Tiba tiba terasa bahu kiriku panas. Mama menangis?

Aku memandang wajah umi. Umi hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mujur ruang tamu kedua ini tersorok sikit maka tiada siapa yang nampak adegan ini berlaku.

Aku meredakan tangisan mama. Aku sendiri tidak tahu kenapa mama menangis. Apabila sudah reda, mama memandangku lama lalu diusap pipiku perlahan dan mama tersenyum.

"Syafra ingat mama tak?" Ujarnya lembut.

"Ma mestilah Syaf ingat. Mama kan mama Syaf yang kedua," ujarku sambil ketawa kecil. Mama dan umi pula hanya senyum sambil berpandangan sesama sendiri.

"Syaf, mama ada benda nak bagitahu Syaf ni," ujarnya lagi.

Aku jadi tidak keruan. Bagitahu apa ni? Apa yang aku tak tahu? Banyak betul tanda tanya dalam babak kali ini ye author 😅

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum